Friday, June 19, 2009

PASIR JOHOR DAN JAMBATAN SINGAPURA


Lawatan Menteri Pembimbing Singapura Lee Kuan Yew ke Malaysia ada tujuan dan muslihat tersendiri. Suka atau tidak, lawatannya dan siri pertemuan yang diadakan termasuk dengan pentadbiran Pakatan Rakyat di Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan, bukan sesuatu yang lazim dalam hubungan diplomatik tetapi berkepentingan.

Lee Kuan Yew bukan calang-calang orang, dia adalah manusia pintar yang membangun dan meletakkan Singapura dalam peta dunia sebagai sebuah negeri yang paling berjaya di Asia Tenggara. Sebuah kuasa tentera dalam erti kata pemilikan senjata canggih. Itu bukan sesuatu yang mudah. Dunia menghormati kepintarannya.

Jadi, apabila Lee Kuan Yew berkunjung ke Malaysia, lebih tepat ke Semenanjung Melayu, dia ada sebab dan musebab untuk berbuat demikian.

Dia menghabiskan empat hari di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Shah Alam untuk bertemu dan berbincang dengan PM Datuk Seri Najib Tun Razak, timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin, tiga orang naib presiden UMNO Dr Ahmad Zahid Hamidi (Menteri Pertahanan), Datuk Seri Hishamudin Hussein (Menteri Dalam Negeri) dan Datuk Seri Shafie Afdal (Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah), Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin dan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Mahathir.


Kuan Yew juga menemui MB Selangor dari pentadbiran Pakatan Rakyat Tan Sri Khalid Ibrahim dan pemimpin PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang.

Pertemuannya dengan Khairy dan Mukhriz menarik perhatian kerana ia seolah-olah membayangkan bahawa Singapura melihat kepada kedua-dua pemimpin pelapis itu sebagai bakal pemimpin Malaysia, iaitu yang berkemungkinan bakal Perdana Menteri.


Apa yang pasti ialah dia ingin "meramal" hubungan masa depan antara Malaysia, terutama kepimpinan Melayu, dengan Singapura. Ke mana hala tuju kepimpinan baru Malaysia, pandangan mereka terhadap Singapura dan hubungan ekonomi serta kemasyarakatan.

Semasa bertemu Najib, soal pembinaan sebuah jambatan yang bakal mendekatkan hubungan laluan darat antara Changi di Singapura dan Desaru di Johor, turut dibangkitkan. Media Malaysia gah melaporkan bahawa Lee Kuan Yew sokong cadangan pembinaan jambatan itu. Nokhtah.

Apa yang tidak "ditonjolkan" oleh media tempatan ialah "syarat" Singapura untuk menjadikan kenyataan (realiti) cadangan Najib itu. Rakyat Malaysia tidak tahu apa yang dipertaruhkan oleh Singapura jika Malaysia ingin mendapat sokongan republik itu.

Kita harus sedar bahawa Singapura tidak semudah itu untuk memberi sokongan tanpa mendapat faedah daripadanya.

Bagi Singapura, adalah tidak masuk akal untuk bekerjasama berkaitan pembinaan jambatan ketiga (sebenarnya kedua kerana tambak bukan jambatan) sekiranya Johor tidak menarik balik larangan eksport pasir ke republik itu.

Ya, pasir menjadi taruhan. Jika Malaysia mahu membina jambatan, maka Malaysia mesti tarik balik larangan eksport pasir. Itulah syarat yang diberi oleh Kuan Yew kepada Malaysia. Sokongan untuk projek yang dicadangkan itu adalah bersyarat. Inilah yang tidak dilaporkan oleh media Malaysia.

Malaysia mengeksport pasir ke Singapura sejak berpuluh tahun lalu tetapi menarik balik pengeksportan atas sebab-sebab tertentu, Singapura kemudian mendapat bekalan dari Indonesia tetapi tidak lama kerana Indonesia pun melarang eksport pasir ke republik itu.

Singapura yang amat memerlukan pasir untuk industri pembinaan dan pembangunan negara dan mungkin untuk menambak laut, kini mendapat bekalan dari Vietnam dan ia menelan belanja yang besar jika dibandingkan dengan sumber dari Malaysia mahupun Indonesia.

Selain isu pasir, Kuan Yew juga menegaskan bahawa kerjasama antara kedua-dua negara mestilah dalam tempoh jangka panjang dan menyeluruh. Kita percaya antara "kerjasama" jangka panjang yang dimaksudkan termasuk soal hak terbang lalu di ruang udara Malaysia oleh pesawat pejuang/pengebom Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF), soal bekalan air mentah dan soal pembangunan tanah milik Keretapi Tanah Melayu (KTM) di Tanjong Pagar.


Pelaburan yang diharapkan dari Singapura dalam Iskandar Malaysia juga menjadi "syarat" kerjasama jangka panjang.

Lawatan lapan hari Kuan Yew ke negara ini bukan sesuatu yang boleh diibaratkan sebagai "mengimbau kenangan lalu dan untuk bertemu kawan lama" tetapi lebih jauh daripada itu. Kita membicarakan tentang Lee Kuan Yew, bukan Goh Chok Tong atau Wong Kan Seng.

Lee Kuan Yew tidak akan merestuai sesuatu sekiranya ia tidak menguntungkan Singapura. Oleh itu, awas akan tindak-tanduk mereka sebelum mempersetujui apa saja yang dikemukakan termasuk "kerjasama jangka panjang". Jangan pula kita menang sorak, tetapi kampung tergadai.

( Dipetik: http://Kudaranggi.blogsport.com)


Persoalan yang boleh ditimbulkan:


1. Apa pula tujuan LKY menemui Isteri PM, Dati Rosmah Mansur?

2. Apakah kepentingan Malaysia Dalam pembinaan Jambatan ini?

3.Apakah Muslihat LKY menemui pemimpin Pembangkang?


8 comments:

zai said...

salam Depu-Depu, very good entri...risaunya sy memikirkan keadaan yg berlaku kat M'sia skarang ni, nak komen pun terlalu byk sgt...tapi takutlah at the end of the day we all endup with wars....eeeii nauzubillah !!

DEPU-DEPU said...

Salam Zai..
Thanks dgn pandangan anda, sy pun risau dgn apa yg tjadi kat negara kita nie,apa pun kita mengharapkan agar semuanya berada dlm keadaan yg baik...

Guru said...

orang yang bermata sepet ni licik orangnya... beliau memandang bukan dgn 2 mata sahaja...
bermacam persoalan ya... semoga semua kita dilindungi Allah.

SAMBAL BELACAN said...

salam,
saudara Depu-Depu... perkara ini memerlukan kebijakan politik, Lee Kuan Yew tak kan datang ke Malaysia tanpa membawa semangkuk mee yang ada udang disebaliknya... Singapore maju kerana mempunyai rakyat yang hormat dan pandai kenang jasa pemimpin, sebab itulah Lee Kuan Yew boleh memainkan peranan dengan mudah.... tetapi kita macam mana??,

Teruskan penulisan saudara... satu penulisan yang menarik dan analitikal

DEPU-DEPU said...

To a Kl citizen,,
Memang betul apa yg anda katakan...mungkin saja ada sesuatu disebalik lawatan ini..

To Sambal Belacan,

Singapura sejak dulu dalam sejarahnya tidak pernah bersikap ikhlas dengan 'jiran tetangganya'.

FdausAmad said...

Gua datang nk jemput lu mkn kenduri kt blog gua.
Ikut baca doa skali lagi bagus.

Follow terus pun takpa.

Budak budak kt blog gua tu dah tak seimbang,ramai berat ke belah punk.

dah 7 hari gua merantau jemput kenduri..

Muhammad Suhaily George bin Abdullah said...

Menghidu dan mencari kelemahan pemimpin...mencari jalan setiap penjuru bagaimana nak masuk...Malaysia harus berhati-hati...

DEPU-DEPU said...

Buat FdausAmad...

Saya follow u punya blog..

Buat Lee,

TQ sbb berkinjung di blog saya..betul apa yg u katakan...'ada udang di sebalik mee'Berwaspada lah kita..