Thursday, August 13, 2009

KENAPA JANGAN PANIK..?


“JANGAN PANIK” ! begitu antara nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia, ekoran daripada perkembangan terbaru Pandemik H1N1 di Negara ini yang sudah dilaporkan meragut nyawa seramai 51 orang. Sebelum ini kementerian dilihat ‘bersahaja’ dalam menangani penularan wabak memrbahaya. Malahan kenyataan Datuk Tiow Liong Lai bahawa kadar kematian hanya sekitar 0.01-0.04 peratus sahaja dikatakan bersifat sambil lewa. Namun peningkatan kadar kematian dalam tempoh 24 jam yang begitu mendadak membuatkan masyarakat bertambah panic dan bimbang. Sekolah pula diingatkan bahawa langkah menutup sekolah adalah langkah terakhir yang akan diambil dalam membenteras penularan wabak H1N1 ini.

Apakah langkah yang diambil oleh kerajaan ini sepadan dengan peningkatan kadar kematian..? Sekolah seharusnya mempunyai takwin persekolahan yang lebih fleksibel…Tutup sahaja sekolah yang disyaki. Percepatkan cuti sekolah, dan takwim cuti sebelum ini boleh digunakan untuk sesi persekolahan baru, jika wabak ini sudah menunjukkan tanda-tanda akan reda. Kenapa perlu dipertahankan agar sekolah tidak ditutup?..Sedangkan suasana persekolahan itu adalah satu suasana perhimpunan yang berlaku setiap hari..? Begitu juga dengan perhimpunan awam, perlu dihentikan atau sekurang-kurangnya ditunda ke satu tarikh yang sesuai.Bagaimana langkah mengkuarantin pesakit yang disyaki? Juga tidak konsisten. Rakyat di minta duduk diam di rumah, sedangkan keperluan rawatan dan makanan tidak diambil kira. Akibatnya ramai yang masih lagi pergi ke tempat awam untuk mendapatkan keperluan harian mahu pun rawatan.

Langkah membenarkan klinik swasta memberikan suntikan anti vaksin adalah satu langkah yang baik, namun menimbulkan kepanikkan di kalangan masyarakat. Kempen kesedaran juga adalah langkah yang paling berkesan. Dan terbaru ialah apabila kerajaan diminta mengisthyarkan kawasan-kawasan tertentu sebagai kawasan panas dan perlu dielakkan oleh orang ramai, untuk mengelakkan penularan wabak merbahaya ini. Melalui pendedahan itu, orang ramai boleh mengelakkan kawasan tersebut sama seperti larangan yang dikenakan oleh kerajaan terhadap lawatan ke negara-negara yang dilanda wabak itu sebelum ini.

Setiausaha Agung Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Muhammad Shaani Abdullah berkata, kerajaan perlu bersikap lebih terbuka dengan mendedahkan lokasi-lokasi yang mencatatkan jumlah kes jangkitan dan kematian tinggi akibat wabak H1N1.

Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr. Maamor Osman juga bersetuju bahawa Kementerian Kesihatan perlu memaklumkan kepada orang ramai tentang tempat-tempat yang berisiko tinggi berlaku penularan wabak H1N1.

Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Datuk Dr. Jacob George pula berkata, langkah mendedahkan lokasi panas H1N1 itu perlu memandangkan kes kematian akibat wabak itu di negara ini semakin meningkat sehingga mencecah lebih 50 orang setakat ini.

6 comments:

Webmaster@Echam said...

Saya sendiri tak faham kenapa kerajaan kita masih tak berapa nampak tahap bahaya wabak ni. Geram pun ada bila dengar Menteri Kesihatan cakap jangan PANIK....

DEPU-DEPU said...

salam E..cham..

Tq Sekali lagi dgn kunjungan anda. Kita melihat wabak ini sudah begitu kronik menular dlm masyarakt kita..bersama kita berdoa moga-moga kita dan negara akan terhindar dari malapetaka H1N1 ini.

.HAJIN said...

mungkin pak menteri tak faham apa tu H1N1, kalau kata dia tu BABI mungkin barulah faham. tak tau betapa bahaya H1N1 ni. Betullah dia babui..................

pendikar iranun said...

slm depu depu

sy bersetuju dgn sdr hajin..bg dorg mkn babui bru dorg tau bahaya ka tidak..babui btl..

DEPU-DEPU said...

Salam sahabat lama..hajin..

TQ dgn kunjungan dan pandangan sdr..dengar2 smk Usukan pun ada kes H1N1..? berjaga-jagalah sdr.Semoga sukses.

DEPU-DEPU said...

salam sdr datu..

Membaca komen sdr membuatkan saya ketawa...apapun berwaspadalah..dengan wabak ini.selalu cuci tangan dan pakai mask.
TQ dgn kunjungan sdr.