Thursday, June 18, 2009

Kecelaruan PAS


Kenyataan penulis Blog Sayuti bahawa PAS kini
dalam 'kecelaruan' dilihat lebih merujuk kepada
kenyataan terbaru TGNA yang mengesa agar Timbalan Presiden PAS, NASA meletakkan jawatan dan meninggalkan parti itu atas 'kedegilan' NASA dan TGHA untuk memberikan terus 'nafas' kepada kewujudan Kerajaan Perpaduan. Adalah benar jika istilah 'kecelaruan' itu digunapakai sementara ke atas PAS, parti yang bertunjangkan Islam itu. Biarpun PKR sudah meletakan 'syarat' kepada PAS dan UMNO sebagai cuba 'meleraikan' ikatan yang mula bersimpul antara PAS dan UMNO, namun 'campurtangan' DSAI itu mengandungi banyak 'helah' politik. Apa yang jelas, PAS makin berkecamuk apabila Presiden dan Timbalan sepakat membawa PAS 'terjun' dalam 'umpan UMNO, manakala TGNA seakan' keseorangan' sebagai 'hero' menyelamatkan PAS daripada terjunan yang merbahaya itu. Apakah benar bahawa UMNO semenangnya begitu 'ikhlas' melayan kehendak PAS itu? Atau UMNO 'senang' hati melihat PAS mula bercelaru?...banyak sebab yang boleh dikaitkan kerana dalam politik, macam-macam boleh berlaku...Mungkin saja, bagi pandangan UMNO untuk mengekang pengaruh politik DSAI yang dilihat masih bertenaga ialah dengan cara memancing PAS untuk 'mengkhianati' Pakatan Rakyat.PR tanpa PAS akan menyebabkan DSAI 'hilang punca' merealisasikan 16 Sept.Biarpun PAS dikatakan bukan parti dominan dalam PR,namun 'kebangkitan' DSAI,khusunya PKR dalam PRU12 adalah atas kerjasama PAS yang berjaya menyakinkan orang Melayu untuk melupakan UMNO.

Apabila PAS mula terpancing dengan penubuhan Kerajaan Perpaduan ini, maka media 'melipatgandakan' 'kepanasan' itu dengan satu gamabaran bahawa PAS sekarang bertelagah antara Mursyidul dengan pimpinan tertinggi parti itu...Apakah TGHA dan NASA sedang menyusun strategi untuk 'menyingkirkan' pandangan dan pengaruh TGNA dalam PAS?...atau barangkali, idea mereka itu hanya setakat menguji sama ada PAS ada tempat dalam UMNO kalau meninggalkan Pakatan...Kita menjangkakan bahawa 'kelibat'DSAI tidak terkecuali dalam percaturan baru ini.Begitu juga DAP,meneropong dari jauh...melihat peluang yang timbul untuk dipergunakan..sedangkan TGNA makin tersepit...DSAI makin terdesak...PAS makin bercelaru.....dan UMNO makin ..???

No comments: