Monday, June 29, 2009

JEJAK TUHAN DALAM OTAK.


Tuhan ada di dalam langkah
Tuhan ada di dalam darah
Tuhan ada di dalam hati
Tuhan ada di mana-mana
Tuhan ada dan menyatu dalam diri


Kalimat-kalimat diatas itu bukan kata-kata daripada sebuah kitab suci, tetapi ia adalah daripada sebuah lagu pop jaz yang didendangkan pada akhir tahun 1980-an.

Di mana sahaja dan pada bila-bila masa, ramai manusia mencari tuhan.Mereka mencarinya di merata tempat, bukan sahaja di Masjid,gereja,kuil ataupun tokong.

Sebuah pasukan angkasawan Amerika dikatakan pernah mencari tuhan di bulan. Mereka datang dengan sebuah pesawat dengan tujuan mencari kehidupan baru dan sekaligus mencari tuhan. "apakah betul tuhan ada di atas sana?" tanya ketua angkasawan itu. tetapi apabila tiba di bulan,mereka kecewa.Tidak kelihatan satu perkara pun yang boleh menunjukkan pada mereka mengenai kewujudan tuhan.Tidak ada tanda-tanda yang menunjukkan tuhan itu berada di bulan.Apalagi mencari tuhan seperti keinginan Nabi Musa di Bukit Tursina.Mereka kecewa,lalu membuat kesimpulan yang tuhan itu tidak ada.salah seorang daripada mereka kemudiannya mendapat idea bagaimana caranya bertemu dengan tuhan."bukalah pakaian angkasawan kamu,tanggalkan tabung oksigen dan keluarlah daripada pesawat.Kerana tuhan hanya bertemu dengan manusia tanpa sebarang peralatan dari bumi!"Katanya.

Cadangan itu nampak begitu logik,lalu salah seorang daripada mereka memberanikan diri melakukannya.Dia keluar daripada pesawat tanpa tabung oksigen dan lima minit kemudian, dia mula tercungap-cungap menarik nafas.Dia mati di permukaan bulan,dan akhirnya angkasawan itu memang dapat 'bertemu' tuhan di alam baqa.


Pengalaman Nabi Musa di Bukit Tursina atau pun pengalaman Nabi Muhammad yang "bertemu muka" dengan tuhan ketika israk dan Mikraj menjadi pelajaran penting mengenai batasan manusia melihat tuhan.Namun kewujudan dan kehadiran tuhan adalah sesuatu yang sangat diyakini oleh kaum muslimin.

Salah satu cara ahli falsafah menjelaskan kaitan tuhan dengan manusia adalah melalui konsep emanasi (pancaran) atau pemancaran, tajjali atau teofani ,apabila Allah menampakkan DiriNya melalui tanda-tanda yang boleh dihayati.Jejak-jejak tuhan dalam diri manusia dapat dilihat dalam konsep tingkatan akal.


Akal itu sendiri merupakan daya terpenting yang dimiliki manusia.Selain daripada daya berfikir yang berpusat di kepala,manusia juga memiliki daya keberanian yang berpusat di dada dan daya nafsu yang berpusat di perut.

Sebuah hadis Qudsi menerangkan bagaimana Allah pertama sekali menciptakan akal. Selepas selesai menciptakan akal, Allah berkata kepada akal,"berpalinglah daripada ku",maka akal pun berpaling.lalu Allah berkata lagi,"berpalinglah pada ku",maka akal pun berpaling.Allah kemudian berkata "demi kebesaran dan keagungan ku,Aku belum pernah menciptakan makhluk yang lebih hebat daripada dirimu ataupun yang lebih patuh daripada dirimu.Melaluimu, Aku memulai dan melaluimu,Aku mengembalikan.Apa yang mendukung mu dapat memperoleh pahala dan apa yang melawan mu mendapat hukuman".

Alangkah indahnya penciptaan manusia yang dibekalkan dengan akal yang begitu sempurna.Namun, jarang di kalangan manusia yang merasakan keajaiban akal ini, kerana yang lebih disukai oleh manusia ialah nafsu yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan. Bagi manusia yang dikuasai nafsu, hidupnya bertambah jauh dari Allah, dan manusia sebegini akan terpancar padanya sikap buruk seperti tamak, tidak amanah,rasuah,dengki,prasangka dan banyak lagi.Manusia yang dikuasai akal akan lebih tenang hidupnya,harmoni jiwanya dan baik budi pekertinya.

(di petik dan disunting: Revolusi Iq.Eq.Sq-Taufik Pasiak)

2 comments:

Hanisham Ab Halim said...

Salam.
Saya dah follow blog saudara. Terima kasih kerana follow blog saya.

Guru said...

takut hilang akal...