Wednesday, August 12, 2009

DAP boleh hina Islam - Nik Aziz



Antara Berita utusan yang mengejutkan saya:







KOTA BAHARU 12 Ogos — Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak membantah tindakan segelintir pemimpin DAP menghina Islam kerana parti itu bukan parti Islam dan kefahaman mereka terhadap Islam mungkin tidak mendalam.

Beliau sebaliknya menyalahkan sikap pemimpin Islam yang menolak ajaran Islam sehingga agama itu tercemar dan telah disalah ertikan kesuciannya oleh mereka yang bukan Islam.

“DAP kalau hina Islam pasal dia bukan Islam. Yang orang Islam tolak Islam itu lebih menghina Islam,” katanya kepada pemberita di sini hari ini ketika diminta mengulas tindak tanduk beberapa pemimpin DAP kebelakangan ini yang dilihat menghina Islam.

Nik Aziz berkata untuk meningkatkan kefahaman DAP terhadap Islam, Pas sebagai rakan kepada DAP dalam pakatan pembangkang, mengambil pendekatan memberi penerangan kepada pemimpin-pemimpin parti itu supaya mereka lebih memahami Islam.

“Kita mendekati mereka melalui forum, wacana dan perbincangan,” katanya.

Nik Aziz juga mempertikaikan tindakan pihak tertentu yang melabelkan penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat.

Sebaliknya beliau berkata perkara yang patut dipertikaikan adalah jika berlaku kepincangan dalam pelaksanaan dasar PKR dan bukannya membuat serangan peribadi.

“Kenapa nak serang batang tubuh orang. Sepatutnya seranglah dasar PKR. Saya rasa malu dengan orang Melayu sekarang yang menyerang batang tubuh orang,” katanya. - Bernama

8 comments:

Datu pitung said...

salam sdr depu depu

politik punya pasal agama tergadai..masyaAllah!

paikankb said...

salam...

Satu pendekatan yang perlu kita fahami...pertama mungkin kenyataan TGNA sudah diubahsuai oleh media arus perdana...yang kedua...Andai benar kenyataan ini kita fikirkan... Pemimpin Islam sekarang yang sebenarnya menghina ISlam itu sendiri...hakikat itu kita kena terima...pasti ada dalil TGNA berkata sedemikian...tq

kelapa mawar said...

salam sdr depu-depu..

dunia politik pAS terlalu banyak perlambangan yg sukar dibaca dlm masa yg terdekat...kenyataan ini ada juga disiarakan dalam berita Awani..setakat ini ia tidak mengejutkan saya...

DEPU-DEPU said...

salam datu Pitung..

inilah masalah politik di negara kita..Agama turut dipolitikkan..apa dah jadi?

DEPU-DEPU said...

salam sdr Paikankb..

Tq dgn kunjungan anda..pandangan sdr mungkin ada lojiknya..tetapi susah kita cerita kerana media pun turut dipolitikkan.

DEPU-DEPU said...

salam kelapa mawar..

saya ingat sdr juga pakai perlambangan dlm memberikan komen..Tq dgn kunjungan dan pandangan itu.

A. Azman said...

salam..
mudahah2an TGHA ada dalil utk apa yag dia perkatakan..

DEPU-DEPU said...

salam kembali sdr azman..

TQ dgn komen anda..saya juga mengharapkan demikian..