Monday, June 15, 2009

1 Malaysia Vs Malaysian Malaysia




Ketika melawat Sarawak beberapa hari yang lalu, PM telah mengumumkan bahawa kerajaan akan memberikan tumpuan kepada masyarakat pedalaman yang hidup dalam kedaifan sebagai memenuhi tuntutan gagasan 1 Malaysia yang dicadangkan beliau.Kenyataan ini menampakkan ‘keikhlasan’ kerajaan dalam usaha membela masyarakat Pedalaman. Sebagai warga Sabah, saya terasa ‘ keikhlasan’ itu dalam lubuk hati saya paling dalam.Kerana jika benar, apa yang diutarakan oleh PM itu, nasib penduduk Pedalaman di sabah yang selama ini ‘terbiar’ akan terbela.Namun rakyat masih tertanya-tanya apakah itu 1 Malaysia sebenarnya? Biarpun kenyataan demi kenyataan dibuat oleh PM namun konsep 1 Malaysia ini masih mengaburi hati dan naluri rakyat Malaysia.Jangankan di peringkat ‘akar umbi’,sedangkan dikalangan ‘pemimpin’ Negara pun Isu ini tidak begitu jelas. Sebab itulah kesanggupan PM memberi penerangan kepada Dewan Rakyat dilihat sebagai suatu yang menggambarkan ‘kesungguhan’ pemimpin Negara ini. 1 Malaysia dikatakan adalah ‘pelengkap’ kepada wawasan pemimpin Negara sebelum ini. Matlamat mewujudkan Negara maju menjelang 2020 bukan sahaja dari sudut kebendaan tetapi juga dari sudut perpaduan kaum. Menjadikan 1 Malaysia ini sebagai landasan mencapai matlamat ini.

“Kemajmukkan” masyarakat Malaysia merupakan suatu yang perlu dijaga dan disemai dengan perpaduan yang utuh. Justeru itu konsep pembentukan ‘Negara bangsa ‘perlu mengambil kira identiti asal masyarakat peribumi Negara ini. Menyedari hakikat ini, gagasan 1 Malaysia dicanang sebagai memenuhi keinginan masyarakat ‘majoriti’ supaya satu bentuk ‘penjelmaan’ perpaduan diwujudkan.Prinsip dan keluhuran perlembangaan menjadi teras kepada ‘penjelmaan’ ini.Justeru itu 1 Malaysia menyaksikan satu ‘persaudaraan’ antara semua kaum di Negara ini dijadikan teras kepada perpaduan nasional.Orang melayu dan bumiputera sebagai peribumi asal tidak akan hilang budayanya sekaligus mendominasi pembentukan kebudayaan kebangsaan. Begitu juga masyarakat Cina dan India budaya dan identity mereka dijamin melalui perlembangaan Negara.Ini memperlihatkan bahawa idea 1 Malaysia ini ‘bangkitkan’ oleh DS Najib mengambilkira bahawa Malaysia perlu merealisasikan pembentukan ‘negara bangsa’ yang menjadi ‘jantung’ kepada wawasan 2020. Di pihak pembangkang, DSAI menganggap bahawa gagasan 1 Malaysia ini hanyalah omongan kosong yang tidak berkesudahan. Isu ini dikatakan ‘menciplak’ slogan PKR yang diperjuangkan selama ini ‘Malaysia Baru” dan ‘Keadilan untuk Semua”. Apabila konsep 1 Malaysia mula ‘mengambil’ tempat di hati Masyarakat, DAP melihat bahawa ‘Malaysian Malaysia’ yang diperjuangkannya selama ini mula relevan.Betulkah? atau DAP mula mengalami ‘Mimpi’ Mat Jenin.

Ternyata konsep ‘Malaysian Malaysia’ yang menjadi nadi perjuangan DAP, tidak boleh disamakan dengan konsep 1 Malaysia. Kerana DAP ternyata memperjuangan ‘kesamarataan’ kepada semua rakyat Malaysia dengan ‘menidakkan’ keistimewaan orang Melayu dan bumiputera yang sudah termaktub dalam perlembagaan Negara. Hak istimewa ini dikatakan oleh DAP sebagai ‘Menindas’ kaum lain.Kenyataan yang keterlaluan ini membuktikan bahawa DAP tidak ‘menghormati’ sejarah Negara.DEB dikecam sebagai dasar yang mewujudkan ketidakadilan dalam pembahagian kekayaan Negara.’Malaysian Malaysia’ adalah satu konsep yang membelakangkan ‘maruah’ dan kedaulatan pelembagaan. Sedangkan gagasan 1 Malaysia, meletakkan kesamarataan semua kaum itu berlandaskan kepada keluhuran perlembagaan.

Di peringkat yang lain PAS meneropong dari jauh tentang isu ini.Namun 1 Malaysia tidak ‘menyentuh’ hati naluri mereka.1 Malaysia tidak sama dengan ‘kerajaan Perpaduan’ yang dihasratkan oleh Presiden Parti itu.Mungkin bagi PAS jika kerajaan Perpaduan itu terlaksana, maka barulah konsep 1 Malaysia diterima oleh mereka. Media massa pula ‘mendendangkan’ bagaimana ‘ketidaksepakatan’ pimpinan PAS mengenai isu kerajaan Perpaduan ini. Idea ini dilihat didukung oleh segelintir ahli PAS yang disifatkan oleh TGNA sebagai ‘BONEKA UMNO’. Bagi TGNA, PAS perlu meneruskan perjuangannya ‘sendirian’ meskipun berada dalam PR, tetapi persefahaman masih diusahakan.Nampaknya semua isu ini terjalin dalam satu rangkaian ‘kepolitikan’ 4 buah parti besar ini. Masing-masing menunjukkan ‘kepandaian’ mereka berhujah menerangkan kepada rakyat idea dan perjuangan mereka. Justeru itu kita lihat ‘kuasa politik’ menjadi rebutan dan dianggap sebagai’status sosial’ yang tertinggi dalam herareki social di Malaysia.

No comments: