Wednesday, August 5, 2009

BENARKAH HANYA IRANUN DALAM DILEMA


kalau kita katakan bahawa sesuatu kaum atau bangsa itu dalam dilema, semestinya ia merupakan satu kebenaran yang tidak boleh dipersoalkan. Bukan sahaja Iranun dalam dilemanya tetapi juga suku-suku kaum lain dan mana-mana bangsa pun di dunia ini, punya dilema sendiri. Hatta penulis blog yang mengutarakan persoalan DILEMA IRANUN BARU , juga pada perkiraan saya turut dilanda dilema yang maha dahsyat. Kenapa saya katakan demikian ? kerana dilema itu lahir akibat daripada keresahan dan kegusaran manusia menghadapi realiti kehidupan di muka bumi ini. Bukankah manusia itu sememangnya lahir dengan perasaan yang keluh kesah?..Menyatakan secara lebih berterus-terangnya bahawa semua manusia dan bangsa itu sentiasa diulit dilema, termasuk saya dan penulis blog Kelapa Mawar.


Namun apa yang menjadi dilema Kelapa Mawar ialah persepsinya terhadap 'kuasa politik' Iranun di KB. dengan memberikan fakta-fakta yang hakiki berserta dengan nama-nama tokohnya sekali, saya merasakan bahawa dilema itu terusan menghantui semua bangsa Iranun. Pendedahan yang tidak berselindung, dan berani , kadang-kala diperlukan untuk mengetuk paku yang sudah semakin degil. mengubah persekitaran politik Iranun dengan mendedahkan perkara yanhg benar, juga memberi impak kepada suku itu sendiri.


Pandangan bahawa Iranun terbahagi kepada beberapa fahaman politik juga perlu dikaji secara mendalam. Kerana niat dan matlamat seseorang itu sukar ditafsirkan. Namun, gesaan Kelapa Mawar supaya satu bentuk kesatuan fikrah diadakan adalah satu cadangan yang bernas. Bagi saya, sudah sampai masanya para cendikiawan Iranun, bangun dalam ruang ilmiah dan pemikiran matang terutama dari segi penyatuan bangsa dan pembangunan akhlak dan perubahan ekonomi. Biarpun satu gagasan yang besar, tetapi langkah permulaan perlu dilakukan segera. Kalau bukan sekarang bila lagi? dan kalau bukan Iranun siapa lagi ?

Biarpun dari sudut yang lain, perbezaan fahaman politik dalam suku Iranun adalah satu rahmat yang punya fadilat yang tersembunyi, namun jika terlalu leka membiarkannya, maka ia juga boleh menjadi satu musibah. Pandangan ini harus kita kongsi bersama. Kerana biarpun kita punya prinsip hidup,kadang-kala tidak mahu masuk campur memperkatakan sesuatu yang kita alami sendiri apatah lagi perkara itu berlaku atas bangsa sendiri dimana kita turut merasakannya, namun adalah tidak molek kita terus membiarkannya berlaku. Menghadapi adalah lebih baik daripada lari daripadanya. Fikirkanlah.

6 comments:

abu said...

Salam Depu-Depu

Sebenarnya biarlah kira ketam cina, jika diletakkan dalam besen perlu ditutup rapat kerana kalau tidak semua pasti keluar kerana mereka saling tolong menolong untuk keluar. Sebaliknya jangan jadi ketam melayu, pastinya tiada yang boleh keluar dalam besen kerana mereka saling jatuh menjatuhkan antara satu dengan lain. Dan besen itu tidak perlu ditutup.

Harap Faham.

abu said...

Salam Saudara Depu-Depu

Pada Pengamatan saya, masyarakat iranun perlu mengikis sikap buruk yang mengekang perkembangan masyarakat Iranun itu sendiri. Antaranya yang saya nampak ialah:

1. Tapawal

Rata-rata masy Iranun kena mengakui,sikap tapawal masih menebal dalam masy ini.Tapawal yang tidak berasas banyak membawa kerugian kepada kita. wal hal kita hanya menegakkan benang yang basah saja, yang kebenarannya belum pasti.

2. Cakap Besar Hasil Tiada

Bila berbincang, bukan main lagi, tapi tidak nampak pun hasil yang ditunjukkan. Dia seolah-olah hero, mengetahui segala-galanya, akan tetapi apa yang dicakap semuanya auta semata-mata

3. Dia saja Boleh orang lain tidak boleh

Sikap tidak mengakui kebolehan orang lain, sedikit sebanyak mencacat perkembangan masyarakat ini.Persaingan biar menampakan persaingan yang sihat dan bukan menjadikan orang lain korban untuk mencapai sesuatu.

4. Ego

Temirang yang tidak berpatutan, hanya membawa kemusnahan dalam hidup, Ego yang dibenarkan ialah menunjukkan kemampuan sendiri tanpa menganggu orang lain. Baru lah lelaki yang sebenar.

5. Malu mencuba.

Awal-awal lagi mengatakan tidak boleh, sedangkan belum melakukan percubaan. Mudah mengalah, lemah semangat, hanya berserah kepada takdir. Akhirnya mati kopor.

Yang Lain Minta Saudara Depu-Depu utarakan dalam kita mencari kelemahan, dalam kita membaiki masyarakat kita sendiri.

Wasalam.

DEPU-DEPU said...

Salam sdr abu..

Aii..Pertama kali sdr Abu berkunjung di blog saya nie...Abu yng mana ah ?...

Saya tergelak juga baca komen sdr ...ada juga logiknya...kalau ka c tapawal..Iranunlah rajanya...

Saya berterima kasih dgn pandangan sdr..dan saya setuju benar dengannya..

Maca mna nak atasi ya?...

SI RENGIT said...

salam...

Saya amat bersetuju dengan posting saudara... Tepuk dada tanya selera...

kelapa mawar said...

Salam sdr depu-depu..

saya bersetuju bahawa semua manusia tidak terlepazs dari mengalami dilema..dan Iranun Juga tidak terkecuali...

Persoalannya ialah bagaimana menyelasaikan dilema itu?..

abu said...

Salam Depu-Depu

Terima kasih saudara kerana menerima pendapat saya. Abu nie tak di mana-mana, sini ja. Sengaja menyampuk daripada semua blog yang saya layari hanya 1 & 2 tidak tapawal, yang lain semuanya tapawal belaka.Cuba menegakkan benang yang basah,tapi tak hasil. Memberi ulasan sekadar ikut emosi. Kepala ditapuk jubur lolomeu.

Wasalam.