Thursday, August 6, 2009

SOLAT HAJAT MOHON DIJAUHKAN WABAK H1N1



Setakat hari ini 8.00 Pagi, 06/08/2009, seramai 14 orang telah menemui maut akibat jangkitan Influenza H1N1 di Negara ini dan mangsa terakhir ialah seorang lelaki berusia 57 tahun. Manakala mangsa yang dijangkiti wabak ini telah melebihi 1000 orang. Menyaksikan peningkatan yang tinggi setiap hari. Di Sabah saja, sekolah yang ditutup akibat wabak ini sudah melebihi 20 buah. Ratusan ribu pelajar sekolah rendah,menengah dan peringkat kolej dan university turut terjejas lantaran penutupan sekolah akibat penularan wabak merbahaya ini.


Langkah terbaru kerajaan di bawah Kementerian Kesihatan inilah membenarkan beberapa klinik swasta memberi suntikan Anti viral kepada pesakit yang disahkan dijangkiti wabak influenza H1N1 ini. Selain itu beberapa klinik swasta yang terpilih juga dibenarkan membuka bilik-bilik rawatan untuk pesakit H1N1, untuk mengelakkan kesesakan yang berlaku di hospital-hospital kerajaan. Wala bagaimanapun penjualan anti viral ini hanya dibenarkan dengan pengawasan yang ketat dan berdasarkan ujian bahawa pesakit benar-benar dijangkiti wabak berkenaan.


Bagi Masyarakat Islam di negara ini, antara langkah lain yang boleh diambil, ialah dengan mengadakan sembahyang hajat beramai-ramai, atau secara orang-perseorangan ,memohon kepada ALLAH, agar dijauhkan daripada wabak merbahaya ini. Sembahayang hajat ini boleh dilakukan serentak di seluruh Negara, mudah-mudahan doa kita mendapat perkenan daripada Allah SWT.

3 comments:

abu said...

Salam Depu-Depu,

Setiap yang berlaku ada hikmaahnya. Saya setuju sangat saranan saudara, solat Hajat adalah dituntut oleh Allah SWT. Mungkin inilah ujian dari Allah SWT kepada umatnya, betapa makhluknya di dunia ini, sudah jauh menyimpang dari dituntutnya. Sebelum terlambat kembalila kita semua ke jalan yang benar. Insyallah. Wasalam

DEPU-DEPU said...

Salam sdr Abu..

Tq kerana berkunjung lagi...

Saya setuju dgn pendapat sdr itu..Semuanya ini adalah dugaan dari tuhan untuk menguji manusia.Berdoalah kitasemoga semuanya selamat...amin

Datu pitung said...

salam depu depu

saranan dan cadangan yang sangat baik..anjurkan satu majlis tuk solat hajat di kota belud sperti apa yang di lakukan oleh kerajaan pas kelantan tapi bukan bermotifkan mana mana sentimen politik. ramai lagi solat hajat lebih afdal lagi..pakat2 kita sdr...