Showing posts with label Agama. Show all posts
Showing posts with label Agama. Show all posts

Saturday, January 30, 2010

ADAB BERSAHABAT


Terdapat hadis yang diriwayatkan daripada Rasulullah SAW

" seseorang itu atas agama (perjalanan) rakannya, maka hendaklah diperhatikan siapa yang harus dipilih sebagai teman / rakan".

Al Qamah seorang ulama masyhur memberikan beberapa panduan dalam memilih sahabat, antaranya.

1. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, dia akan membantu mengusahakan pertolongan itu sedaya upayanya.

2. Jika dia mendapat sesuatukebajikan daripadamu, dia akan menghargainya.

3. Jika engkau membuat bakti kepadanya pasti dia akan melindungimu.

4.Jika engkau berdua berselisih faham, dia akan mengalah untuk menjaga ikatan persahabatan itu.

Saidina Ali pernah berkata:

" Saudaramu yang sebenar ialah orang yang sentiasa berada disisimu (ketika susah dan senang).Dia sanggup membahayakan dirinya demi kebaikanmu,sanggup berkorban apa sahaja untuk kepentinganmu"

Abu Sulaiman Al-Darani r.a mengingatkan kita agar melihat dua sifat ini pada seseorang sebelum memilihnya sebagai rakan / sahabat.

1. Orang yang mudah engkau berurusab dalam kehidupan seharian.

2. Orang yang dapat memberikan faedah dan manfaat dalam segala perkara.

Sunday, November 29, 2009

TANDA-TANDA 100 HARI KEMATIAN




Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar.

Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik dihati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

TANDA 40 HARI
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membua tpersediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi Malaikat Maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

TANDA 7 HARI
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

TANDA 3 HARI
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kitaiaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandung ibanyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.
Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagiorang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

TANDA 1 HARI
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

TANDA AKHIR
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Sesungguhnya mengingati mati itu adalah bijak
Semoga ALLAH SWT memberkati kita.Saling berpesan2lah sesama kita........
Moga kita semua tidak terlambat........ Dan....terlebih penting.......berkesempatan untuk BERTAUBAT....

Friday, October 9, 2009

1.57 BILION UMAT ISLAM SELURUH DUNIA


  • Penduduk Islam di dunia kini berjumlah 1.57 bilion, nisbah satu kepada empat orang penduduk dunia, menurut satu laporan komprehensif, semalam.
  • Laporan oleh Forum Pew Agama dan Kehidupan Awam itu menyediakan satu angka tepat yang sebelum ini jumlahnya hanya dianggarkan.

  • Projek yang mengambil masa selama tiga tahun itu turut mendedahkan kenyataan-kenyataan yang mungkin mengejutkan.
Sebagai contoh, Jerman mempunyai lebih ramai penduduk Islam berbanding Lebanon; China mempunyai lebih ramai penduduk Islam daripada Syria dan Rusia pula mempunyai lebih ramai penduduk Islam berbanding Jordan dan Libya.

“Andaian yang menyatakan bahawa Islam adalah Arab dan Arab adalah Islam, ternyata tidak benar dengan adanya laporan ini,” kata Amaney Jamal, penolong profesor politik di Universiti Princeton yang mengkaji semula salinan awal laporan itu.

Pegawai-pegawai Pew menganggap laporan tersebut adalah yang paling lengkap dalam kategorinya dan meletakkan agama Islam sebagai agama kedua terbesar di dunia selepas Kristian, yang dianggarkan mempunyai antara 2.1 bilion hingga 2.2 bilion penganut.

Laporan itu turut mendapatkan pecahan antara pengikut mazhab Sunni dengan Syiah tetapi kesulitan timbul kerana tidak banyak negara membuat pecahan seumpamanya, kata penyelidik kanan projek, Brian Grim.

Maka, bilangan pengikut Syiah tidak dianggap khusus dengan laporan menganggarkan Syiah mewakili antara 10 dan 13 peratus daripada keseluruhan umat Islam di dunia, yang sejajar atau sedikit rendah berbanding kajian-kajian lain.

Sebanyak 80 peratus pengikut Syiah tinggal di empat negara iaitu Iran, Pakistan, India dan Iraq.

Laporan turut mendedahkan bahawa meskipun nadi Islam terletak di Asia Barat, bilangan terbesar umat Islam adalah di Asia iaitu meliputi lebih 60 peratus.

Asia Barat dan Afrika Utara hanya mewakili kira-kira 20 peratus umat Islam, 15 peratus di Afrika Sub-Saharan, 2.4 peratus di Eropah dan 0.3 peratus di Amerika Syarikat.

Seramai 317 juta penduduk Islam atau satu per lima daripada jumlah keseluruhan penduduk Islam pula tinggal di negara yang penduduknya bukan majoriti Islam.

Sebanyak 10 negara telah disenarai mempunyai penduduk dua per tiga beragama Islam iaitu Indonesia, Pakistan, India, Bangladesh, Iran, Turki, Mesir, Algeria, Maghribi dan Nigeria. – AP

Monday, August 24, 2009

SEKADAR TAZKIRAH


Sekadar sebagai tazkirah atau peringatan, berikut disenaraikan secara am dan ringkas, perkara-perkara wajib, sunat dan penyempurnaan puasa bulan Ramadan sebagai amalan khusus bulan ini.

Perkara wajib puasa:

i. Mengetahui permulaan Ramadan.

ii. Berniat pada setiap malam Ramadan

iii. Menahan diri daripada makan dan minum, jimak, mengeluarkan mani atau muntah dengan sengaja pada siang hari.

Perkara sunat puasa:

i. Bersahur.

ii. Melambat-lambatkan sahur.

iii. Menyegerakan berbuka.

iv. Meninggalkan bersugi setelah tergelincir matahari.

v. Membanyakkan sedekah dan meluaskan belanja bagi keluarga serta menggandakan amalan kebajikan yang lain.

vi. Membanyakkan tadarus al-Quran.

vii. Memperbanyakkan iktikaf di dalam masjid.

Selain perkara-perkara asas di atas, kita juga diajar melalui perantaraan para ulama untuk menjaga perkara-perkara yang menyempurnakan puasa kita, moga-moga kita beroleh puasa ahli Khawas iaitu puasa mereka yang soleh dan bertakwa. Antara perkara itu adalah:

i. Menunduk dan memejamkan mata dari perkara yang tidak sepatutnya.

ii. Memelihara lidah daripada perkataan yang haram dan sia-sia.

iii. Memelihara telinga daripada benda-benda yang haram, makruh dan sia-sia.

iv. Menjaga tangan, kaki dan anggotanya yang lain daripada perkara yang haram, makruh dan sia-sia.

v. Menjaga perutnya ketika berbuka daripada benda-benda yang haram atau syubhat.

vi. Tidak terlalu memenuhkan perutnya dengan makanan yang halal apabila berbuka.

vii. Sentiasa merasa khauf (takut) kiranya puasanya tidak diterima Allah SWT dan raja' (harap) agar-agar Allah SWT menerima puasanya.

Begitulah tujuh perkara yang boleh menyempurnakan lagi puasa kita walaupun ada lagi diriwayatkan pelbagai amalan mereka yang lebih tinggi martabatnya di sisi Tuhan seperti menahan diri daripada apa-apa keinginan dan keasyikan duniawi serta mengosongkan diri dari memikirkan selain daripada Allah SWT dan Akhirat sebagai sebahagian daripada puasa Ramadan.

Marilah kita bersama-sama berusaha bersungguh-sungguh memburu rahmat dan keampunan Allah di bulan Ramadan ini dengan memelihara segala hak dan adab-adabnya, semoga Allah SWT memperkenankan dan mengizinkan. Amin Ya Rabbal 'alamin, Ramadan Karim! Kullu 'aam wa antum bi khayr.

Sunday, August 23, 2009

FADHILAT RAMADHAN


Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: " Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah pun diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang sedang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman Kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan )ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa. Allah mempersiapkan dan menghiasi Jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya : "Masanya telah hampir tiba bila mana hamba-hambaKU yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan besar ( di dunia ) dan akan mendatangimu. Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadan. Pada malam terakhir bulan Ramadan (orang-orang Islam yang berpuasa ini ) akan diampunkan. Maka sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w pun bertanya: " wahai Pesuruh Allah,adakah itu malam Lailatul Qadr? Di Jawab oleh rasulullah s.a.w : Tidak !, tetapi selayaknyalah seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya".

Thursday, July 30, 2009

LAKNATTULLAH.












BIODATA IBLIS


Nama sebenar : IBLIS LAKNATULLAH.
Nama glamour : hantu,syaitan,pelesit,jembalang,langsui dll
Kelahiran : Bermula dari keengganannya sujud kepada Nabi Adam a.s
Status diri : Fasik kelas pertama
Agama : Kufur
Tempat Tinggal : Di hati-hati mereka yang lalai
Alamat Tetap : Neraka jahanam
Kawasan : Di Setiap penjuru yang di dalamnya tiada usaha langsung untuk mengingati Allah
Arah perjalanan : Tiada haluan dan bengkang bengkok
Isteri : Setiap wanita yang tidak menutup aurat, tidak mentaati Allah,Rasul dan suaminya
Kaum kerabat : Semua golongan yang menentang dan memusuhi Allah
Modal pusingan : Angan angan kosong dan tipu daya yang halus
Tempat pertemuan : Konsert-konsert hiburan,Pasar-pasar dan di semua tempat jual beli
Musuh ketat : Setiap orang Islam yang beriman dan bertakwa
Sahabat karib : Anak-anak Adam
Motto kerja : 'Hipokrasi asas akhlak'
Hobi : Melalaikan orang dari mengingati Allah, menggoda manusia lalu menyesatkannya
Cita cita : Supaya semua makhluk di muka bumi ini menjadi kafir
Sukan (yang tidak digemari) : Acara Langkah seribu (Semasa Malaikat Maut ingin mencabut nyawa)
Kelemahan diri : Bila Manusia membaca istighfar
Mentor yg dikagumi : Manusia yg mempunyai berkelebihan lebih dari dirinya
Logo : Sebarang Tatu
Pejabat operasi : Tandas,bilik air, tempat yang bernajis dan kotor serta tempat-tempat maksiat
Rakan kongsi : Golongan munafik serta syaitan-syaitan dari kalangan jin dan manusia
Sumber pendapatan : Segala harta yang diperoleh dengan jalan haram dan riba
Jenis perkhidmatan : Menggalakkan manusia mengerjakan kemungkaran dan derhaka terhadap Allah SWT
Tempoh perkhidmatan : Sehingga hari khiamat
Matlamat Sebenar : Membawa Anak cucu Adam bersama-sama ke Neraka Jahanam
Teman sejawat : Orang yang suka mendiamkan dirinya dari menyatakan kebenaran
Ganjaran : Dosa-dosa kecil/besar dan kemurkaan Allah
Pembantu setia : Orang yang suka mengumpat, mencaci, memaki hamun, menghasut, pendengki dan pendendam
Peristiwa yg tak dapat dilupakan : Semasa Allah menjadikan Nabi Adam a.s
Kenangan manis : Di waktu manusia diambang sakratulmaut, mati dalam kekafiran
Kenangan pahit : Manusia yang digodanya mati dalam keimanan
Makanan kegemaran : Daging orang mati, segala najis dan kotoran
Minuman yang digemari : Wiski,brandi,taqila,todi,wine,arak dan semua minuman yang memabukkan

Yang paling ditakuti : Orang mukmin yang bertakwa
Yang paling dibenci : Orang yang sentiasa berzikir dan mengingati Allah
Alat perangkap : Wanita-wanita cantik,model,pelacur,pragawati,dan sebagainya
Saat ajal : Bila tiba waktu yang ditentukan Allah di hari kiamat kelak
Yang paling membosankan : Bila tiada lagi manusia yang mahu mengikuti kemahuannya
Tugas yang paling meletihkan : Menganggu manusia kearah kebaikkan kerana Allah Taala
Tugas yang paling disukai : Mengajak melakukan Homoseks,lesbian dan berzina
Janji kepada manusia : Janji janji kosong,angan angan dan tipu daya
Yang membuatnya gembira : Manusia yang mengikut jejak langkahnya
Saat yg mendukacitakannya : Manusia yang mempunyai cita cita untuk bertaubat
Yang membuatnya menangis : Bila Manusia yg disayanginya sujud kepada Allah SWT

Monday, July 6, 2009

IBLIS : 7 GOLONGAN


Setiap insan bernyawa pasti mengalami kematian. Tidak akan ada yang kekal selain dari Allah, tuhan sekalian alam ini. Kematian sengaja dirahsiakan oleh Allah sebagai ujian kepada hamba-hambanya, terutama dalam mempersiapkan diri menghadap Tuhan Rabulljalil. Biarpun begitu Allah melalui rasulnya menyampaikan beberapa perkara ghaib untuk menjadi panduan kepada umat manusia. Musuh ‘kekal’ manusia iaitu Iblis juga dinyatakan dengan jelas di dalam Al-Quran.segala perancangan dan muslihat Iblis Laknatullah ini turut di dedahkan oleh Nabi SAW.Antaranya ialah ketika saat menghadapi Sakaratul Maut. Dalam sebua hadis nabi SAW dikatakan pernah berdoa “ Ya Allah aku berlindung dengan Engkau daripada tipu daya Iblis semasa Sakaratul maut”..

Ketika seseorang manusia itu dalamkeadaan nazak atau sakaratul maut, Iblis akan datang memujuk supaya manusia itu mati dalam keadaan kufur. Terdapat tujuh golongan atau rombongan Iblis yang datang tatkala anak Adam dalam keadaan nazak:

Rombongan 1
Akan datang Iblis dengan banyaknya dengan berbagai rupa yang pelik dan aneh seperti emas, perak dan lain lain, serta sebagai makanan dan minuman yang lazat lazat. Maka disebabkan orang yang di dalam sakaratul maut itu di masa hidupnya sangat tamak dan loba kepada barang barang tersebut, maka diraba dan disentuhnya barangan Iblis itu, di waktu itu nyawanya putus dari tubuh. Inilah yang dikatakan mati yang lalai dan lupa kepada Allah SWT inilah jenis mati fasik dan munafik, ke nerakalah tempatnya.

Rombongan 2
Akan datang Iblis kepada orang yang didalam sakaratul maut itu merupakan diri sebagai rupa binatang yang di takuti seperti, Harimau, Singa, Ular dan Kala yang berbisa. Maka Apabila yang sedang didalam sakaratul maut itu memandangnya saja kepada binatang itu, maka dia pun meraung dan melompat sekuat hati. Maka seketika itu juga akan putuslah nyawa itu dari badannya, maka matinya itu disebut sebagai mati lalai dan mati dalam keadaan lupa kepada Allah SWT, matinya itu sebagai Fasik dan Munafik dan ke nerakalah tempatnya.

Rombongan 3
Akan datang Iblis mengacau dan memperdayakan orang yang di dalam sakaratul maut itu dengan merupakan dirinya kepada binatang yang menjadi minat kepada orang yang hendak mati itu, kalau orang yang hendak mati itu berminat kepada burung, maka dirupai dengan burung, dan jika dia minat dengan kuda lumba untuk berjudi, maka dirupakan dengan kuda lumba (judi).
Jika dia minat dengan dengan ayam sabung, maka dirupakan dengan ayam sabung yang cantik. Apabila tangan orang yang hendak mati itu meraba raba kepada binatang kesayangan itu dan waktu tengah meraba raba itu dia pun mati, maka matinya itu di dalam golongan yang lalai dan lupa kepada Allah SWT. Matinya itu mati Fasik dan Munafik, maka nerakalah tempatnya.

Rombongan 4
Akan datang Iblis merupakan dirinya sebagai rupa yang paling dibenci oleh orang yang akan mati, seperti musuhnya ketika hidupnya dahulu maka orang yang di dalam sakaratul maut itu akan menggerakkan dirinya untuk melakukan sesuatu kepada musuh yang dibencinya itu. Maka sewaktu itulah maut pun datang dan matilah ia sebagai mati Fasik dan Munafik, dan nerakalah tempatnya

Rombongan 5
Akan datang Iblis merupakan dirinya dengan rupa sanak saudara yang hendak mati itu, seperi ayah ibunya dengan membawa makanan dan minuman, sedangkan orang yang di dalam sakaratul maut itu sangat mengharapkan minuman dan makanan lalu dia pun menghulurkan tangannya untuk mengambil makanan dan minuman yang dibawa oleh si ayah dan si ibu yang dirupai oleh Iblis, berkata dengan rayu merayu "Wahai anakku inilah sahaja makanan dan bekalan yang kami bawakan untukmu dan berjanjilah bahawa engkau akan menurut kami dan menyembah Tuhan yang kami sembah, supaya kita tidak lagi bercerai dan marilah bersama kami masuk ke dalam syurga."

Maka dia pun sudi mengikut pelawaan itu dengan tanpa berfikir lagi, ketika itu waktu matinya pun sampai maka matilah dia di dalam keadaan kafir, kekal ia di dalam neraka dan terhapuslah semua amal kebajikan semasa hidupnya.

Rombongan 6
Akan datanglah Iblis merupakan dirinya sebagai ulamak ulamak yang membawa banyak kitab kitab, lalu berkata ia: "Wahai muridku, lamalah sudah kami menunggu akan dikau, berbagai ceruk telah kami pergi, rupanya kamu sedang sakit di sini, oleh itu kami bawakan kepada kamu doktor dan bomoh bersama dengan ubat untukmu." Lalu diminumnya ubat, itu maka hilanglah rasa penyakit itu, kemudian penyakit itu datang kembali. Lalu datanglah pula Iblis yang menyerupai ulamak dengan berkata: "Kali ini kami datang kepadamu untuk memberi nasihat agar kamu mati didalam keadaan baik, tahukah kamu bagaimana hakikat Allah?"

Berkata orang yang sedang dalam sakaratul maut: "Aku tidak tahu."

Berkata ulamak Iblis: "Ketahuilah, aku ini adalah seorang ulamak yang tinggi dan hebat, baru sahaja kembali dari alam ghaib dan telah mendapat syurga yang tinggi. Cubalah kamu lihat syurga yang telah disediakan untukmu, kalau kamu hendak mengetahui Zat Allah SWT hendaklah kamu patuh kepada kami."

Ketika itu orang yang dalam sakaratul maut itu pun memandang ke kanan dan ke kiri, dan dilihatnya sanak saudaranya semuanya berada di dalam kesenangan syurga, (syurga palsu yang dibentangkan oleh Iblis bagi tujuan mengacau orang yang sedang dalam sakaratul maut). Kemudian orang yang sedang dalam sakaratul maut itu bertanya kepada ulamak palsu: "Bagaimanakah Zat Allah?" Iblis merasa gembira apabila jeratnya mengena.

Lalu berkata ulamak palsu: "Tunggu, sebentar lagi dinding dan tirai akan dibuka kepadamu."

Apabila tirai dibuka selapis demi selapis tirai yang berwarna warni itu, maka orang yang dalam sakaratul maut itu pun dapat melihat satu benda yang sangat besar, seolah olah lebih besar dari langit dan bumi.

Berkata Iblis: "Itulah dia Zat Allah yang patut kita sembah."

Berkata orang yang dalam sakaratul maut: "Wahai guruku, bukankah ini benda yang benar benar besar, tetapi benda ini mempunyai jihat enam, iaitu benda besar ini ada di kirinya dan kanannya, mempunyai atas dan bawahnya, mempunyai depan dan belakangnya. Sedangkan Zat Allah tidak menyerupai makhluk, sempurna Maha Suci Dia dari sebarang sifat kekurangan.
Tapi sekarang ini lain pula keadaannya dari yang di ketahui dahulu. Tapi sekarang yang patut aku sembah ialah benda yang besar ini."

Dalam keraguan itu maka Malaikat Maut pun datang dan terus mencabut nyawanya, maka matilah orang itu di dalam keadaan dikatakan kafir dan kekal di dalam neraka dan terhapuslah segala amalan baik selama hidupnya di dunia ini.

Rombongan 7
Rombongan Iblis yang ketujuh ini Iblis terdiri dari 72 barisan sebab menjadi 72 barisan ialah kerana dia menepati Iktikad Muhammad SAW bahawa umat Muhammad akan terbahagi kepada 73 puak (barisan). Satu puak sahaja yang benar (ahli sunnah waljamaah) 72 lagi masuk ke neraka kerana sesat.

Ketahuilah bahawa Iblis itu akan mengacau dan mengganggu anak Adam dengan 72 macam yang setiap satu berlain di dalam waktu manusia sakaratul maut. Oleh itu hendaklah kita mengajarkan kepada orang yang hampir meninggal dunia akan talkin Laa Ilaaha Illallah untuk menyelamatkan dirinya dari gangguan Iblis dan syaitan yang akan berusaha bersungguh-sungguh mengacau orang yang sedang dalam sakaratul maut.

Bersesuaian dengan sebuah hadith yang bermaksud: "Ajarkan oleh kamu (orang yang masih hidup) kepada orang yang hampir mati itu: Laa Ilaaha Illallah."

Monday, June 29, 2009

JEJAK TUHAN DALAM OTAK.


Tuhan ada di dalam langkah
Tuhan ada di dalam darah
Tuhan ada di dalam hati
Tuhan ada di mana-mana
Tuhan ada dan menyatu dalam diri


Kalimat-kalimat diatas itu bukan kata-kata daripada sebuah kitab suci, tetapi ia adalah daripada sebuah lagu pop jaz yang didendangkan pada akhir tahun 1980-an.

Di mana sahaja dan pada bila-bila masa, ramai manusia mencari tuhan.Mereka mencarinya di merata tempat, bukan sahaja di Masjid,gereja,kuil ataupun tokong.

Sebuah pasukan angkasawan Amerika dikatakan pernah mencari tuhan di bulan. Mereka datang dengan sebuah pesawat dengan tujuan mencari kehidupan baru dan sekaligus mencari tuhan. "apakah betul tuhan ada di atas sana?" tanya ketua angkasawan itu. tetapi apabila tiba di bulan,mereka kecewa.Tidak kelihatan satu perkara pun yang boleh menunjukkan pada mereka mengenai kewujudan tuhan.Tidak ada tanda-tanda yang menunjukkan tuhan itu berada di bulan.Apalagi mencari tuhan seperti keinginan Nabi Musa di Bukit Tursina.Mereka kecewa,lalu membuat kesimpulan yang tuhan itu tidak ada.salah seorang daripada mereka kemudiannya mendapat idea bagaimana caranya bertemu dengan tuhan."bukalah pakaian angkasawan kamu,tanggalkan tabung oksigen dan keluarlah daripada pesawat.Kerana tuhan hanya bertemu dengan manusia tanpa sebarang peralatan dari bumi!"Katanya.

Cadangan itu nampak begitu logik,lalu salah seorang daripada mereka memberanikan diri melakukannya.Dia keluar daripada pesawat tanpa tabung oksigen dan lima minit kemudian, dia mula tercungap-cungap menarik nafas.Dia mati di permukaan bulan,dan akhirnya angkasawan itu memang dapat 'bertemu' tuhan di alam baqa.


Pengalaman Nabi Musa di Bukit Tursina atau pun pengalaman Nabi Muhammad yang "bertemu muka" dengan tuhan ketika israk dan Mikraj menjadi pelajaran penting mengenai batasan manusia melihat tuhan.Namun kewujudan dan kehadiran tuhan adalah sesuatu yang sangat diyakini oleh kaum muslimin.

Salah satu cara ahli falsafah menjelaskan kaitan tuhan dengan manusia adalah melalui konsep emanasi (pancaran) atau pemancaran, tajjali atau teofani ,apabila Allah menampakkan DiriNya melalui tanda-tanda yang boleh dihayati.Jejak-jejak tuhan dalam diri manusia dapat dilihat dalam konsep tingkatan akal.


Akal itu sendiri merupakan daya terpenting yang dimiliki manusia.Selain daripada daya berfikir yang berpusat di kepala,manusia juga memiliki daya keberanian yang berpusat di dada dan daya nafsu yang berpusat di perut.

Sebuah hadis Qudsi menerangkan bagaimana Allah pertama sekali menciptakan akal. Selepas selesai menciptakan akal, Allah berkata kepada akal,"berpalinglah daripada ku",maka akal pun berpaling.lalu Allah berkata lagi,"berpalinglah pada ku",maka akal pun berpaling.Allah kemudian berkata "demi kebesaran dan keagungan ku,Aku belum pernah menciptakan makhluk yang lebih hebat daripada dirimu ataupun yang lebih patuh daripada dirimu.Melaluimu, Aku memulai dan melaluimu,Aku mengembalikan.Apa yang mendukung mu dapat memperoleh pahala dan apa yang melawan mu mendapat hukuman".

Alangkah indahnya penciptaan manusia yang dibekalkan dengan akal yang begitu sempurna.Namun, jarang di kalangan manusia yang merasakan keajaiban akal ini, kerana yang lebih disukai oleh manusia ialah nafsu yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan. Bagi manusia yang dikuasai nafsu, hidupnya bertambah jauh dari Allah, dan manusia sebegini akan terpancar padanya sikap buruk seperti tamak, tidak amanah,rasuah,dengki,prasangka dan banyak lagi.Manusia yang dikuasai akal akan lebih tenang hidupnya,harmoni jiwanya dan baik budi pekertinya.

(di petik dan disunting: Revolusi Iq.Eq.Sq-Taufik Pasiak)

Thursday, June 25, 2009

Kisah Kerbau, Kelawar dan Cacing



Suatu hari Allah SWT memerintahkan malaikat Jibri AS untuk pergi menemui salah satu makhluk-Nya yaitu kerbau dan menanyakan pada si kerbau apakah dia senang telah diciptakan Allah SWT sebagai seekor kerbau. Malaikat Jibril AS segera pergi menemui si Kerbau.Di siang yang panas itu si kerbau sedang berendam di sungai. Malaikat Jibril AS mendatanginya kemudian mulai bertanya kepada si kerbau,

"Hai kerbau apakah kamu senang telah dijadikan oleh Allah SWT sebagai seekor kerbau".

Si kerbau menjawab, "Masya Allah, alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan aku sebagai seekor kerbau, dari pada aku dijadikan-Nya sebagai seekor kelelawar yang ia mandi dengan kencingnya sendiri".

Mendengar jawaban itu Malaikat Jibril AS segera pergi menemui seekor kelelawar.Malaikat Jibril AS mendatanginya seekor kelelawar yang siang itu sedang tidur bergantungan di dalam sebuah gua. Kemudian mulai bertanya kepada si kelelawar,

"hai kelelawar apakah kamu senang telah dijadikan oleh Allah SWT sebagai seekor kelelawar".

"Masya Allah, alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan aku sebagai seekor kelelawar dari pada aku dijadikan-Nya seekor cacing. Tubuhnya kecil, tinggal di dalam tanah, berjalannya saja menggunakan perutnya", jawab si kelelawar.

Mendengar jawaban itu pun Malaikat Jibril AS segera pergi menemui seekor cacing yang sedang merayap di atas tanah.Malaikat Jibril AS bertanya kepada si cacing,

"Wahai cacing kecil apakah kamu senang telah dijadikan Allah SWT sebagai seekor cacing".

Si cacing menjawab, " Masya Allah, alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan aku sebagai seekor cacing, dari pada dijadikaan-Nya aku sebagai seorang manusia. Apabila mereka tidak memiliki iman yang sempurna dan tidak beramal soleh ketika mereka mati mereka akan disiksa selama-lamanya".