Sunday, June 7, 2009

Terlalu Mementingkan Diri - PM


Teguran PM kepada ahli-ahli politik BN supaya tidak terlalu leka mengejar pangkat dan kedudukan dalam parti dan kerajaan dilihat sebagi satu teguran terbuka dan ikhlas untuk melihat BN releven dan mendapat tempat di hati rakyat. Teguran itu di buat oleh PM ketika merasmikan perhimpunan Agung PPP yang ke-56.Pada waktu ini PPP yang merupakan sebahagian parti dalam komponen BN dilanda krisis apabila T.Murugiah yang merupakan Menteri di JPM telah diisytiharkan sebagai Presiden parti itu dalam satu mesyuarat tergempar Parti pada 24 Mei yang lalu. Berikutan itu atas campurtangan ROS, mengumumkan bahawa Kyeveas adalah Presiden PPP yang sah membolehkan mesyuarat tahunan itu diadakan.

Kenyataan PM bahawa ahli-ahli BN mementingkan diri melebihi kepentingan parti bukan sahaja berlaku di dalam PPP bahkan dilihat telahpun menjadi ‘duri dalam daging’ sejak dulu lagi kepada UMNO dan BN.Melihat kepada trend ini, kita turut merasa risau kerana, pemimpin yang dipilih rakyat tidak akan berperanan seperti yang sepatutnya. UMNO sebuah parti yang dominan dalam BN juga turut menghadapi krisis yang sama, selain daripada MCA dan MIC juga GERAKAN.Malahan MCA sehingga kini seolah-olah ada dua ‘nakhoda’ apabila Presiden dan Timbalannya dilihat tidak sehaluan.Begitu juga MIC,turut menghadapi krisis kepimpinan apabila presiden parti dilihat terlalu lama menerajui parti.Apakah kesudahan drama politik yang melanda BN ini?.PM, Datuk Seri Najib Tun Razak, dilihat oleh sesetengah ahli politik sebagai ‘hero’ yang akan menyelamatkan UMNO dan BN daripada terus ‘karam’.

Kenyataan PM itu dilihat sesuatu yang berani untuk menuntut suatu perubahan kepimpinan yang berlandaskan kepada slogan ‘Rakyat di dahulukan, prestasi di utamakan”.Jika perubahan pemikiran di peringkat pimpinan tidak berlaku maka cita-cita untuk melihat 1 Malaysia akan turut terkubur. ‘Penyakit’ berebut jawatan sehingga mengenepikan moraliti dilihat sebagai satu ancaman besar kepada UMNO dan BN.Bahkan sesetengah penganalisis politik berpendapat penyakit ini sebenarnya sudah semakin parah dan mula dikesan sejak era Tun Mahathir lagi.Benarlah kata Nabi SAW bahawa salah satu tanda akhir zaman ialah wujudnya perasaan cintakan dunia, dan takut menghadapi kematian. Apakah ini merupakan bahawa UMNO dan BN sudah meniti ‘akhir zamannya’?

1 comment:

SUARA RAKYAT said...

UMNO akan terus ada selagi PAS ada, kerana PAS berasal dari tulang rosok UMNO. Jalinan itu masih terasa walaupun nampak diluaran bercakaran. Kata bidalan carik-carik bulu ayam lama-lama bercantum juga