Saturday, June 6, 2009

Semut dengan Nabi Sulaiman


Nabi Sulaiman a.s adalah merupakan salah seorang nabi yang dianugerahkan oleh Allah SWT kelebihan dari segi harta benda, kerajaan dan kebolehan berkomunikasi dengan haiwan, Jin serta angin.Pada suatu hari nabi Sulaiman telah memanggil seekor semut.
"wahai semut!! kata nabi Sulaiman.'Aku ingin bertanya kepada engkau, berapa butir gandum yang kau boleh habiskan dalam satu tahun?".
Setelah mendengar pertanyaan Nabi Sulaiman itu, Sang semut pun menjawab,"wahai Nabi Allah Sulaiman, aku boleh habiskan sebutir gandum dalam masa setahun".
Setelah mendengar jawapan semut itu, Nabi Sulaiman pun memerintahkan semut tersebut masuk ke dalam balang kaca bersama sebutir gandum.lalu di tutup oleh baginda.Nabi Allah Sulaiman kemudiannya menyatakan kepada Semut itu bahawa selepas genap setahun barulah semut itu dikeluarkan dari balang kaca itu.
Setelah genap setahun, nabi Sulaiman pun datang, tetapi yang memeranjatkan banginda ialah hanya separuh dari sebutir gandum itu yang habis. Maka kata Nabi Sulaiman kepada semut.
"sesungguhnya engkau menipu aku, sekarang terbukti bahawa kau hanya memakan separuh daripada sebutir gandum yang aku tinggalkan kepada engkau dalam tempoh setahun".
Semut tersebut pun menjawab, "wahai Nabi Sulaiman, memang benar aku hanya boleh menghabiskan sebutir gandum dalam tempoh setahun, tetapi bila memikirkan bahawa engkau juga manusia yang tidak terlepas dari rasa lupa, maka aku berpendapat eloklah aku berjimat dengan hanya memakan separuh daripada sebutir gandum yang engkau tinggalkan, sekiranya engkau lupa yang aku ada di dalam kaca ini, maka aku boleh bertahan untuk setahun lagi, ketahuilah, wahai Nabi Sulaiman, hanya janji Allah sahaja yang benar-benar terjadi kerana Allah tidak pelupa seperti makhluknya".

Pengajaran dari cerita ini:

1. Selalulah mengamalkan jimat cermat dalam kehidupan.Jangan bersikap boros dan membazir.
2. Yakinlah dengan janji Allah, dan setelah berusaha dan berdoa, bertawakallah kepadaNYA.
3.Ingat selalu apabila berjanji dengan orang lain.

No comments: