Thursday, June 11, 2009

Obama -bolehkah dipercayai?


Kenyataan Presiden AS, Obama bahawa bermulanya satu era baru dalam hubungan dengan Negara-negara Islam ternyata menimbulkan kesangsian di kalangan masyarakat antarbangsa. Apa tidaknya biarpun sudah berjaya menduduki ‘rumah putih’ namun pendekatan AS terhadap Negara-negara Islam masih tidak berubah.Malahan persepsi bahawa Islam sebagai ‘pengganas’ masih menjadi pegangan majoriti rakyat AS. Sehingga kini tidak ada satu langkah berkesan yang diambil oleh AS untuk menamatkan Penjajahan mereka di Iraq, begitu juga Isu yang membayangi PBB iaitu kekejaman Isreal ke atas penduduk Palestin masih gagal diselesaikan. Sedangkan apa yang berlaku di dua buah Negara Islam ini adalah didalangi oleh AS yang terkenal sebagai ‘uncle sam’ itu. Bagaimanakah masyarakat Islam antarabangsa mengharapkan ‘janji-janji’ Obama ini?.Tidak cukup di Palestin dan Iraq, Negara Islam lain seperti Pakistan juga turut dicabuli oleh Negara polis dunia ini. Bahkan atas persepi Obama yang melabelkan Pakistan sebagai Negara yang paling merbahaya telah menyebabkan hampir 3 juta rakyat Negara itu terbunuh dalam peperangan tajaan AS.Banyak lagi isu-isu 'global' yang berkaitan dengan dunia Islam tidak dipandang oleh Presiden AS ini, malahan 'tunggu dan lihat' yang menjadi pegangan presiden AS sebelumnya turut dianuti oleh Obama.Hanya apabila menyentuh kepentingan AS, maka barulah Isu itu diselesaikan mengikut formula AS sendiri tanpa menghiraukan pandangan masyarakat antarabangsa.Barangkali juga Obama tidak ada masa untuk mendengar rintihan masyarakat Islam, maklumlah sejak menjadi Presiden, ekonomi AS semakin parah,banyak syarikat gergasi dunia milik As TERPAKSA GULUNG TIKAR ekoran daripada krisis ekonomi dunia.Dan yang terbaru ialah apabila syarikat GM (syarikat Outomobil ) tertua di AS diisytiharkan muflis setelah berbilion hutang tidak berbayarnya gagal diselesaikan.

Kini untuk meredakan kesangsian masyarakat Islam dan menaikkan kembali popularitinya sebagai presiden berkulit hitam AS, Obama mewar-warkan pembaharuan hubungan dengan dunia Islam.Yang pelik dan ajaibnya, Obama mengaitkan Malaysia konon-kononnya Malaysia adalah merupakan satu-satunya Negara Islam yang berjaya membangun dengan aman dan tenteram. Ikhlaskah pujian Obama ini? Atau ada udang di sebalik batu.? PM, Najib Tun Razak ketika mengulas kenyataan Obama ini berharap agar ia jadi satu kenyataan.

No comments: