Wednesday, August 26, 2009

ONG TEE KIAT- CHUA SOI LEK : MUSUH DI LUAR SELIMUT


“pergeseran politik antara Presiden MCA, Datuk Ong Tee Kiat dengan timbalannya ,datuk Chua Soi Lek, bukan lagi ‘rahsia’,malahan digambarkan sebagai “musuh di luar selimut” , tidak berselindung lagi. Ketidaksepakatan mereka akhirnya menemui jalan penyelesaian apabila Majlis Presiden MCA bersetuju menerima cadangan Jawatankuasa Displin parti untuk memecat Datu Chua Soi Lek daripada jawatan parti berkuat serta merta atas alasan moral terlibat dalam skandal VCD lucahnya sebelum ini. Menurut Datuk Ong Tee Kiat skandal seks itu menjatuhkan reputasi dan imej parti MCA.


Pemecatan Datuk Chua ini bukan sahaja dikatakan menimbulkan banyak spekulasi politik dalaman MCA, malahan turut menimbulkan tanda tanya ke mana arah politik Datuk Chua selepas ini..? Ada yanhg meramalkan kemungkinan Mantan Timbalan Presiden itu akan menyertai pihak pembangkang, seperti yang dilakukan oleh Datuk Chua Jui meng yang menyertai PKR..? Ada juga yang meramalkan, bahawa Datuk Chua akan terus kekal sebagai ahli MCA, kerana beliau dikatakan sebagai seorang ahli MCA yang tegar...dan menunggu masa yang sesuai untuk mencabar Presiden MCA..


Apapun ternyata krisis terbaru ini melontarkan MCA ke dalam lembah perpecahan yang dalam dan sukar dirawat. Keputusan presiden dipersoalkan kerana ia bersangkutan dengan rasa ketakutan, Datuk Chua akan mencabar jawatannya..Selain di katakan Datuk Chua punya pengikut ramai dalam MCA. Jika dilihat dari sudut yang lebih besar, BN ternyata makin parah dengan pelbagai krisis dalaman yang ditimbulkan oleh parti-parti komponen yang bernaung di bawah logonya..semakin berkecamuk parti perikatan terbesar ini.. Belum lagi MIC yang juga ‘menimbulkan’ permasalahan di peringkat parti..GERAKAN..macam mana pula..? PPP sudah pun mengakhiri krisisnya dengan pemecatan Datuk T. Murugiah dari parti...Keputusan Majlis Presiden MCA, memecat Datuk Chua Soi Lek, mungkin lebih tepat dengan lagu “ HAI-HAI, BYE-BYE’...

4 comments:

SI RENGIT said...

SALAM...

Pada saya satu kerugian MCA memecat DCSL daripada parti...namun seperti saudara katakan...DOTK dengan DCSL merupakan musul diluar selimut lagi...Sebenarnya DOTK takut akan kehebatan DCSL ini...

Namun kita kena ingat juga politik satu permainan yang hebat lagi mencabar....Persoalannya..adakah kaitan DCSL dengan kes PKFZ?...Takkan orang sarawak tu berani seorang diri....apakah ada regunya n siapa ke dia...? Macam biasa...itulah persoalanya....tq

DEPU-DEPU said...

Salam kembali Sdr Renggit..

Thanks kerana memberikan pandangan..dan saya suka dengan analisis sdr yang menarik itu,...mungkin juga DCSL terlibat dlm kes PKFZ..sebab itulah DOTK tidur tak lena..

benar dlm politik banyak perkara yang perlu ditafsirkan. wassalam.

Nyawa Bin Badan said...

Salam Depu-Depu,

Inilah yang dikatakan politik, takutkan bayang-bayang dan gila kuasa, sanggup melakukan sesuatu yang diluar jangkaan, yang dilihat tindakan yang berselindung disebalik agenda politik peribadi. Komiti BN harus mengambil tindakan segera memulihkan keadaan jika ingin kuasa bertahan pada PRU13 nanti.

Hajin said...

ini merupakan taktik menentukan siapa yang lebih-lebih..... tapi bagus bah tu sekurang-kurangnya ada juga cerita diorang kita dengar.