Tuesday, December 13, 2011

ORANG MINYAK DITANGKAP DI TAWAU


Seorang lelaki berkelakuan pelik bagai ‘orang minyak’ yang hanya memakai seluar dalam dan bersenjatakan pisau lipat ketika memecah-masuk sebuah rumah di Taman Semarak di sini pada awal pagi kelmarin berjaya ditangkap oleh mangsanya.


Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 3.50 pagi itu, difahamkan badan lelaki separuh bogel terbabit dilumuri dengan minyak dan berbau busuk, manakala mukanya pula ditutup dengan kain baju.Menurut mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai Along, 30, lelaki pelik tersebut cuba melawan ketika hendak ditangkap, malah cuba menikamnya dengan pisau lipat sehingga berlaku pergelutan di antara mereka.



“Hasil bantuan adik kandung dan adik ipar saya, kami berjaya juga menangkapnya dan merampas semula wang RM2,000 dan enam buah telefon bimbit milik ahli keluarga kami yang cuba dilarikan oleh lelaki itu,” katanya.


Along menjelaskan sebelum kehadiran ‘orang minyak’ yang sedang mencuri di rumahnya itu disedari, beliau dan lapan lagi penghuni yang lain sedang tidur namun mujur isterinya terjaga selepas pintu bilik mereka cuba dibuka oleh seseorang.Sebaik dikejutkan oleh isterinya, beliau terus bergegas turun ke tingkat bawah dan mendapati terdapat seorang lelaki yang tidak dikenali dan berkelakuan pelik sedang menyelongkar ruang tamu rumah mereka.


“Selepas itu saya mengejutkan pula dua ahli keluarga saya yang lain untuk menangkapnya, tetapi lelaki tersebut melawan sehingga berlaku pergelutan selama beberapa minit sebelum kami berjaya menangkapnya,” tambahnya.


Beliau berkata susulan daripada penangkapan lelaki pelik berkenaan, mereka terus menghubungi pihak polis yang kemudiannya tiba bagi melakukan tangkapan semula dan mengambil keterangan mereka.Mengulas lanjut, Along berkata lelaki itu dipercayai memecah-masuk melalui jendela dapur rumahnya, dan dalam masa sama beliau akui kejadian itu merupakan insiden kedua yang menimpa mereka kerana sebelum ini rumahnya pernah dipecah-masuk pada November lepas.


Menurutnya lagi, laporan polis berhubung insiden terbabit juga telah dibuat dan pihak polis yang dihubungi oleh pemberita pula mengesahkan mengenai insiden berkenaan dan penangkapan lelaki terbabit.

Monday, December 5, 2011

MUSLI OLI KELUAR UMNO


Oleh : MUSLI OLI


PARTI UMNO adalah parti pertama saya menjadi ahli pada 1994. Sungguhpun saya pernah memegang jawatan sebagai Ketua Pemuda Cawangan USNO Kg Petagas, saya tidak pernah menjadi anggota parti itu secara rasmi.Saya di Edinburgh, Scotland selama 5 tahun dan balik ke Sabah pada September 1994. Ketua UMNO Bahagian Kota Belud pada masa itu ialah Datuk Seri Salleh Said. Dia juga Menteri Kewangan Sabah merangkap Timbalan Ketua Menteri Sabah. Sebaik bertemu, dia menjemput saya menyertai UMNO.



Pada masa yang sama, abang kandung saya Jamlidi Hj Oli adalah Ketua Bahagian PBS. Dia dijangka akan menentang Salleh Said di Parlimen Kota Belud atau DUN Usukan jika PRU diadakan kerana PBS adalah parti pembangkang ketika itu.PBS pimpinan Tan Sri Pairin hanya kembali kepangkuan BN pada tahun 2001 setelah tewas pada PR negeri tahun 1999.Walaupun abang saya seorang pemimpin kanan PBS, saya memilih UMNO kerana saya kenal UMNO. Saya pernah belajar dan mengajar mata pelajaran sejarah.



Saya tahu siapa Onn Jaafar, Tunku Rahman, Tun Razak, Tun Hussien. Saya tahu sejarah Malayan Union.Saya yakin berdasarkan sejarah perjuangannya UMNO adalah parti terbaik kepada saya dan rakyat Sabah!Saya juga yakin parti UMNO boleh meneruskan agenda yang diperjuangkan rakyat Sabah melalui PBS tanpa perlu berkonfrantasi dengan kerajaan Pusat. Perjuangan memulihkan Perkara 20, Borneonisasi, otonomi, masalah PTI dan banyak lagi isu negeri, pada hemat saya rasa lebih mudah ditangani jika parti UMNO yang menerajuinya kerana hubungan yang rapat kepimpinan UMNO negeri dengan pimpinan tertinggi negara.



Begitulah tingginya harapan saya kepada UMNO!Selepas berlalu PRU 1995, 1999, 2004, 2008 dan selepas 9 orang KM Sabah bertukar ganti sejak UMNO masuk ke Sabah. Bermula dengan Tun Sakaran Dandai, Datuk Salleh Said Keruak, Datuk Yong Teck Lee, Tan Sri Dompok, Datuk Osu Sukam, Tan Sri Chong Kah Kiat dan Datuk Musa Aman. Isu seperti royalti, perkara 20, PTI dan Borneonisasi masih tidak mendapat perhatian yang serius.Kepimpinan UMNO Sabah dan Pusat terus mendendangkan lagu pembangunan.



Manakala rakyat Sabah terus bergelumang dengan pelbagai masalah ekonomi dan sosial. Kadar kemiskinan masih di tahap yang tinggi. Kadar pengangguran terus berada di puncak statistik negara.Jika ada 100 belia dari Sabah yang berkelayakan mencari pekerjaan ke tanah Semenanjung, dimana kah mereka bekerja? Peluang hanya mampu dapat kerja sebagai GRO, tukang urut di Bukit Bintang atau kerja Kilang di Sungai Way.



Sebaliknya jika ada 100 belia dari negeri-negeri dari Semenanjung ke Sabah, mereka akan menjadi ketua-ketua jabatan persekutuan, pegawai kanan dan kontraktor Petronas.UMNO adalah parti yang terbaik kepada orang Melayu di Tanah Melayu!!Saya sedih keluar dari parti yang terus mengungguli perjuangan membela agama, bangsa dan negara seperti UMNO. Saya amat menghormati prinsip UMNO untuk membela umat Melayu. Tapi untuk UMNO membela dan memperjuangkan hak-hak orang Bajau, Kadazandusun, Murut, Ubian, Brunei, Orang Sungai, Kadayan, Bisaya, Tatana, dan rakyat pribumi Sabah yang lain barangkali belum sampai masanya!

Sunday, November 13, 2011

Datuk Musbah dan Riwayat UMNO di Kota Belud


Kemasukan UMNO ke Sabah telah mengubah landskap politik negeri ini, banyak perubahan telah berlaku ekoran daripada kemasukan parti UMNO yang membawa banyak manafaat kepada penduduk yang beragama islam yang selama ini hanya bergantung penuh kepada parti USNO sebagai wadah perjuangan mereka. Namun tidak ramai yang mengetahui secara mendalam bahawa kemasukan UMNO ke sabah adalah hasil pengorbanan Bapa Kemerdekaan Sabah Tun Datu Mustapah membubarkan partinya, yakni USNO sebagai jalan mudah bagi parti UMNO mengembangkan sayapnya ke Sabah. Usaha membawa kemasukan UMNO ke Sabah merupakan ilham sendiri Tun Mahathir Mohammad selaku Presiden UMNO dan Perdana Menteri negara Malaysia masa itu, ekoran daripada penarikan diri parti PBS yang memerintah Negeri Sabah masa itu daripada Barisan Nasional.



Sebagai permulaan pengembangan sayap UMNO ke Sabah, satu pilihanraya kecil ADUN Usukan telah diadakan dan UMNO meletakkan Tun Mustapah Datu Harun sebagai calun Barisan Nasional menghadapi PBS sebagai kerajaan yang memerintah di Sabah. Semasa pilihanraya inilah Datuk Musbah telah menggunakan semua aset yang ada dengan beliau terutama sekali kereta mewahnya sebagai kenderaan utama pemimpin-pemimpin UMNO pusat dan Negeri Sabah semasa pilihanraya itu.



Tun Mustapah yang menjadi calun UMNO masa itu merasa terharu dengan pengorbanan Datuk Musbah membantu beliau memenangi pilihanraya tersebut. Beliau amat hairan terhadap kesanggupan Datuk Musbah masa itu, sedangkan beliau sendiri tidak pernah membantu Datuk Musbah dalam kerjayanya sebagai seorang peniaga bumiputra yang berjaya. Sehingga beliau sendiri menyiasat siapa sebenarnya Haji Jamli dalam hidupnya sepanjang beliau menceburkan diri dalam politik Negeri Sabah. Seingat beliau Haji Jamli tidak pernah dibantunya sepertimana pengorbanan anaknya Datuk Musbah lakukan terhadapnya. Inilah ingatan kenangan manis Datuk Musbah bersama-sama Tun Datu Mustapah yang mungkin tidak ramai yang mengetahuinya. Namun apabila Tun Mustapah mengajukan soalan kenapa beliau yakni Datuk Musbah kenapa membantunya tanpa mengenal wang ringgit, dengan selamba beliau menjawab Tun dengan kata-kata seperti berikut. " saya amat bangga dapat menyumbangkan bakti kepada orang yang telah bermati-matian memerdikan Negeri Sabah ini. Dengan nikmat perjuangan Tun memerdekan Negeri Sabah inilah saya telah dapat mengembangkan perniagaan saya hari ini dengan jayanya". Kata-kata inilah membuatkan Tun Datu Mustapah Datu Harun merasa teruja dan terharu atas pengorbanan yang ditunjukkan oleh Datuk Musbah Terhadap beliau sehingga beliau memenangi pilihanraya Usukan menewaskan PBS dengan mejoriti yang amat Besar.


Pengorbanan yang dilakukan oleh Datuk Musbah itu sehingga kini telah menjadi memori yang indah kepada YAB Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman yang mana turut sama-sama menyaksikan pengorbanan beliau itu. Sebagai makluman Datuk Musa Aman masa itu merupakan Pengarah Gerakkan Pilihanraya Kecil kawasn Usukan dengan dibantu oleh Tuan Yang Terutama Tun Johar Mahiruddin yang waktu masih melibatkan diri dalam kancah politik Sabah dan rakan-rakan USNO yang lain. Sehingga ke hari ini beliau selalu menceritakannya rakan-rakan tentang sumbangan Datuk Musbah terhadap kemasukan UMNO ke Sabah.


Sumbangan dan pengorbanan Datuk Musbah tidak putus di situ sahaja malahan telah berterusan kerana kenderaan dan permis perniagaannya telah dijadikan kenderaan dan pusat operasi parti UMNO di Kota Belud. Setiap kali pemimpin-pemimpin UMNO yang bertandang ke negeri Sabah akan ke Kota Belud memandangkan waktu itu Daerah Kota Belud telah menjadi tumpuan kepada mereka atas sebab UMNO Kota Belud merupakan anak sulong UMNO di Sabah. Peristiwa pelancaran UMNO sulong Sabah di Kota Belud merupakan kenangan abadi yang indah buat penduduk Kota Belud. Buat pertama kalinya seorang negarawan ulung Tun Dr Mahathir Mohammad telah menjejakkan kakinya ke daerah ini bagi menyempurnakan pelancaran UMNO Kota Belud di tapak bangunan USIA yang juga menempatkan pejabat UMNO Kota Belud.



Sekali lagi semasa lawatan Perdana Menteri ini, Datuk Musbah telah banyak memainkan peranan dalam pergerakkan Tun Dr Mahathir Mohammad ke daerah ini apabila kereta Mercedesnya telah di sumbangkan sebagai kenderaan utamanya semasa majlis itu berjalan. Pihak penganjur menghadapi mendapatkan kenderaan mewah untuk kegunaan Tun Mahathir waktu itu kerana ramai pemimpin-pemimpin tempatan dan golongan koperat negeri Sabah tidak berani meminjamkan atau menyewakan kenderaan mereka untuk disewakan kepada penganjur kerana waktu itu Negeri Sabah diperintah oleh PBS, mereka takut tidak mendapat peluang projek dari kerajaan PBS. Namun Datuk Musbah yang terkenal dengan ciri kepimpinan transperin iaitu telus, jujur dan berani, beliau sangggup mengetepikan itu semua demi menuruti semangatnya ingin melihat Negeri Sabah diperintah oleh parti UMNO.


Demikian jugalah apabila Timbalan Perdana Menteri waktu itu Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan lawatan ke Daerah Kota Belud yang diadakan di Padang SK. Labuan Kota Belud dalam Majlis Pemimpin Bersama Rakyat. Datuk Musbah sekali lagi telah memainkan peranannya apabila kereta kenderaannya Toyota Ninja SA35K telah dipinjam kepada pihak penganjur untuk dijadikan kenderaan khas Timbalan Perdana Menteri.



Pengorbanan dan sumbangan Datuk Musbah dalam memperkukuhkan sememangnya tidak dapat dipertikaikan lagi, umum tahu semasa UMNO mula bertapak di Kota Belud tidak ramai pemimpin yang sanggup mengorbankan masa dan wang ringgit semata-mata untuk memastikan UMNO dapat diterima oleh rakyat Kota Belud. Kita ada dua tokoh waktu itu yang mempunyai jenama seperti Datuk Salleh Tun dan Tan Sri Pandikar Amin, mereka ini diumpamakan sebagai petani yang hanya menuai padi hasil usaha orang lain sahaja. Misalnya Tan Sri Pandikar yang diletakkan calun Barisan Nasional di kawasan DUN Tempasuk pada tahun 1994.



Apakah sumbangannya kepada usaha memperkukuhkan UMNO di Kota Belud sehingga dia dijadikan calun di kawasan Tempasuk berbanding Datuk Musbah yang awal-awal lagi mempunyai jentera parti diperingkat daerah mengundi. Datuk Musbah sedikitpun tidak merasa kecewa atau kecil hati tidak dipilih calun waktu itu kerana beliau tidak mementingkan diri tetapi sebaliknya mengutamakan perjuangan parti mengatasi segala-galanya. Walaupun tidak terpilih menjadi calun Datuk Musbah telah memperlihatkan kometminnya yang tinggi dalam memastikan calun Barisan Nasional masa itu mencapai kemenangan mutlak. Beliaulah tunggak utama Tan Sri Pandikar sehingga mencapai kemenangan dengan mejoriti yang besar.



Jika diukur pengorbanan dan sumbangan pemimpin-pemimpin UMNO Kota Belud terhadap parti UMNO Datuk Musbah adalah pemenangnya. Akan tetapi jika diukur pemimpin-pemimpin Kota Belud yang banyak mendapat jawatan pelbagai jawatan kerajaan, maka juaranya ialah Datuk Salleh dan Tan Sri Pandikar.


Demikian juga jika diukur pemimpin mana yang banyak membawa pembangunan kepada daerah Kota Belud maka Datuk Musbahlah juaranya,kerana meksipun beliau hanya memegang jawatan Pembantu Menteri tetapi telah mampu membawa projek mega ekonomi masyarakat Kota Belud. Tetapi jika diukur pemimpin mana yang banyak memegang jawatan kerajaan dari jawatan menteri kepada jawatan Ketua Menteri dan Sepekear Dewan Rakyat, tetapi tidak banyak membawa pembangunan kepada daerah Kota Belud, maka juaranya ialah Datuk Salleh Tun Said dan Tan Sri Pandikar.


Blog : Dilema anak Kota Belud

Guru Kerja 9 jam 2012, Cuba dulu baru tahu


Nampaknya selepas ini sekitar 5,000 guru dari 104 buah sekolah akan menjadi “bahan eksperimen” kepada sistem waktu bekerja iaitu guru kerja 9 jam mulai Januari 2012 meliputi 4 negeri seperti Pahang, Melaka, Johor & Sarawak. Pelaksanaan guru kerja 9 jam :

  • Tempoh percubaan 6 bulan di Pahang, Melaka, Johor dan Sarawak untuk diperhalusi Kementerian Pelajaran Malaysia
  • Tempoh percubaan bagi waktu guru kerja 9 jam di sekolah terpilih itu akan dilaksanakan dua sesi iaitu 7.30 pagi hingga 4.30 petang dan 1.30 petang hingga 6.30 petang selama enam bulan.
Walaubagaimanapun Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) tidak bersetuju dengan pelaksanaan guru kerja 9 jam ini kerana :
  • Mana-mana guru kerja 9 jam nanti dikhuatiri akan lebih tertekan selepas terpaksa mengikut perubahan waktu kerja baru ini yang akan menganggu tugas mereka di sekolah
  • Pelaksanaan dasar guru kerja 9 jam sama seperti seperti penjawat awam lain di pejabat tidak boleh diguna pakai dalam pendidikan sekolah
  • Guru ada banyak tugasnya. Mereka bukan sahaja pendidik malah guru juga dibebani dengan tugas perkeranian termasuk mengisi data dan sebagainya.
  • Ada masanya guru terpaksa bertugas Sabtu dan Ahad untuk aktiviti badan beruniform, sukan dan kelas tambahan
Kami memang akui cabaran menjadi guru sekarang tidak seperti dahulu. Dalam banyak-banyak point yang diberikan NUTP, kami lebih tertarik kepada multitasking yang perlu guru lakukan sekarang ini bukan setakat menjadi pendidik sahaja. Ya….memang benar, boleh sahaja meminta guru-guru kerja 9 jam seperti penjawat awam yang lain, tetapi apakah kualiti tumpuan yang mampu guru berikan sama seperti sebelum daripada pengenalan pelaksanaanguru kerja 9 jam ini?
Kerana apa yang penting bagi kami adalah kualiti tumpuan guru semasa mengajar murid-muri di sekolah bukannya kuantiti yang ada.
Mungkin ada yang mengatakan mereka adalah guru, jadi kenalah berkorban. Ya…benar sama sekali. Tetapi kita jangan lupa mereka tetap manusia yang ada limitasi daripada segi tenaga dan emosinya.

Walaubagaimanapun ini masih tempoh percubaan bukan, rangka sesuatu dasar sebaiknya. Jangan kerap sangat “bertukar dasar dan jadikan guru-guru ini bahan eksperimen” setiap kali tukar menteri, pening nanti guru-guru di sekolah. Kadang-kadang benda yang mudah jadi semakin sukar. Jadi, buat kajian dengan sebaiknya.

Tuesday, November 8, 2011

ASAL-USUL KAUM IRRANUN (IRANUN, ILLANUN DAN LANO) DI SABAH ASAL-USUL KAUM IRRANUN (IRANUN, ILLANUN DAN LANO) DI SABAH




Ramai kawan-kawan bertanya pada saya tentang asal-usul kaum Irranun di Sabah, kebetulan pula saya termasuk dalam misi pengkaji dari Universiti Malaysia Sabah yang berkaitan dengan Kebudayaan Irranun dan kaitannya dengan seni visual. Masa dan tarikh kajian ialah 29.05.2011 hingga 10.06.2011.Dalam hal ini, sedikit sebanyak dapatlah mungkin saya menjawab persoalan mereka, ini kerana secara tidak langsung kami mengkaji juga tentang asal-usul kaum Irranun di Sabah ini.


Saya amat tertarik untuk menumpahkan sedikit pengatahuan yang kami dapat semasa kajian kami di Pulau Mandano khususnya di Bandar Cotabato, Pulau Bonngo, Bandar Marawi dan Tasik Lano De Sur. Saya suka memulakan penyataan ini dengan menyatakan pengakuan daripada Datu Michael O. Mastura, merupakan keturunan Sultan Kudarat, Maguindanao dan mempunyai pertalian keluarga dengan Shariff Kabunsuan. Shariff Kabunsuan adalah tokoh yang sering dinyatakan dalam buku-buku sejarah masa ini.


Penyataan saya ini tidak berdasarkan kepada fakta sejarah, akan tetapi berdasarkan kepada pertemuan dan temubual dengan tokoh besar di Magindanao. Beliau menyatakan bahawa bangsa Irranun (Bangsa Moro) berasal dari kaki bukit Matuaring, pada masa itu bukit ini adalah gunung berapi sebenarnya. Di sinilah merupakan petempatan awal bagi kaum Irranun. Saya merujuk dalam buku sejarah bahawa tempatnya ialah Butig, Lanao dan Gunung berapi matuaring (Makaturing) telah meletup dalam tahun 1765.


Bermula dari saat itu, kaum Irranun terpaksa berpindah ke pelbagai tempat. Tempat perpindahan pertama mereka ialah di Cotabato. Cotabato bermakna gua batu. Di Bandar Cotabato sendiri mempunyai tempat yang seiras dengan nama Bandar iaitu Bagua. Bagu bermakna baru dan Bagua pula adalah batu bergua.



Tempat perpindahan kedua adalah di sekitar tasik Lano De Sur. Dari segi sebutan bangsa di sekitar tasik ini mereka di kenali sebagai Illano atau lano berdasarkan nama tasik tersebut. Walaupun dari segi sebutan agak berbeza namun ia merujuk kepada bangsa yang sama.


Menurut Datu Michael O. Mastura, tempat perpindahan yang ketiga adalah di laut. Mereka berasimilasi dengan keadaan laut dan sungai. mereka ini telah mula tinggal di pesisir pantai, di sungai dan di muara sungai. Pada peringkat permulaan kaum Irranun di bahagian in dipanggil Lotaou. Lotaou adalah orang yang membuat rumah di atas air. Melalui penerangan ini juga menyatakan ramai daripada Irranun Lotaou ini menjadi pelayar dan menjadi pahlawan dan mengawal aliran keluar masuk pedagang-pedagang asing.


Sebahagian daripada mereka telah menjadi askar bantuan samaada daripada Sultan Sulu mahupun Sultan Brunei. Untuk penyataan ini adalah lebih baik merujuk kepada sumber-sumber sejarah lain. Oleh yang demikian, dengan pertemuan dan wanancara kami dengan beberapa tokoh di Cotabato dan Bandar Marawi, maka dengan ini, saya amat yakin bahawa asal usul kaum Irranun di Sabah adalah dari Pulau Mindanao.


Di bawah adalah sedikit penerangan berkaitan dengan Kaum Irranun yang saya petik daripada rakan-rakan bloger terutama sekali Saudara Naddin. Saya harap maklumat ini dapat memberikan manafaat kepada kita bersama.IRRANUN DI SABAH Irranun atau Illanun ialah nama satu suku kaum yang dikategorikan sebagai penduduk bumiputera Sabah. Iranun bermaksud berkasih-kasihan. Berkasih-kasihan ini bermaksud wujudnya sistem hubungan sosial yang amat erat, yang terikat oleh tali persaudaraan yang amat intim, yang berlandaskan sistem kerjasama dan gotong-royong. Iranun juga di kaitkan dengan nama tasik Lano di Minadanao. Sempena nama tasik ini juga mereka mengambil nama ini sebagai nama kaum ini.



Disebabkan mereka merupakan pelayar yang cekap, tempat tinggal masyarakat Iranun banyak tertumpu di kawasan tepi pantai. Namun ada juga yang terletak di bahagian dalam daerah. Masyarakat Iranun ini banyak menetap di daerah Kota Belud, seperti di kampung Pantai Emas, Liang, Kaguraan, Kota Peladok, Tamau, Tawadakan, Payas-Payas, Marampayan, Kota Bongan, dan lain-lain. Selain itu, masyarakat Iranun juga terdapat di Tungku, Lahad Datu, kg Indarason, Kudat, Kg mangkabong Tuaran dan di Likas, Kota Kinabalu. Jumlah mereka pada 2006 dianggarkan seramai 25,000-30,000 orang. Di luar Malaysia, masyarakat Iranun juga boleh ditemui di Kepulauan Sulu dan Mindanao, Filipina.



Masyarakat Iranun mempunyai dialek atau bahasa yang tersendiri dikenali sebagai basa Iranun. Bahasa Iranun ini digolongkan dalam kumpulan bahasa Hesperonesia, iaitu salah satu kumpulan keluarga bahasa Austronesia (Encyclopedia of World Culture, 1993: 101). Sesuatu yang menarik tentang bahasa ini ialah wujudnya kelainan di antara satu kawasan dengan kawasan yang lain. Contohnya dialek Kaguraan dan dialek Marampayan yang memperlihatkan beberapa perbezaan. Perkara yang serupa dikesan pada dialek Iranun yang dituturkan di Tungku, Lahad Datu di pantai timur Sabah dengan dialek Iranun di pantai barat Sabah (Datu Bandira Datu Alang, 1992: 73-4).



Walaupun terdapat perbezaan di antara dialek tersebut, tetapi faktor ini bukanlah penghalang untuk mereka berinteraksi. Dalam hal lain, tahap saling memahami di antara dialek tersebut masih tinggi. Hal ini membolehkan mereka berinteraksi dengan baik. Bahasa Iranun Marampayan dianggap sebagai bahasa Iranun baku dan digunakan oleh kebanyakan penutur bahasa Iranun di Sabah. Kebanyakan penutur bahasa Iranun juga menguasai bahasa sukuan yang lain dan juga bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Namun demikian, tidak dinafikan bahawa terdapat juga golongan Iranun yang tidak tahu bertutur dalam bahasa Melayu, tetapi bilangan golongan ini cuma sedikit sahaja.



Di Sabah, bahasa Melayu merupakan bahasa komunikasi antara kaum. Bahasa Iranun pula merupakan bahasa ibunda bagi masyarakat Iranun. Dalam kehidupan seharian masyarakat Iranun pada masa kini secara khususnya, kedua-dua bahasa ini mempunyai hubungan dari segi pengaruh. Perhubungan antara bahasa Melayu dengan bahasa Iranun di Sabah ini


memperlihatkan pengaruh yang kuat daripada bahasa yang dominan kepada bahasa yang bukan dominan, yakni bahasa sukuan. Hal ini bermakna bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan Malaysia sudah pasti mempunyai pengaruh yang kuat terhadap bahasa-bahasa sukuan lain yang bukan dominan termasuklah bahasa Iranun. Perkataan lanun dianggap berasal dari nama suku kaum ini.


CATATAN AWAL MENGENAI KEHADIRAN IRANUN DI SABAH



Menurut Tarsila Iranun, kedatangan orang-orang Iranun ke Borneo bermula selepas Sultan Brunei meminta bantuan daripada Sultan Kudarat di Ramitan untuk menghantar pasukan perwiranya untuk membantu memadamkan pemberontakan di Borneo beberapa ratus tahun yang lampau. Maka Sultan Kudarat menghantar sebanyak 12 perahu pahlawan-pahlawan Iranun untuk membantu Sultan. Setiap perahu menagndungi seramai 40 orang, menjadikan kesemuanya 480 orang yang dihantar untuk membantu Sultan Brunei.Selepas pemberontakan itu dapat dipadamkan, Sultan Brunei menawarkan agar mereka membuka petempatan di Borneo.Mereka menerima tawaran itu dan seterusnya menetap di Tempasuk, Tungku dan sebagainya. Ini versi tarsila Iranun.


Kedatangan Iranun ke Sabah, menurut satu sumber lain ialah ketika mereka menganggotai ekspedisi bersama Sharif Kabungsuwan menaiki perahu Awang yang boleh memuatkan seramai 200 hingga 300 orang ke Tempasuk, Sandakan dan sebagainya untuk menyebarkan agama Islam pada abad ke-16. Catatan awal ialah 1521. Orang-orang Iranun yang bersama para Sharif itu terus menetap di Borneo.



Teori ketiga ialah penglibatan masyarakat Iranun terhadap aktviti pelayaran dan perdagangan. Mereka memastikan bahawa di wilayah mereka tidak ada kapal asing yang menceroboh.Itulah sebabnya mereka menyerang kapal-kapal sepanyol yang cuba menggunakan jalur perdagangan dan pelayaran mereka. Penempatan mereka kebanyakannya terdapat di Tempasuk, Tungku dan Indarason kerana tempat itu menjadi pilihan mereka untuk berlindung dari tiupan angin ribut


Meskipun terdapat beberapa teori asal usul kedatangan sukubangsa Iranun di Sabah dari lupa a Iranun seperti yang terkandung dalam cerita-cerita rakyat, darangen dan bayuk, masyarakat Iranun di Sabah menganggap mereka berasal dari tanah borneo sendiri. Banyak buktinya, antaranya kerana jumlah rangkap yang terdapat di sabah lebih panjang daripada yang terdapat di Mindanao. Secara logik, orang dari tanah yang tinggi berhijrah ke tanah yang rendah, ini kata Bapa' Pinjaman Hassin. Sementara itu, dalam sejarah, memang tercatat kedatangan 10 datu dari Borneo meneroka Filipina.


Banyak buku yang boleh dirujuk. Antaranya Sejarah dan Adat Tradisi Iranun oleh Dr.Datu Bandira Datu Alang (kini allahyarham), Buku tulis James Warren. Tarsila Iranun, Tudtul daripada darangen dan bayuk juga boleh diambil kira, jika ada yang berminat untuk mengkaji suku bangsa Iranun.


Di MANA DIASPORA IRANUN? DI SABAH ATAU DI MINDANAO?


Seorang sarjana dari Filipina, Rolando C.Esteban yang pernah menulis mengenai diaspora Iranun memetik satu sumber yang menyatakan bahawa diaspora Iranun bermula sebelum dan selepas 1765. Ada dua gelombang diaspora Iranun. Ada bukti yang menyatakan bahawa kesultanan Iranun telahpun wujud di Tempasuk sejak beratus-ratus tahun lalu. Menurut catatan William Pretyman, Datu-Datu Iranun mempunyai pengaruh yang cukup luas dan besar ketika beliau pertama kali menjejak kaki di Tempasuk pada 1878. Mungkinkah kesultanan Iranun, wujud seratus atau dua ratus tahun lebih awal daripada itu.Jawapannya ada ditangan pengkaji sejarah.


Dimana diaspora Iranun. Orang Iranun di Sabah menggelar orang Iranun di Mindanao sebagai `bagu a iranun' yang bermakna Iranun baru. Dengan jelas mereka mengklasifikasi bahawa Iranun dari Mindanao itulah kelompok Iranun yang baru yang berhijrah dari tanah besar ke kepulauan Nusantara ini-khususnya Mindanao.



Menurut cerita Qadi Nurul Caqim, ketika ditanya oleh Jeneral Robert Bullard, gabenor Lanao pada tahun 1906, beliau menyatakan asal usul bangsa Maranao adalah dari Tempasuk Sabah.Katanya, nenek moyang orang Maranao-Iranun mengakui bahawa mereka berasal dari Tempasuk.Itulah sebabnya nama Tempasuk banyak disebut dalam dongeng dan cerita lisan mereka.Bagaimanapun, beliau menyatakan orang Iranun di Sabah datang dari Lanao- kebanyakan pengkaji menyatakan dari Butig, Lanao, selepas gunung berapi Makaturing meletus dalam tahun 1765.


Saturday, November 5, 2011

Selamat Hari raya Aidil adha 2011


Maaf zahir dan batin

Keputusan Anugerah Skrin 2011


Tahniah kepada para pemenang Anugerah Skrin 2011 (ASK 2011) yang berlangsung malam tadi bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra PWTC Kuala Lumpur dengan tema 'Golden Glamour' ASK Edisi yang ke 17 ini merupakan malam yang penuh gemilang dengan menampilkan artis tanahair yang banyak menghidupkan dunia hiburan Drama dan Filem Tanahair.Pemenang Pemenangnya:


Kategori Drama

  1. Drama Terbaik – ‘Sanggul Beracun’ – Sabri Yunus
  2. Pelakon Lelaki Terbaik Drama – Eman Manan, ‘Janji Syurga’
  3. Pelakon Wanita Terbaik – Umie Aida, ‘Airmata Nur Salina’
  4. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik – Allahyarham Faizal Yusof, ‘Jangan Hantar Aku Ke Neraka’
  5. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik – Elfira Loy, ‘Kum Kum’
  6. Pengarah Terbaik Drama – Sabri Yunus, ‘Sanggul Beracun’
  7. Lakon TV Terbaik – Sabri Yunus, ‘Sanggul Beracun’
  8. Drama Rantaian Terbaik – ‘Juvana’, Filmscape Sdn Bhd
  9. Drama Komedi Terbaik – ‘Geng Surau’
  10. Videografi Terbaik – ‘Sanggul Beracun’, Balang Rimba Sdn Bhd

Kategori Filem

  1. 1. Filem Terbaik – ‘Magika’, KRU Studio
  2. Pelakon Lelaki Terbaik Filem – Remy Ishak, ‘Cun’
  3. Pelakon Wanita Terbaik Filem – Siti Sharifah (Eja), ‘Janin’
  4. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem – Sidik Hussin, ‘Karak’
  5. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem – Nadiya Nisaa, ‘Cun’
  6. Pengarah Terbaik Filem – Osman Ali, ‘Cun’
  7. Lakon Layar Terbaik Filem – ‘Aku Tak Bodoh’, Erhan Baharudin / Sujin Lee

Kategori Penerbitan Dalaman

  1. Rancangan Dokumentari / Majalah Terbaik – ‘Suatu Ketika: Ep YuenYuet Leng
  2. Rancangan Bual Bicara Terbaik – Selami Jiwa: Dato’ Fadzillah Kamsah
  3. Rancangan Hiburan Terbaik – Maharaja Lawak Akhir
  4. Rancangan Muzikal Terbaik – Shout Awards 2010
  5. Rancangan Realiti Terbaik – Showdown 2011: Top 12 Show
  6. Laporan Khas / Berita Terbaik – Buletin Utama, ‘Pengemis Terhemat’.

Anugerah Khas

  1. Anugerah Yasmin Ahmad – Syamsul Yusof
  2. Anugerah Artis Harapan Pantene – Fazli Daniel Ali, ‘Yang Terpuji

Tuesday, October 25, 2011

ORANG KOTA BELUD MAHU JADI YB DAN DAPATKAN PROJEK


MAJLIS hariraya seharusnya acara bersilaturahim antara sesama warga, samada antara rakyat biasa, antara pemimpin atau pemimpin dengan pemimpin. Namun, setiap acara jika tiada ucapan, rasanya sesuatu majlis tidak sempurna.



Demikian juga pada satu majlis Hariraya yang berlangsung di Kota Belud, seminggu selepas semua umat islam selamat berjamaah di seluruh masjid dan surau bersembayang dua rakaat sunat idul fitri.Dalam majlis tersebut, seorang pemimpin diminta berucap sempena majlis tersebut; isinya adalah; "Orang Kota Belud hanya ada dua cita-cita: Mahu menjadi wakil rakyat dan atau mencari projek daripada kerajaan".


Sepintas lalu, apa yang dikatakan pemimpin itu adalah benar, kerana untuk menjadi kaya cepat, maka apabila menjadi wakil rakyat atau mendapat projek daripada kerajaan. Persepsi apabila menjadi YB maka akan jadi kaya, mempunyai bukti yang nyata, demikian juga mereka yang mendapat projek, dengan cepat status meningkat.



Sebenarnya untuk menjadi kaya, bukannya apabila menjadi Yang Berhormat atau mendapat projek; yang menjadikan orang cepat kaya adalah apabila peluang perniagaan terbuka luas. Sebagai contoh, kebanyakkan mereka yang kaya di pekan-pekan atau bandar-bandar, bukan kerana mereka itu menjadi wakil rakyat atau mendapat projek, akan tetapi melalui peluang perniagaan yang ada tersedia. Peluang perniangaan akan mudah tersedia, apabila ada permintaan, ertinya penduduk atau rakyat mempunyai wang sehingga dayabeli rakyat kuat.Tugas kerajaan melalui pemimpinnya adalah bagaimana mencipta agar rakyat mempunyai wang. Atas sebab itu, infrastruktur yang mengarah kepada peluang perlu disediakan. Syarikat swasta tidak mampu mengadakannya, apatah lagi rakyat biasa.


Di Kota Belud misalnya, apabila infrastruktur yang mendukung agar penduduknya dapat menguasakan tanah pertanian mereka dengan mudah tersedia, maka dengan sendirinya boleh melahirkan peluang-peluang yang membolehkan enterprenur cepat kaya. Ini tidak, penduduk terpaksa membiarkan tanah pertanian mereka tidak produktif, atas sebab infra yang tidak tersedia.Kerana sifat homogen antara penduduk demikian, maka apabila ada seorang yang terpilih menjadi wakil rakyat, kemudian tiba-tiba jadi kaya atau ada seorang yang mendapat projek; kemudian jadi kaya, maka, sifat homogen itu menjadi cita-cita oleh setiap orang yang menganggap dirinya berpotensi.




Sebenarnya bukan silap mereka yang berpotensi itu, akan tetapi naluri manusia pada tempat itu adalah demikian. Mereka tiada pilihan, melainkan mesti jadi YB atau dapat projek untuk jadi kaya, kerana peluang lain masih tertutup.Yang boleh membuka peluang adalah kerajaan, kerana kerajaan mempunyai wang. Namun, kerajaan tidak akan dapat membuka peluang, jika pemimpin tempatan tidak mempunyai visi dan perancangan. Rakyat tidak boleh berharap pada kakitangan kerajaan untuk membuka peluang, kerana sifat mereka yang terbiasa dengan arahan "Top-bottom"; jarang yang berfikiran "bottom-up" approach; kerana keterhadan mereka dalam merancang.


Berasaskan senario di atas, atas sebab itu, Kota Belud mempunyai senarai rakyat yang miskin, malah untuk kategori miskin tegar, Kota Belud adalah pemegang piala.Sepatutnya Kota Belud tidak perlu berada dalam kategori daerah miskin, jika perancangan pembangunan yang berupa infra telah dibuat oleh para pemimpin tempatan.Apa kurangnya Kota Belud? Kota Belud pernah melahirkan tiga orang Ketua Menteri Sabah, menteri-menteri termasuk menteri kewangan, pertanian dan Kerjaraya. Malah Kota Belud, melahirkan pemimpin nasional, termasuk menteri di peringkat persekutuan.Dimana silapnya? pertama-kononya penduduk Kota Belud sukar diatur, kedua faktor kemiskinan adalah Bank Votes semasa pilihanraya.



Terlalu sukar memerlihara jati diri dan pendirian semasa pilihanraya, apabila 99 peratus dalam benak pemilih adalah periuk nasi. Para pemimpin veteran atau yang sedang naik,telah terpahat dibenak mereka, bahawa siapapun boleh mereka takluki semasa pilihanraya, dengan kekuatan wang. Atas sebab itu, selama sepenggal digunakan oleh para pemimpin itu untuk mengumpul wang untuk digunakan semasa pilihanraya.Atas faktor apa mereka boleh berjaya mendapat undi melalui wang? atas sebab faktor kemisikinan.



Cuba bayangkan, jika N.7 Tempasuk, N.8 Usukan dan N. Kedamaian atau P.169 Kota Belud itu, berada di Wilayah Kuala Lumpur, bertimbunpun wang ringgit ditaburkan, apabila parti atau calon itu tidak disukai, pasti akan kalah.Akibat faktor kemiskinanlah, maka Kota Belud, hingga kini merupakan bank votes parti dan pemimpin tertentu.Kapan kah penduduk Kota Belud boleh merdeka semasa pilihanraya? jawabnya apabila penduduk Kota Belud mempunyai sumber pendapatan yang mapan.


Faktor inilah yang sebenarnya menakutkan para pemimpin Kota Belud, atas sebab itu mereka bangga apabila Kota Belud terus miskin. Fikir-fikirkan lah.

p/S : ADA KEBENARANNYA APA YANG DITULIS OLEH BLOGGER INI.

PENAWAR KANSER TAHAP LEWAT DI MALAYSIA


KUALA LUMPUR: Terdapat harapan baru untuk pesakit kanser di Malaysia.

Sebuah vaksin yang terkenal bagi merawat kanser tahap lewat hampir semua jenis kanser kecuali leukemia kini diperolehi di negara ini.

Vaksin Human Initiated Therapeutic Vaccine (HITV), yang hanya didapati di Jepun sebelum ini, mampu memusnahkan sarang sel mikroskop dan kecil, sekali gus mencegah sebarang serangan kanser berulang.

Vaksin tersebut ditemui pada 2005 oleh pakar perubatan dan penyelidik Jepun, Dr Kenichiro Hasumi dan HITV merupakan imunoterapi yang menghasilkan sel aktif pesakit sendiri bagi metastatik atau pesakit tahap lewat kanser.

Ia berdasarkan imunologi yang dihasilkan secara semula jadi oleh sistem keimunan manusia dan kemampuan mudah suai bagi memerangi penyakit.

Dr Hasumi, pengasas dan pengerusi Yayasan Penyelidikan Antarabangsa Hasumi di Amerika Syarikat, telah mengabdikan lebih 40 tahun hidupnya untuk mencari penawar kepada penyakit kanser.

Bercakap pada sidang media di sini Isnin, Dr Hasumi berkata terapi itu bersama kombinasi radioterapi amat berkesan bagi pesakit yang menderita kanser tahap lewat.

"Penggunaan TomoTherapy (sejenis terapi radiasi) adalah penting dalam protokol ini. Ia boleh mensasar dengan tepat kanser tumor dalam satu sapuan manakala mengurangkan pendedahan radiasi kepada tisu-tisu sekitarnya," katanya.

Rawatan itu termasuk tuaian sel imun dari pesakit, mengkulturnya dalam makmal supaya menjadi sel dendrit, sel yang mempunyai cabang-cabang unjuran badan sel dan kemudian memasukkan semula ke badan pesakit menerusi suntikan ke dalam tumor.

Rawatan HITV mengambil masa kira-kira tiga minggu dengan 10 hari daripadanya merupakan rawatan sebenar.

Selepas rawatan itu, pesakit berkenaan kemudian diperiksa dengan imbasan PET-CT secara berskala bagi memantau rosot kembali kanser.

Ketika rawatan itu hanya diperolehi di Jepun, seramai sembilan pesakit Malaysia yang menderita kanser tahap lewat pelbagai jenis kanser mengambil keputusan untuk mencuba rawatan itu.

Lima daripada mereka telah menunjukkan tanda-tanda pemulihan sepenuhnya.

Mereka termasuk Goh Sai Wah, 58, seorang bukan perokok yang dikesan menghadapi kanser paru-paru tahap lewat dengan merebak ke bahagian tulang belakang dan tulang pada Mei tahun lepas.

Beliau menjalani terapi HITV di Jepun pada 30 Okt tahun lepas dan dalam pemeriksaan susulan enam minggu kemudian, hampir kesemua sel kanser telah hilang.

Kini, selepas 365 hari kemudian, wanita itu masih hidup dan sihat.

Dr Hasumi berkata oleh kerana kanser tahap lewat adalah tahap yang amat sukar untuk dipulihkan, beliau berharap pada masa depan, terdapat inovasi untuk menyembuhkan kanser tahap awal.

Rawatan terapi HITV di Jepun memerlukan kos kira-kira RM200,000 dan sekiranya di Malaysia, ia hanya memerlukan perbelanjaan sebanyak RM150,000. Rawatan terapi itu kini diperolehi di Pusat Perubatan Antarabangsa Mahameru tetapi pengamal perubatan kini sedang rancak mencuba untuk memperkenalkan HITV di semua hospital di Lembah Klang dalam usaha memberi harapan baru kepada pesakit kanser tahap lewat.

LAPORAN AUDIT NEGARA 2010


Akhirnya, Laporan Ketua Audit Negara 2010 oleh Tan Sri Amrin Buang telah didedahkan kepada umum. Kebiasaan integriti Laporan Ketua Audit Negara tidak bias, bebas daripada pengaruh politik, tiada unsur prejudis kepada mana-mana pihak. Yang betul dipuji dan salah akan dibentang & dibongkarkan berasaskan bukti yang sahih melalui kaedah pengauditan yang profesional yang akhirnya diharapkan dapat memberikan “nilai tambah” kepada akaundibiliti pengurusan awam…..

Seperti laporan Ketua Audit Negara sebelum-sebelum ini, antara beberapa pendedahan laporan Ketua Audit Negara 2010 yang telah didedahkan setakat ini dan telah berjaya menarik perhatian umumsetakat ini ialah :

1) 19 daripada 47 syarikat-syarikat (40%) yang dikawal oleh Kementerian Kewangan mengalami kerugian pada tahun 2009 hampir mencecah RM0.71 bilion (RM710,000,000)

Oleh kerana 28 syarikat lain berkenaan mencatatkan keuntungan sebelum cukai berjumlah RM93.06 bilion, keuntungan sebelum cukai keseluruhan 47 syarikat tersebut adalah berjumlah RM92.35 bilion yang turun yang menunjukkan penurunan sebanyak RM3.83 bilion berbanding dengan keseluruhan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM96.18 bilion pada tahun 2008. Antara syarikat-syarikat yang menyaksikan prestasi cemerlang, adalah Petroliam Nasional Bhd (Petronas), Bank Pembangunan Malaysia Bhd dan syarikat hartanah Cyberjaya, Cyberview Sdn Bhd.

Antara syarikat-syarikat yang menyaksikan prestasi cemerlang, adalah Petroliam Nasional Bhd (Petronas), Bank Pembangunan Malaysia Bhd dan syarikat hartanah Cyberjaya, Cyberview Sdn Bhd. Tiga syarikat yang mencatatkan kerugian terbesar adalah syarikat pengendali pengangkutan awam Syarikat Prasarana Bhd (Prasarana), Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) dan Aset Global Network Sdn Bhd.

2) 9 Kementerian & jabatan telah lebih belanja peruntukkan operasi dengan jumlah RM3.73 billion.

Antara Kementerian tersebut adalah Kementerian Kesihatan, Kementerian Pelajaran Malaysia, Kementerian Kesihatan, Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan, Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani, Jabatan Perkhidmatan Awam, Jabatan Peguam Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)

4) Kutipan cukai meningkat sebanyak RM1.01 billion menjadi RM159.65 billion berbanding tahun 2009.

5) Hutang negara untuk tahun 2010 sahaja sudah menjangkau RM407.1 billion berbanding RM362.39 biliion pada tahun 2009. Kadar hutang negara telah melepasi 50% daripada KDNK untuk 32 tahun berturut sejak tahun 2009 lagi

6) Dek kerana kuda-kuda yang dibeli pada 2008 untuk tujuan menyertai pertandingan ekuestrian dan sukan lasak gagal memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh Persekutuan Ekuestrian Antarabangsa atau Federation Equestre Internationale, akhirnya Majlis Sukan Negara (MSN) membeli 23 ekor kuda berjumlah RM5.66 juta dan dibuat melalui rundingan terus tanpa kelulusan Kementerian Kewangan. Antaranya :

  • Equine Centre Sdn Bhd (6 ekor) : RM1.98 juta
  • El Ranco Country Club (13 ekor) : RM2.48 juta
  • Royal Terengganu Endurance Stable (2 ekor) : RM0.58 juta
  • Toft Endurance Pty Ltd (2 ekor dengan nilai RM0.62 juta

Kuda-kuda yang tidak dibenarkan bertanding telah diberikan kepada :

  • Unit Berkuda Polis Diraja Malaysia (tiga kuda)
  • Unit berkuda Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (tiga kuda)
  • Pusat equestrian Angkatan Tentera (dua kuda)
  • Universiti Putra Malaysia (tiga kuda)
  • Universiti Teknologi Malaysia (dua kuda)
  • Majlis Sukan Terengganu (dua kuda)
  • Royal Terengganu Endurance Stable (lapan kuda)
7) Jabatan Taman Laut Malaysia sepatutnya memperoleh RM52,594.08 (denda) tapi hanya mampu mengutip RM23,792.56. Kalau ikut Laporan ketua Audit Negara 2010, Jabatan Taman Laut Malaysia (JTLM) punya perbelanjaan boleh tahan juga “makannya”. Sebagai contoh :
  • RM56,350 untuk hanya sepasang ‘binokular marin’ atau teropong visi malam ( harga pasaran RM1,940)
  • RM56,350 untuk sepasang binocular visi malam jenama Bushnell (harga pasaran RM2,827).
  • RM11,845 untuk komputer riba dan pencetak warna (harga paasaran RM3,428)
icon cool (BONGKAR) Laporan Ketua Audit Negara 2010. Apa Respon Kerajaan Selepas Ini? 96% daripada 341 penerima bantuan perumahan dikategorikan sebagai golongan miskin tegar “dikira tidak layak” kerana mereka tidak berdaftar dengan e-Kasih atau Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SSPKR). Namun, mereka diberi bantuan perumahan di bawah Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) Program Bantuan Perumahan (PBR). Tetapi ada yang tidak layak diberikan bantuan…9) Kedudukan kewangan di Pulau Pinang telah bertambah baik dari 2009 hingga 2010 yang Laporan Ketua Audit Negara 2010 mendedahkan bahawa semua petunjuk kewangan di negeri ini telah meningkat pada tahun lepas.

  • Kumpulan Wang Disatukan Negeri telah meningkat RM29.28 juta atau 2.7% kepada RM1.13 bilion m
  • Baki Akaun Hasil Disatukan telah juga meningkat RM33.54 juta atau 6.2% sehingga mencapai RM572.49 juta
  • Hasil yang dikutip pada tahun 2010 telah meningkat sebanyak RM34.19 juta atau 9.1% kepada RM410.70 berbanding dengan 2009, RM376.51 juta
  • Aset negeri yang terdiri daripada wang tunai dan pelaburan meningkat RM29.28 jutal atau 2.7% kepada RM1.13 bilion (RM1.10 bilion pada tahun 2009)

10) Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) mendapati beberapa kontraktor telah membina lebuhraya Senai-Desaru yang telah gagal ujian jalan termasuklah kegagalan spesifikasi seperti di beberapa bahagian dengan turapan Dense Bituminous Macadam (DBM) yang kurang daripada ketebalan minimum 95 mm

11) Kes tangkapan dan aduan oleh Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) mengambil masa lebih 700 hari untuk diselesaikan

12) Mata telah ditegur supaya membelanjakan peruntukkan sebanyak RM54 juta dengan cara yang betul. Antara barang yang patut boleh dapat harga murah tetapi dibeli pada harga yang tinggi adalah :

  • Ketuhar berharga RM1,200 berbanding harga pasaran RM419
  • Katil Boleh Lipat berharga RM500 berbanding harga pasaran RM100
  • Dapur gas dua pembakar pada harga RM200 setiap satu, dan bukannya RM59.90
  • Mesin gunting rambut yang dibekalkan pada harga RM250 setiap satu, dan bukannya RM79
  • Pengisar pada RM140 dan bukannya sebanyak RM60

Beberapa kelemahan & penyelewangan telah didedahkan kepada umum. Persoalannya sekarang ini, apakah tindakan kerajaan yang bertanggungjawab sekarang ini untuk mengatasi masalah perbelanjaan yang berlebihan ini? AdakahMenteri-menteri yang berkenaan dikenakan surat tunjuk sebab? Penalti? Atau setakat hanya bahas di Parlimen, dan terus berbahasa akhirnya senyap sahaja selepas ituakhirnya tutup laporan. Adakah begitu pengakhirannya?

Sebab apa yang kami lihat Laporan Ketua Audit Negara terus didedahkan saban tahun, tetapi yang jadi masalahnya masih tak nampak lagi tindakan lanjut yang serius daripada kerajaan. Sebaliknya, semakin sewenang-wenangnya untuk berbelanja. Bertambah buruk lagi, apabila hutang negara Malaysia semakin melambung tinggi.

P/S : Apa pandangan anda dengan Laporan Ketua Audit Negara 2010 kali ini?

Tuesday, October 4, 2011

Dr M: Belanjawan Pakatan ibarat poket kosong


"Senang bila mahu belanja duit yang kita tidak ada."Itu jawapan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ketika diminta mengulas pembentangan Belanjawan 2012 oleh Pakatan Rakyat.
Pakatan Rakyat membentangkan belanjawan tahunannya hari ini, tiga hari lebih awal sebelum kerajaan Pusat mengumumkan Belanjawan 2012.Ia dikatakan sebagai belanjawan alternatif pakatan tersebut sebelum Belanjawan 2012 dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga Menteri Kewangan pada Jumaat ini di Dewan Rakyat.
"(Duit) yang kita tak kawal (memang) senang mahu belanja," kata Dr Mahathir kepada wartawan selepas menyampaikan ucaptama pada Forum Kewangan Islam Kuala Lumpur Kelapan 2011 hari ini."Kita boleh buat apa pun (seperti) janji mahu bagi 20 peratus royalti minyak.

Memang boleh janji sebab tak jadi kerajaan. Janjilah asalkan menang (pilihan raya)," katanya."Ini biasa malah Obama (Presiden AS Barack Obama) berjanji untuk menutup Guantanamo Bay (Pusat Tahanan) tetapi sampai sekarang tak tutup lagi. Tetapi beliau dipilihlah," kata Dr Mahathir yang pernah menjadi Menteri Kewangan.- Bernama