Saturday, August 29, 2009

RAKYAT MISKIN LUAR BANDAR PUN MAHU ???


Datuk seri Najib telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM 100 juta saham untuk rakyat miskin di Bandar sebagai langkah untuk membantu golongan ini yang dikatakannya terdesak akibat kos dan sara hidup yang tinggi. Pengumuman ini tentunya akan menggembirakan rakyat yang tinggal di Bandar..sekurang-kurangnya dapatlah mereka menyambut Hari Raya yang bakal menjelang beberapa minggu ini dengan lebih ceria. Namun bagi masyarakat luar Bandar dan pedalaman di sabah, mereka masih tertunggu-tunggu apakah pengumuman kerajaan untuk membela nasib mereka. Sebelum ini Subsidi minyak tanah yang diumumkan untuk membantu masyarakat luar Bandar miskin hanya dikatakan memberi kesan kepada segelintir dan tidak bersifat menyeluruh. Jalanraya dan keperluan asas lain seperti bekalan air bersih ,dan bekalan elektrik masih lagi seperti dulu. Rakyat masih lagi tidak terbela…harga barang di kawasan luar Bandar masih lagi tidak berpatutan, kadang-kadang naik melambung tinggi daripada harga barang di supermarket besar yang kononnya di kawal harganya oleh kerajaan. Peningkatan kos pengangkutan dijadikan alasan oleh pemborong dan peruncit untuk menaikkan harga barang. Gula kalau dijual denganh harga RM.1.45 di kampung harganya mencecah RM 2.00 sekilo. Bayangkanlah bagaimana kehidupan masyarakat kampung yang sudahlah jauh terpencil dari arus pembangunan, tercicir lagi dari segi maklumat dan berita.


PM pula dilihat lebih banyak membantu golongan masyarakat yang hidup di Bandar sebaliknya menyerahkan urusan berkaitan dengan nasib penduduk luar Bandar dan pedalaman kepada para menterinya, yang sekali-sekala turun dan kemudian balik membawa data..bantuan tidak sampai-sampai sehingga pilihanraya. Mungkin sebagai rakyat biasa tidak salah kita bertanya selama Datuk seri Najib jadi PM kita, pernahkah dia membuat lawatan mengejut di kawasan Pedalaman ? melihat sendiri kesengsaraan rakyat di sana..Bagaimana dengan “rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan:..Barangkali tinggal slogan sahaja…

6 comments:

Ajin b. Gagah said...

Salam Sdra DEPU-DEPU,
Isu yang sama telah juga diketengahkan oleh sdra musram dalam salah satu blog beliau.

Pada mula nya saya pun berfikir juga kenapa PM Datuk seri Najib telah meluluskan peruntukan sebanyak RM 100 juta saham untuk rakyat miskin di Bandar, tanpa mengambil kira kedudukan rakyat diluar bandar.

Untuk itu saya telah membuat kajian sejauh mana kah perihatin nya kerajaan terhadap rakyat luar bandar saperti di kampung-kampung kita di Sabah.

Apa yang saya dapati, kerajaan memang telah pun meluluskan beberapa bilion ringgit peruntukan untuk tujuan itu, termasuk di Sabah dan Sarawak.

Malang nya sistem penyaluran peruntukan tersebut ke akar umbi agak lambat dan terpaksa melalui banyak protocol kewangaan.

Disamping itu, cara dan cita rasa atau pun bentuk peruntukan itu di sampaikan, tertaklok kepada budi bicara Menreri Pembangunan Luar Bandar Dan Wilayah Malaysia dan juga Ketua Menteri masing-masing.

Justru itu, tidak heran lah kalau daerah saperti Kota Belud dan Tuaran di kategorikan sebagai bukan daerah utama.

Walau macam mana pun, dari sudut yang lain,Kota Belud beruntung juga kerana ada pembangunan mega saperti Agropolitan dan Jelapang Padi (konsep Pembangunan luar bandar).

Dalam pada itu, saya juga mengharapkan kerajaan Negeri lebih telus dan adil dalam pengagihan peruntukan tersebut kepada penduduk miskin di luar bandar.

Semuga sukses

Datu pitung said...

salam sdr depu depu

saya telah menulis satu isu pemimpin di kota belud, tapi saya tak cerita banyak2 nanti ada yg mengamuk pula.

sperti apa yang sdr solymone katakan, projek agropolitan dan jelapang padi di kota belud, untuk pengetahuan sdr solymone, samapai sekarang projek itu masih dalam kertas kerja lagi belum di laksana kan. sy di faham kan, peruntukan itu sdh lam a di umumkan.

mcm mana nak bela rakayt kalau macm ni..rakayt tak tau apa pun, semua nya dengan pemimpin. tapi kemana kesemua pemimpin kota belud ni????? barangkali sibuk dengan hal peribadi masing2..

kelapa mawar said...

salam sdr depu-depu..

ma kasih kerana memberikan ulasan di blog saya..saya amat menghargainya..buat pengetahuan sdr saya ada postkan cerita baru..mai-mai..ke blog saya..

cerita sdr kali ini, cukup tragis..masyarakat luar bandar yg masih tidak terbela..ya..saya bersetuju dgn pandangan sdr Solymone...bahawa ada juga peruntukan yg telah diumumkan oleh kerajaan utk masyarakat luar bandar, namun karenah birokrasi itu yg jadi masalahanya...bantuan lambat sampai dan kadangkala tak sampai langsung..

kerajaan perlu lebih peka dgn keadaan ini..wassalam.

DEPU-DEPU said...

salam kembali sdr Solymone..

Thanks kerana memberikan pandangan..yang menarik dan penuh dengan fakta.terima kasih sekali lagi..

Kerajaan perlu mengubah pendekatan dan cara menangani permasalahan rakyat luar bandar supaya rakyat tidak rasa diketepikan..antara yang boleh dilakukan ialah denagn menambah baik kaedah sedia ada dengan memperbanyakkan pemantauan. dengan cara ini bantuan akan cepat dan dapat disampaikan dengan berkesan..

DEPU-DEPU said...

salam kembali Datu pitung..

terima kasih dengan kunjungan dan pandangan sdr..saya pun sudah memberikan ulasan di blog sdr yg semakin panas itu..

Di Kb banyak projek yg tergendala..kalau ada yg jalan pun..ada udang disebalik mee basah..

DEPU-DEPU said...

salam kembali sdri KM..

terima kasih juga kerana datang berkunjung..
Insyallah kalau ada kesempatan saya akan ke blog sdrii