Thursday, August 20, 2009

585 DIJANGKITI, 3 KEMATIAN


Pandemik H1N1 di negara ini sudah semakin membimbangkan. Kadar kematian meningkat setakat ini sudah menjangkau lebih 60 orang. Di Sabah, juga telah mencatat kadar kematian seramai 3 orang dan jumlah yang dijangkiti sudah mencecah 585 orang. Ketua Menteri Datuk Musa Aman mengesahkan kenyataan ini.

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Haji Aman berkata, seramai 585 orang disahkan mendapat jangkitan Influenza A HINI dengan melibatkan tiga kematian di negeri ini sehingga kelmarin.

Katanya, hampir kesemua daerah di Sabah telah melaporkan penyakit berkenaan dengan Kota Kinabalu mencatatkan bilangan yang paling ramai yang disahkan dijangkiti Influenza A HINI iaitu 282 orang, diikuti Tawau (67 orang) dan Sandakan (37 orang).

Bercakap kepada pemberita pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Kabinet negeri di Wisma Innoprise di sini, kelmarin, Musa berkata, hampir 96 peratus daripada jangkitan itu merupakan jangkitan tempatan.

Beliau berkata, lebih 60 peratus daripada pesakit merupakan golongan pelajar dan sehingga kelmarin, secara kumulatifnya, 40 sekolah telah ditutup selama seminggu untuk membendung penularan penyakit Influenza A HINI ialah di sekolah-sekolah dan sekolah yang terakhir telah ditutup pada 12 Ogos lalu.

Musa berkata, Jawatankuasa Kabinet Influenza A HINI peringkat negeri yang dipengerusikan oleh Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Masidi Manjun kerajaan negeri amat serius dan mengambil berat untuk menangani masalah penularan HINI yang berlaku seluruh dunia termasuk di Sabah daripada terus merebak.

Katanya, jawatankuasa itu berpendapat tahap kesedaran rakyat di negeri ini mengenai penyakit tersebut belum memuaskan dan mahu ianya dipertingkatkan tentang gejala-gejala penyakit tersebut serta mengambil langkah-langkah pencegahan dan pengawalan.


“Ini akan dibuat melalui pengedaran risalah dan bahan bercetak serta melalui ceramah-ceramah,” katanya, Musa turut meminta, semua wakil rakyat, pegawai daerah, pengetua sekolah dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) turut mengambil tindakan yang perlu untuk pencegahan bagi menangani masalah jangkitan HINI.


Katanya, langkah-langkah pengawalan yang boleh diamalkan oleh setiap individu termasuklah mencuci tangan selalu terutamanya selepas batuk atau bersin dan mengamalkan adab batuk, iaitu menutup mulut apabila batuk atau bersin.

(Sabah Times )

1 comment:

Datu Pidtailan said...

Salam Depu-Depu,

Yang merisukan kerajaan masih lagi menganggap masalah H1N1 ini perkara enting. Hari ini mula puasa, orang islam lagi terdedah kepada virus ini, apa tidak mereka tidak dapat makan ubat secara segera, apabila ada sintem-sintem H1N1 itu. Apa pendapat kau Datu Sopian.