Tuesday, June 16, 2009

Kerajaan Perpaduan :Mimpi atau Realiti


Isu ‘kerajaan perpaduan’ menguasai populariti PAS sejak kebelakangan ini.Begitu juga UMNO, melihatnya sebagai satu peluang untuk mewujudkan ‘situasi baru’ dalam hubungan kedua-dua parti yang suatu ketika dulu pernah ‘sehaluan’.Bagi sesetengah penganaliss politik menganggap bahawa semua ini hanyalah ‘gimik politik’ untuk meraih populariti masing-masing.Kalau dilihat dari kaca mata PAS, hanya Presiden TGHA dan timbalannya NSA yang ‘kepingin’ merasa ‘kelazatan’ UMNO.Sedangkan Mursyidul Am,TGNA menentang secara terang-terangan,sehingga melabelkan kedua-dua pemimpin tertinggi PAS ini sebagai BONEKA UMNO.Memang diakui bahawa ‘pengaruh’kedua-dua pemimpin ini begitu besar dalam parti PAS.’Golongan “Ulama’ dan ‘Profesional’ mampu meraih sokongan padu tatkala mengiyakan kewujudan Kerajaan Perpaduan. Namun jika dianalisis secara lebih literal dan holistik, tidak mustahil ‘kerajaan Perpaduan’ ini menjadi mimpi di siang hari. Ini bersandarkan kepada beberapa analisa yang pernah berlaku sebelum ini.Seperti suatu ketika dulu, isu ‘Muzakarah ‘yang kemudiannya ditukar kepada ‘Muqabalah’ dengan UMNO,akhirnya ‘berkubur’ tanpa nisan. Biarpun sejak dulu kita melihat bahawa TGHA seolah-olah menunjukkan ‘kecenderungan’ kepada UMNO, tetapi bila ‘nasihat’ diberikan, niat itu terhenti.Ini kerana dalam parti yang mengutamakan ‘kepolitikan Islam’ Umarah dilihat sebagai seorang ketua yang boleh memandu arah perjalanan ‘kapal’nya.Berbeza dalam kepartian yang bersandarkan kepada idealogi ‘sekular’, pemimpin diperlukan apabila memperolehi ‘kemajoritian’.

Adalah agak terlalu awal untuk kita meramalkan penghujung kerajaan perpaduan ini, namun kita hanya dapat menganalisa melalui sejarah lampau kedua-dua parti politik ini. Malahan adalah tidak menjadi sesuatu yang ‘luar biasa’ apabila PAS dan UMNO kembali menguasai persada politik di Malaysia. Banyak Faktor yang menjadi pencetus kepada ‘keberjayaan’ idea kerajaan perpaduan ini. Antara lain yang tidak harus terlepas pandang ialah ‘percaturan’ DSAI. Kerana ‘tokoh’ ini masih dilihat “sangat relevan “ kepada idea penubuhan kerajaan perpaduan ini. Biarpun tokoh ini disabit dengan pelbagai ‘kes’ memalukan, namun sokongan kepada DSAI ternyata sukar diramalkan. Mungkin saja, tindakan TGHA ini dilihat sebagai ingin ‘mengembalikan’ populariti PAS dalam Pakatan.Kerana biarpun DSAI boleh Berkerjasama dengan PAS, namun penyokong PAS sendiri ‘risau’ akan bayang-bayang DSAI.Kenapa tidak…Jika percaturan 16 Sept yang dirancang menjadi kenyataan, maka di mana kedudukan PAS waktu itu?...Mungkin benar apa yang dikatakan bahawa 16 Sept 2008 telah ‘gagal’ tetapi bukankah 16 Sept setiap tahun tetap wujud. ‘ketakutan’ inilah yang pada hemat saya menjadikan isu kerajaan perpaduan ini bertambah ‘Panas’.

Selain daripada itu ‘ketokohan’ TGNA juga tidak boleh “dikesampingkan” dalam hal ini. TGNA bukan sahaja dianggap ‘ulama yang berpolitik’ tetapi juga menjadi ‘nakhoda’ dalam PAS. Seperti awal-awal saya katakan, bahawa konsep ‘kepimpinan’ dalam sebuah parti Islam adalah mementingkan ‘baiah’ kepada ketua. Justeru ‘keperibadian’ yang ditunjukkan oleh TGNA dan ‘kepandaian’ dalam berpolitik sehingga dapat mengekalkan PAS di Kelantan menjadi “pertimbangan” kepada penyokong PAS untuk terus ‘menolak’ idea TGHA.TGNA bukan sahaja ‘menidakkan’ keikhlasan UMNO tetapi juga mengetahui strategi pihak-pihak tertentu untuk menimbulkan ‘kekusutan’ dalam PAS. Apakah kiranya, kita mengandaikan ‘kejayaan’ kerajaan perpaduan ini, sedangkan PAS dan UMNO di Perak menyaksikan ‘pertembungan’ yang maha dahsyat!!! Isu ini walaupun Nampak kecil tetapi mampu memesongkan niat penyokong PAS.

Dari satu sudut ‘pimpinan UMNO’ juga tidak terlepas dari menjadi factor ‘keberjayaan’ penubuhan kerajaan Perpaduan ini. Jika ‘keikhlasan’ menjadi ukuran dalam percaturan politik di Malaysia,sepatutnya PAS dan UMNO menjadi ‘satu’ ketika Pak Lah menjadi PM.Ini kerana Pak Lah dilihat lebih ‘sesuai’ untuk dijadikan ‘teman’ pendamping. Pendekatan yang cukup ‘bersederhana’ dan keperibadian yang ‘bersih’ dari reputasi mengaibkan,membuatkan Pak Lah menjadi ‘pilihan’.Namun apa yang berlaku ialah ‘muzakarah’ akhirnya hilang tidak kedengaran. Sedangkan DS Najib pada kaca mata PAS dilabel sebagai agak ‘panas’ dengan pelbagai tohmahan dan skandal. ‘Kualiti’ keperibadian ini menjadi sebab terakhir yang menentukan ‘keberjayaan’kerajaan perpaduan ini.Namun bagi masyarakat akar umbi politik adalah 'cecair yang sentiasa begerak dengan isu-isu yang dapat meniupkan ‘harapan’ agar penubuhan kerajaan perpaduan menjadi realiti seterusnya menyemarakkan 'persaudaraan' politik yang matang.

4 comments:

mrakunman said...

Apapun kesimpulannya, yang penting ummah bersatu, lupakan idealogi, membangun ummah adalah segala-galanya

DEPU-DEPU said...

Terima kasih dengan kunjungan Sdr...Saya setuju bahawa pembangunan ummah perlu didahulukan mengatasi kepentingan politik

SI RENGIT said...

Susah nak kata, pendapat saya secara peribadi UMNO semakin bongkak sebab banyak terpampang di dada2 akhbar tentang ulasan setiap pemimpin UMNO,seolah-olah PAS tidak ikhlas dan punyai agenda tersendiri untuk menubuhkan kerajaan perpaduan. PAS pulak yang seakan-akan terkejar-kejar....

DEPU-DEPU said...

Sdr Rengit...
Keikhlasan sepatutnya tidak timbul kerana perpaduan ummah perlu didahulukan seprti kata Mrakunman