Sunday, June 28, 2009

MUZAKARAH-KERAJAAN PERPADUAN-DEBAT:SAMA SAJA!



“permainan layang-layang” barangkali tepat kalau digambarkan dengan keadaan politik semasa di Negara kita..Mungkin juga pertanyaan ‘Apakah jadahnya politik di Malaysia? Boleh dijadikan gambaran awal perasaan rakyat yang terguris dek perbuatan parti-parti politik PAS, UMNO,PKR yang sebelum ini meniupkan isu ‘perpaduan’.Bermula dengan isu ‘muzakarah’ kononnya PAS dan UMNO akan duduk bersemuka membicarakan kepentingan ummah mengatasi kepentingan fahaman politik kepartian masing-masing. ‘harapan’ rakyat mula dinodai. Semacam permainan layang-layang, pAS dan UMNO bermain tarik tali, antara ‘sudi’ bersemuka dan kembali membiarkan perpaduan khususnya orang melayu bertambah parah. Pelbagai janji dan prasyarat di berikan untuk merealisasikan ‘muzakarah’ yang akhirnya ditukar kepada ‘muqabalah’, dengan gambaran bahawa istilah itu lebih sesuai dan senang dimengertikan. Tetapi dalam politik, biar “terang lagi bersuluh”, namun belum tentu dapat melihat. Begitulah hakikatnya, biarpun pelbagai pertemuan sulit dan terbuka diadakan antara kedua-dua parti politik PAS dan UMNO, akhirnya kerana tidak wujud politik yang matang, isu MUZAKARAH_MUQABALAH, bertemu titik pengakhirnya. Perasaan rakyat mula terguris,. Bagi yang benar-benar mengharapkan agar penyatuan umat Melayu menjadi kenyataan, akhirnya terpaksa pasrah bahawa “biarpun mendung sudah berarak, tetapi cerah hanya seketika”. Kecewa,sedih,marah dan bingung antara perasaan yang menyelinap dalam minda rakyat pada waktu itu. Namun rakyat tidak dipedulikan asalkan, ‘kuasa politik’ tidak tergugat.

Dan sekali lagi, perasaan rakyat “dikorbankan” apabila isu penubuhan kerajaan perpaduan mengambil tempat dalam lanskap kepolitikan di Malaysia.Tidak cukup dengan isu muzakarah-muqabalah, PAS dan UMNO menghidupkan cerita lama yangf diberikan nafas baru…Penubuhan kerajaan perpaduan… bunyinya sahaja berlainan, tapi muslihatnya sama..kononnya untuk kepentingan ummah!..Benarkah?.. Maka bermulalah perjalanan “Rama” menyelamatkan “Sita” seperti dalam epic “Ramayana”..dan untuk kesekian kalinya, perasaan rakyat menjadi ‘bekal’ untuk meneruskan perjalanan itu…Sekali lagi ‘rakyat’ terpesona dengan janji dan perwatakan pemimpin yang melaung-laungkan ‘perpaduan ummah’. Namun dimana keseudahannya,?..Sekali lagi ‘gagal’ atau memang sengaja ‘digagalkan’ tanpa memikirkan kehendak akar umbi. Biar apa pun sebab dan musababnya, sama ada ada pada PAS atau ada pada UMNO, ternyata perasaan rakyat terus diperlekehkan. Apakah mereka tidak sedar bahawa ‘kuasa’ rakyat mengatasi kebijakkan politik mereka.Apakah mereka tidak tahu bahawa ‘tangan’ rakyat lebih berkuasa dari tulis dan pena? Apakah mereka juga lupa bahawa rakyat adalah “raja”, dan mereka adalah ‘hamba’?Apakah mereka juga alpa bahawa minda rakyat boleh menentukan siapa seterusnya dipuncak kuasa?...Akhirnya politikus-politikus ini dibuai rasa lupa yang maha dahsyat…Kalau terus-terusan lupa, tunggu saja PRU-13 akan menceritkan segala-galanya.

Kini pengajaran tidak dijadikan iktibar, buat keberapa kalinya isu “debat” ini menjadi sandaran politik di Negara kita. Perdebatan DSAI dengan Shabery Chik suatu ketika dulu, kononnya suatu petanda demokrasi hidup subur di Negara ini.Tidak cukup dengan ‘janji temu’ yang ‘dikembangdengarkan’ kepada rakyat, perdebatan itu disiarkan secara langsung menerusi TV.Sesetengah penganalisis politik berpandangan perdebatan itu cukup sebagai landasan bahawa kepolitikan di Malaysia mula memasuki fasa baru.Perdebatan dilihat dapat memberi laluan yang lebih jelas kepada rakyat untuk memilih pemimpin.Mungkin atas dasar dan semangat ini, TGNA ‘menjemput” DSN untuk berdebat.Apa lagi?? Media massa mula lah pula memainkan isu ini.Kepentingan ummah! Memperjelaskan kepada rakyat isu sebenar! Antara ungkapan politik yang dilontarkan…Ah.! Sama saja, “muzakarah,isu kerajaan Perpaduan, Debat’’ semua itu adalah permainan politik yang tidak berkesudahan..ada agenda politik di sebaliknya…Perasaan rakyat, biar terguris, biar hancur, biar dipermainkan,! Asalkan populariti kepartian menguasai minda dan pemikiran rakyat. Cukuplah! Sudahlah!....fikirkanlah! derita rakyat, fikirkanlah keluh kesah rakyat, fikirkanlah kehendak dan kemahuan rakyat,! Kerana rakyat itulah mahkota kuasa, dan mahkota itu adalah milik rakyat selamanya.

No comments: