Thursday, June 4, 2009

Sebab Kejatuhan Umat Islam

As Syeikh Hassan An-Nadwi di dalam bukunya Maza Khasiral Aalamu Binhithaatil Muslimin merumuskan beberapa punca kejatuhan umat Islam hari ini;

1. Kepimpinan berpindah kepada orang yang tidak layak.Semasa pemimpin-pemimpin umat Islam meminggirkan ajaran Islam dan mengutamakan kepentingan peribadi dan kelompok, kekuatan Islam mula goyah.Hal ini mula menonjol pada era Bani Umayyah dan Abbasiah kecuali pada zaman Omar bin abd. Aziz.

2. Politik dipisahkan daripada agama.Pada zaman nabi dan khulafah Ar-Rasyidin, politik dan agama disatukan kerana Islam adalah suatu cara hidup yang lengkap yang merangkumi semua perkara termasuk politik.Apabila agama tidak lagi menyuluhi politik,lahirlah penyelewengan, kezaliman dan ketidakadilan pada peringkat tertinggi.Pada masa itu,ketridakadilan mula melanda umat Islam.

3. Pemimpin dan penguasa muslim menunjukkan contoh yang buruk.Mereka tenggelam dalam kemewahan dan kemaksiatan danmengabaikan kewajipan amar makruf nahi mungkar.Perangai dan cara hidup pemimpin yang tidak bermaruah ini member kesan negative kepada masyarakat secara amnya.

4. Para ilmuan Islam gagal memperkembangkan ilmu.Ramai daripada kalangan ilmuan Islam bermula dari abad ke-17M ghairah membahaskan ilmu falsafah yang diasaskan oleh bangsa yunani.Mereka juga asyik berbicara berkenaan dengan roh, wihdatul wujud dan ilmu-ilmu ranting Islam.Ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan sians dan teknologi tidak difokuskan sedangkan di barat pada masa itu,ledakan ilmu sains dan teknologi berlau dengan pesat.Akhirnya, barat menguasai dunia Islam yang sedang leka.

5. Timbulnya bidaah dankesesatan dalam dunia Islam .Kesucian akidah dan keluhuran ibadah serta syariat yang ditegakkan oleh nabi kemudiannya dicemari oleh pandangan-pandangan serta amalan bidaah yang menyesatkan.tokok tambah dalam agama tanpa berasaskan Quran dan sunnnah menjadi popular sehingga akhirnya Berjaya memudarkan cahaya Islam yang asli lagi murni.

No comments: