
Malam tadi sekali lagi saya meluangkan masa menonton drama seram "CEPLOS" yang ditayangkan di TV 9.Saya dan keluarga terutamanya anak-anak memang mengikuti siri drama ini sejak ditayangkan di TV 9.Semalam seperti biasa ia menceritakan bagaimana 'ceplos' yang merupakan jin baik berkawan dengan manusia, Epin.Dalam slot semalam, drama ini membawakan cerita mengenai 'toyol' yang dipelihara oleh seorang Haji. Toyol ini digunakannya untuk mencuri duit penduduk kampung...biarpun slot ini bersambung, namun,Epin berjaya membongkar misteri 'toyol' tersebut dan berjaya menangkapnya.Perbuatan Epin itu diketahui akhirnya oleh haji tersebut.Dalam drama ini, juga dipertontonkan bagaimana Epin menangkap toyol dan memasukkannya di dalam botol.



Dari satu segi drama ini menampilkan unsur-unsur pengajaran keagamaan dengan membawa penonton menyelami bahawa 'memelihara' Toyol itu adalah satu yang menyalahi hukum agama, sedangkan pada waktu yang sama Epin juga turut 'memelihara' Ceplos. Di mana moralnya drama ini? atau mungkin pengarah dan penerbit terlepas pandang dengan keadaan ini. Kalau sudah jauh diperseimpangan balik saja ke pangkal jalan.
4 comments:
Syaitan dan iblis telah berjanji di hadapan Tuhan, akan menyesat mahkluk tuhan yang di sebut manusia, se hingga hari kiamat. Dengan janji itu, maka tidak mungkin manusia boleh berkawan dengan syaitan dan iblis, kecuali mereka yang sekelompok dengannya
Bagus soalan sdr depu-depu tntg dimana moralnya cerita ini ? mmg dah jelas pengarahnya pun tak faham perbezaan antara JIN dan MANUSIA..Mana ada JIN yg baik kecuali JIN ISLAM, sdgkan dah sah2 le toyol tu anak cucu syaitan juga..klu yg kurang agama mmgle akan termakan seme cite2 karut ni..alhamdulilah sdr mempunyai pndgn yg sgt baik
syitan tu mkhluk Allah
tahniah tuan, cuba tuan baca masyarakat Iranun: Kepercayaan terhadap Makhluk Hantu.paikankb.blogspot.com. saya rasa saudara pun boleh bagi komen sebab secara peribadi saya akui tulisan saudara paikankb ada kebenarannya...bersama menjayakan ajaran ISLAM...
Post a Comment