Wednesday, August 19, 2009

KOTA BELUD : BEKALAN AIR BERSIH 2010


Jika benar apa yang dipaparkan dalam blog GEMPUR SABAH, bermakna masalah bekalan air bersih di daerah Kota Belud akan dapat diatasi pada tahun depan. Begitu apa yang dikatakan oleh DATUK RAHMAN DAHLAN ahli Parlimen P.169 Kota Belud.


Disediakan Oleh : ISMAIL MOHD ROSLI

KOTA BELUD : Masalah bekalan air paip yang sedang dihadapi oleh penduduk di seluruh kampung dalam daerah ini akan dapat diatasi pada tahun 2010 sebaik sahaja peruntukan dari kerajaan pusat disalurkan ke daerah ini bagi membaiki dan menanam semula paip-paip baru untuk menggantikan paip yang sedia ada yang sudah tidak mampu menerima tekanan air paip dari Loji di Kg. Bayayat.

Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Datuk Dahlan, berkata untuk mengatasi masalah air di daerah ini, sejumlah 30 juta ringgit diperlukan untuk membaiki dan menanam semula paip-paip baru bagi menggantikan paip-paip yang sedia ada yang sudah uzur dan tidak mampu menerima tekanan air paip loji pam air di Kg. Bayayat.

“ Saya telahpun menyerahkan kertas kerja permohonan peruntukan berjumlah 30 juta untuk membaiki dan menanam paip yang baru itu kepada Menteri Pembangunan Luar Bandar Dan Wilayah Malaysia, Datuk Shafie Apdal juga kepada Ketua Setiausaha Kementerian berkenaan.

“ Dalam pertemuan saya dengan Datuk Shafie, beliau memaklumkan masalah air yang dihadapi oleh rakyat di Kota Belud akan diatasi pada tahun 2010, oleh itu saya berharap rakyat di daerah ini dapat bersabar, kerajaan amat memahami masalah rakyat, apa yang perlu kita lakukan kita harus terus menyokong kerajaan yang ada sekarang bagi memastikan kesinambungan pembangunan dapat diteruskan.”

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Pesta Perahu Naga Dan Perahu Berhias yang telah berlangsung di Kg. Kuala Abai dekat sini, baru-baru ini.

22 comments:

Datu pitung said...

salam sdr depu depu

sy lama tidak menjengguk blog kota belud terutama blogger sdr..ada kesibukan sedikit..line sini pun tk berapa baik 2 3 hari lalu..

harap apa yg di katakan oleh Datuk Rahman itu menjadi kenyataan bagi penduduk di kota belud khasnya..dan di harap juga ini bukan manifiesto kerajaan untuk PRU13 nanti untuk memancing undi dan sebagai nya..

kita tggu dan berdoa moga peruntukan ini di luluskan dan di laksanakan dengan baik..

penulisan saya akan menjelang, nantikan!

Risktaker said...

salam...

owh...br dtk shafie kata la...?
blum lagi di luluskan ka??

mrakunman said...

salam.. semoga cerita dogeng ini akan menjadi kenyataan. Kita tunggu, sebab YB yang sama pernah juga membuat janji sebelum ini. Kali ini mungkin ada kebenarannya, kerana guna nama menteri.

SABAHKITA said...

Assalamualikum,
SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN AL MUBARAK DAN SELAMAT BERPUASA. Semoga bulan mulia ini dapat lebih merapatkan lagi silaturahim sesama kita semua dan dapat pula menyumbang kebaikan untuk kemajuan ummah dan kepesatan Negara. Semoga sihat wal afiat sekeluarga. Wasaalam. SABAHKITA.

.HAJIN said...

Assalamualikum,
Selamat menyambut ramadan al mubarak dan selamat berpuasa

a kl citizen said...

juz nak ucap selamat menyambut ramadhan

abu said...

salam semua...
Harap2 apa yang dikata akan terlaksana. Dan harap2 bila dah nak dilaksanakan nanti bukan oleh suku sakat, adik beradik /tiri atau kroni2. Bagilah fair chance dengan orang lain.Jangan melobi disana.. disini menanti.

DEPU-DEPU said...

salam datu Pitung..

TQ dgn kunjungan dan pandangan sdr itu..saya juga mengharapkan agar ia bukan sekadar cakap2 kosong tetapi ia adalah tanggungjawab yg perlu dilakasanakan.Wassalam selamat berpuasa..

DEPU-DEPU said...

salam sdr R

TQ kerana pandangan sdr..

Katanya Dtk Shafie dah beri green light..tak tahu la, politik sekarang banyak helah bela dirinya...walau apa pun semoga ia menjadi kenyataan..wassalam

DEPU-DEPU said...

Salam Pagari..Mrakunam...

Saya memikirkan yang demikian juga,...kerana dalam menunggu tahun depan 2010, macam2 alasan boleh diberikan...tapi saya mengharap agar masalah bekalan air bersih ini dapat diselesaikan secepat mungkin...Sudah lama masalah ini membelenggu kita di KB...

TQ dgn pandangan sdr. SELAMAT BERPUASA, SEMOGA SDR DAN KELUARGA SENTIASA SUKSES.WASSALAM

DEPU-DEPU said...

salam SDR SABAHKITA..

TQ dgn doa dan harapan sdr ..amin..

Saya juga mengharapkan agar sdr dan keluaraga sentiasa sihat walafiat dan dilindungi ALLAH...
SELAMAT BERPUASA..Wassalam

DEPU-DEPU said...

salam sdr Hajin..

SELAMAT BERPUASA SEMOGA SDR DAN KELUARGA SENTIASA DIRAHMATI ALLAH SWT.

TQ dengan kunjungan sdr.wassalam

DEPU-DEPU said...

salam Cikgu kl citizen..

SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA.SEMOGA CIKGU DAN KELUARGA SENTIASA SIHAT SELALU.WASSALAM

DEPU-DEPU said...

Salam sdr abu..

tq dgn kunjungan dan pandangan sdr itu..semoga bekalan air bersih ini akan dapat diselesaikan.

SELAMAT BERPUASA.WASSALAM

Nyawa Bin Badan said...

Salam Depu-Depu,

Tanhiah buat YB Rahman, jangan nanti projek ini adik dia dapat Si Tajuddin dengan Si Aking. Cina import dari melaka itu.

DEPU-DEPU said...

salam nyawa bin badan..

macam cerita P.ramlee pulak..

Moga2 projek bekalan air bersih ni tidak disalahgunakan..biarlah memberi kepentingan kepada masyarakat di KB.
Thanks a lot..

labilabulabi said...

Salam Depu-Depu,

Saya amat menghargai usaha Datuk Rahman membawa pembangunan di KB. Pada saya selesainya masalah air bersih kota belud, serupa juga kota belud merdeka secara mutlak dari segi belenggu pembangunan. Teruskan usaha saudara mendedahkan perkara yang membawa manafaat kepada masyarakat kita. Wasalam

Nyawa Bin Badan said...

Salam Depu-Depu,

Cerita Nujum Pak Belalang banyak membawa messege yang mendalam kepada kita, seperti keikhlasan, kejujuran, keberanian, kesungguhan dan sebagainya. Justeru itu Nyawa Bin Badan ingin mengingkatkan kembali kepada kita bahawa seseorang wakil itu perlu ada sikap watak dalam Nujum Pak belalang. Wasalam

Risktaker said...

salam..

ntahlah sdr depu-depu...
yang sy ble katakan...
allahuahlam ja...

DEPU-DEPU said...

salam labilabulabi..

TQ dgn pandangan sdr...merdeka dari air kotor lah tu.

DEPU-DEPU said...

Salam Nyawa bin badan..

teruskan dgn filem2 p.Ramlee sdr tu..banyak pengajaran yg boleh diambil

DEPU-DEPU said...

salam Risktaker..

samlah kita..wassalam