Friday, August 7, 2009

H1N1 ANCAMAN SERIUS : NAJIB


PENULARAN H1N1 AMAT SERIUS: NAJIB.

Seorang lagi mangsa wabak H1N1, disahkan meninggal dunia menyaksikan keseluruhan mangsa wabak merbahaya itu setakat jam 6.00 hari ini susah mencecah 15 orang dan mangsa terbaru ialah lelaki berusia 45 tahun yang dikatakan mengalami demam selesema sejak 26 Julai yang lalu. Manakala yang disahkan sudah dijangkiti telah meningkat seramai 1525 orang, dan hampir 900 orang adalah jangkitan tempatan.

Menyedari hakikat penularan wabak H1N1 ini menunjukkan peningkatan setiap hari, Perdana Menteri, datuk Seri Najib Razak menzahirkan kebimbangan beliau terhadap fenomena ini dan menyifatkan bahawa kes penularan wabak ini sudah sampai ke tahap yang amat serius. Justeru itu beliau menasihati rakyat di Negara ini supaya menghadkan aktiviti yang melibatkan pertemuan dan perhimpunan ramai. Ini untuk menggelakkan daripada berlakunya penyebaran wabak yang melanda seluruh dunia itu. Selain daripada beberapa langkah kebersihan, rakyat juga digalakkan supaya lebih kerap mencuci tangan dan memakai topeng muka atau penutup mulut ketika berada di khalayak ramai.

Sementara itu Kementerian Kesihatan telah membenarkan klinik-klinik swasta di Negara ini untuk memberikan rawatan kepada pesakit yang disyaki dan disahkan dijangkiti wabak berkenaan. Penjualan anti vaksin juga boleh diperolehi di klinik-klinik swasta terpilih di seluruh Negara. Sekali lagi NGO dan Jabatan-jabatan kerajaan dan swasta disarankan menganjurkan solat hajat secara beramai-ramai untuk memohon kepada Allah SWT supaya terhindar dari wabak H1N1 ini.

5 comments:

Datu pitung said...

salam sdr depu depu

penulisan saya sebelum ini saya ada selitkan tentang penularan yang semakin teruk berlaku di negara ini juga.

seperti yang sdr terangkan, PM DS najib menasihat rakyat supaya menghadkan aktiviti yg melibatkan perhimpunan ramai. itu hanya langkah berjaga2 yg harus di lakukan oleh rakyat tapi langkah kerajaan menangani wabak ini apa?

apa sebenarya langkah kerajaan untuk menangani wabak ini? saya belum melihat apa2 tindakan kerajaan dalam mengawal serta menangani kes ini, hanya nasihat dan saranan dari kerajaan supaya rakyat berjaga2 dari terjangkit wabak ini.

ini bukan masalah politik untuk di bincangkan oleh pihak yang mementingkan diri sendiri. ini adalah masalah rakyat, masalah semua. perlu ada langkah yg drastik dari kerajaan.

hari itu sdr telah mengeluarkan artikel berkenaan dgn perbincangan wabak ini di dewan parlimen tapi tiada tindakan kerajaan setakat ini yg betul2 kita nampak dlm menangani wabak ini. hanya nasihat dan saranan supaya rakyat tidak bergaul secara ramai dan sbgi nya di berikan kpd rakyat.

rakyat dah tidak senang duduk kerna takut kes ini menular dengan begitu teruk. dan sebelum ini pun hospital dan klinik tidak menrawat pesakit yg ada simptom wabak dgn baik. saya ramai kwn yg pergi tak kira klinik atau hospital yg mengalami simptom wabak ini. hnya di periksa secara besa. semua melontarkan dakwaan klu betul2 kena H1N1 ini baru doktor akan periksa dgn teliti..klu dah terkena jangkitan baru nak di periksa dgn rapi? lansung tidak masuk akal saya..adakah ini satu pencegahan yg terbaik?

Datu pitung said...

kalau boleh para blogger sekalian yg ada memberi respon tentang hal ini, kerna ini bukan perkara main2 lagi yg harus di tangguh2 dan sbgi nya..perkara ini sgt serious. saya juga turut sgt2 nanti kan ulasan sdr solymone selain para blogger yg lain kerana berdasarkan ulasan beliau sebelum ini dia memberi ulasan yg sgt proaktif dalam sesuatu isu yg di bincangkan..

paikankb said...

salam...

Saya mendapat maklumat di kg tamau pun sudah mulai menular...ada pelajar yang mempunyai simptom positif dan sekarang telah dikuarantin di rumah....kalau tak salah dengar pelajar sekolah lain...

DEPU-DEPU said...

SALAM SDR DATU PITUNG..

Saya bersetuju dgn pandangan sdr..kerajaan perlu lebih proaktif dlm mencegah penularan wabak ini.

DEPU-DEPU said...

salam sdr Paikankb..

aiii...nampaknya wabak ini mula menular di kawasan luar bandar...hati-hati dan berwaspadalah amalkan kehidupan yg bersih..