Sebanyak 174 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari seluruh Sabah kelmarin menyerahkan memorandum kepada Timbalan Perdana Men- teri Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang terlibat dengan demonstrasi jalanan.
Memorandum itu diserahkan oleh wakil NGO berkenaan yang juga Presiden Persatuan Sama Sabah (PSS), Abdullah Sibil bersama 15 wakil NGO yang lain, sebaik sahaja Muhyiddin tiba di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, untuk lawatan sehari ke negeri ini.
Muhyiddin kemudian menaiki helikopter ke Kudat bagi merasmikan mesyuarat Umno bahagian Kudat dan seterusnya bahagian Penampang.
Bercakap kepada pemberita, Abdullah ber- kata kesemua NGO itu, yang mempunyai keanggotan sekitar 370,000 orang di Sabah, mengutuk sekeras-kerasnya penganjuran demonstrasi jala- nan seperti yang berlaku di Kuala Lumpur baru- baru ini kerana ia bukan sahaja menjejaskan keharmonian rakyat tetapi juga memburukkan imej negara di persada antarabangsa.
“Imej negara begitu baik selama ini dan kita mendesak supaya kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang terlibat. Kita tidak mahu perkara seumpama ini berlaku lagi di negara kita,” katanya.
Abdullah berkata dalam memorandum itu, NGO Sabah turut menyokong Perlembagaan Negara yang menggariskan kontrak sosial yang menjadi pedoman kerukunan hidup serta kemajuan negara dan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan agama.
1 comment:
salam sdr depu-depu..
demontrasi kat kota belud baru-baru nie..tak masuk kah dalam bantahan itu ..?
Post a Comment