Wednesday, August 26, 2009

JANGAN TIMBULKAN SENSASI :PM


PM sekali lagi mengingatkan agar semua Pemimpin masyarakat dan media di negara ini berhenti untuk mensensasikan sesuatu peristiwa atau isu sehingga menimbulkan keresahan dan kegusaran kepada masyarakat di negara ini. Ingatan itu diberikan kepada semua pengamal media sama ada dari media cetak elektronik Cina, Melayu atau India.


PUTRAJAYA 26 Ogos – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengingatkan semua pemimpin masyarakat dan media di negara ini supaya tidak menimbulkan unsur sensasi terhadap isu-isu yang boleh mengundang kontroversi dalam masyarakat.

Ingatan Perdana Menteri itu dibuat ketika beliau mempengerusikan mesyuarat Kabinet di sini pagi ini.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, Perdana Menteri membangkitkan perkara itu kerana ketara masyarakat ketika ini terlalu banyak dihidangkan atau membicarakan isu-isu yang tidak menguntungkan.

Serentak itu, kata beliau, kementeriannya dan Kementerian Dalam Negeri diketuai Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein akan memainkan peranan sebagai orang tengah, berurusan dengan pihak media agar tidak ada unsur keterlaluan untuk mensensasikan sesuatu isu atau kes tertentu.

“Contohnya dalam bulan-bulan kebelakangan ini, kita dihidangkan dengan laporan kes melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim tetapi sehingga ini tidak ada apa-apa (perkembangan). Namun, disebabkan berita ini telah disensasikan, maka ia sendirinya mencetuskan kontroversi dalam masyarakat.

“Ingatan ini adalah untuk semua media cetak dan elektronik baik surat khabar berbahasa Melayu mahupun Cina. Ini demi kesejahteraan dan keamanan negara, juga untuk mengekalkan suasana harmoni sedia ada,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.(utusan)


No comments: