Saturday, August 15, 2009

KAWASAN PANAS


Kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa kawasan berisiko atau kawasan panas penularan wabak H1N1 di negara ini tidak perlu diumumkan, mengundang banyak pandangan tidak bersetuju dengan langkah kerajaan ini. Dengan hanya berfikiran bahawa, jika kawasan panas diwartakan, maka rakyat yang berada dalam kawasan putih akan mengambil lewa kepada penularan wabak merbahaya ini adalah tidak lojik dan berunsurkan kepada pedapat peribadi. Ini kerana dunia telahpun mengisythiarkan beberapa negera seperti Mexico dan AS sebagai kawasn panas, supaya rakyat di seluruh dunia menghadkan lawatan ke negara berkenaan.



Jika berdasarkan kepada pertubuhan kesihatan sedunia, (WHO), rakyat di negara ini berisiko dijangkiti wabak ini sehingga mencecah 5 juta orang atau 20% sekiranya tidak ada usaha berterusan membenteras penularan wabak ini. Justeru itu kerajaan perlu memikirkan semula untuk mewartakan kawasan berisiko supaya rakyat atau masyarakat menghadkan lawatan ke kawasan itu. Dan kalaupun terpaksa mereka akan lebih berhati-hati menjaga kebersihan diri termasuk memakai topeng penutup muka. Menghadapi virus ini dengan mengetahui kawasan berisiko adalah lebih baik daripada tidak tahu langsung. Jangan apabila sudah semakin parah, barulah mengambil langkah sedemikian. waktu itu sudah terlambat..

4 comments:

Datu pitung said...

salam sdr depu depu

ni lah masalah kerajaan..isssh susah lah mcm ni tau..kasih hangat sikit bah isu H1N1 ni..takut kita sdh ini sini..time selesema burung semua ayam di hapuskan, tapi bila selesema babi tidak pulak kerajaan buat mcm tu..hairan btl aku!!!! mgkn istilah "klu dah terhantuk baru tergadah" mereka pakai,patut lah dlm politik makin terabur..hmm BN BN..

Hajin said...

mayau..... sepatutnya bagi tau lah, supaya orang ke tpt tu akan bersedia pertahanan diri. Kalau tak tau apakan jadi...... ada juga orang paloi selepas paloi saya.

DEPU-DEPU said...

salam sdr datu..

TQ kerana pandangan sdr..saya rakyat ni terpaksa menurut kehendak kerajaan..apa apa pun kita kena mengambil langkah kewselamatan sendiri...jauhkan kawasan awam, amalkan pemakaian mask dan selalau cuci tangan dgn sabun.Wassalam.

DEPU-DEPU said...

salam sdr hajin..

TQ denga komen sdr yang bernas itu..paloi orang berlain-lain sdr....bagus lagi paloi di tanjung rambutan itu..sudah ditahu paloinya..yang di sana tu...paloi menyusahkan orang...dunia..dunia