Showing posts with label politik. Show all posts
Showing posts with label politik. Show all posts

Wednesday, February 24, 2010

KONFLIK NAJIB-MUHYIDDIN SATU PEMBOHONGAN


LKS mula memporak prandakan hubungan antara PM dengan TPM ,dengan membuat kenyataan terbuka supaya Muhyiddin membuat kenyataan sama ada menyokong gagasan 1Malaysia ataupun tidak. LKS memberi gambaran bahawa N-M sedang bermasa muka. Ini membuatkan negara berada dalam keadaan yang tidak stabil.

M dikatakan tidak sabar-sabar untuk menjadi PM. Benarkah atau itu pernah berlaku kepada DSAI ketika beliau TPM di zaman Tun Mahathir..?

Nampaknya PR ketandusan isu sehingga mewujudkan situasi sensasi kedua pemimpin ini...Masih awal M untuk ke jawatan PM. Lagipun M bukan seperti DSAI.

Saturday, February 20, 2010

KALAU RAKYAT KESUSAHAN, RAKYAT KENA MENCARI UMNO


Datuk seri Najib ketika merasmikan konvensyen Wanita kelmarin, tidak putus-putus menegur dan memberikan amanat perubahan kepada ahli Umno terutama Wanita dalam memastikan perubahan untuk menjadi juara rakyat akan dapat direalisasikan.

Datuk Najib mengingatkan seluruh ahli UMNO supaya menjadikan parti itu sebagai satu wadah penyelesaian masalah rakyat. Rakyat tidak harus mencarai pembangkang ketika menghadapi kerumitan hidup sebaliknya menjadikan UMNO sebagai pilihan nombor satu untuk mengadu dan menyelesaikan permasalahan rakyat.

Peringatan ini sekallagi membuktikan bahawa Datuk Seri Najib benar-benar ingin melihat UMNO dan BN kembali menjadi parti terkuat dalam PRU 13 akan datang. Khabarnya, BN juga akan mengadakan KOnvesyen dalam beberapa hari mendatang ini.

Monday, January 4, 2010

HIKMAH DISEBALIK PENGGUNAAN KALIMAH "ALLAH"


Mungkin ada sudah yang terfikir dikalangan kita bahawa apabila isu penggunaan Kalimah "ALLAH" menjadi isu keagamaan beberapa hari lepas, sudah ada tanda-tanda 'penyatuan' umat Islam di negara ini berlaku. Mempertahankan kesucian agama Islam sekaligus membawa kepada mempertahankan hak beragama dan hak orang Melayu di negara ini. Yang uniknya ialah apabila keseluruhan umat Islam tanpa mengira pertubuhan atau parti politik turut mengeluarkan kenyataan yang sama. Meminta supaya Majlis Raja-Raja Melayu turut campurtangan dalam menangani permasalahan ini.

PAS dan UMNO nampak ada keserasian, biarpun PKR awal-awal lagi mengeluarkan kenyataan media berkenaan hal ini dengan satu persepsi yang berlainan. Apakah isu Kalimah Allah ini akan menyatukan kehendak dan perjuangan parti UMNO Dan PAS dalam soal mendaulatkan kesucian agam Islam di negara ini..? Atau hikmah tersembunyi dari peristiwa ini ialah mengingatkan kedua-dua parti politik orang melayu ini bahawa melalui ISLAM sahajalah mereka boleh bersatu dengan mengenapikan isu-isu kebangsaan terutama isu kerajaan perpaduan yang pernah berbangkit dulu. Pandang dan dengarlah gerak hati yang paling dalam..kerana Umat Melayu dan Islam di seluruh Dunia sekarang sedang mengalami penurunan penghormatan dari umat manusia lainya.

Tuesday, October 6, 2009

MALAYSIA MALAP KALAU PEMBANGKANG MEMERINTAH


Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata keadaan negara akan menjadi malap dan buruk sekiranya pentadbiran kerajaan berpindah daripada Barisan Nasional kepada pembangkang kerana kebanyakan pemimpin pembangkang sanggup menukar pendirian semata-mata untuk mendapat populariti dan sokongan rakyat.

Katanya ada juga dalam kalangan mereka sanggup menghalalkan sesuatu yang dulunya mereka anggap haram semata-mata untuk memuaskan hati musuh yang kini menjadi rakan dalam pakatan pembangkang.

“Dulu Pas kata kerjasama dengan bukan Islam akan jadi kafir, sekarang bukan sahaja mereka bekerjasama dengan bukan Islam, tapi dia kata ternak babi pun tak apa, tapi orang Islam tak boleh makan babi.

“Dia (Pas) ambil tafsiran dalam Al-Quran kata (orang Islam) tak boleh makan babi, dia tak kata tak boleh ternak (babi). Kalau dah ambil tafsiran macam tu, maknanya kita boleh ternak, kita boleh jual babi, kita boleh masak babi, tapi jangan makan, pasal nak setuju jugak dengan orang ini, kita sanggup tukar pendirian kita sama sekali,” katanya kepada pemberita di sinikelmarin.

Beliau sebelum itu menyampaikan wacana bertajuk “Dari Minda Tun, Ketuanan Melayu” di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Terengganu di sini kelmarin. Turut hadir Naib Canselor UiTM, Tan Sri Prof Dr Ibrahim Abu Shah.

Dr Mahathir berkata Malaysia tidak mampu mempunyai pemimpin yang tidak berpendirian dan hanya mencari populariti diri. “Kalau orang macam ini jadi pemimpin, susahlah,” katanya.

Mengulas masa depan politik Umno selepas ini, beliau berkata parti itu masih relevan namun pemimpin dan anggota termasuk dari akar umbinya perlu bijak dan berani dalam bertindak.

“Kalau pemimpin buat sesuatu yang tak baik, mereka perlu suarakan… Saya sangat menyambut baik pelantikan Senator Datuk Seri Idris Jala sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri. Sepatutnya ada lebih ramai dilantik dari luar parti berbanding dari dalam parti untuk pegang jawatan,” katanya.

Berhubung kemelut yang kini melanda Umno Terengganu, beliau berkata pimpinan tertinggi parti perlu menyelesaikan rasa tidak puas hati yang ditimbulkan pihak-pihak terlibat bagi mengelak wujudnya puak-puak berbeza dalam Umno di negeri itu.

Dalam ucapannya pula, Dr Mahathir menyeru pelajar Bumiputera untuk lebih berani bersaing dengan kaum lain, termasuk memilih untuk belajar di institusi pengajian tinggi swasta yang tidak didominasi oleh Bumiputera seperti UiTM.

Saturday, September 26, 2009

CALON BAGAN PINANG PERLU BERSIH


Ketajaman firasat politik mantan PM, Tun Mahathir Mohammad perlu diakui oleh UMNO, kerana di samping pengalaman yang luas, negarawan ini juga mempunyai pandangan ke depan dengan menjadikan kepentingan parti mengatasi kepentingan individu dan kelompok tertentu. Terbaru apabila berita tersebar bahawa Bahagian Teluk Kemang hanya mencalonkan ketua bahagiannya Tan Sri Isa Samad sebagai calon tunggal dalam PRK Bagan Pinang, Tun Mahathir memperjelaskan betapa perlunya UMNO menonjolkan watak pemimpin yang lebih bersih dan bebas dari tuduhan politik wang. Dengan memberikan contoh apa yang berlaku di Permatang Pasir, Tun Mahathir mengajak ahli UMNO berfikir secara matang dengan mengambil kira kepentingan parti UMNO. Perkara itu dinyatakan oleh Tun Mahathir melalui blog beliau.

Sebaliknya kata Tun Mahathir, Tan Sri Isa Samad perlu memberikan peluang kepada calon baru yang lebih bersih dan memberikan bantuan kepada calon itu. Perkara itu dianggap lebih bermaruah daripada bersetuju menjadi calon UMNO dalam PRK tersebut.

"Jika saya (Tan Sri) Isa, saya akan menggesa parti supaya jangan mencalonkan saya. Kemudian saya akan bekerja keras berkempen untuk calon lain yang dipilih. Dengan itu, ia akan melonjakkan reputasinya."Tetapi di Malaysia, budaya seumpama itu tidak wujud," kata Dr Mahathir kepada pemberita ketika ditemui di majlis hari terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri di kediamannya di Seri Kembangan.Mengenai tindakan akar umbi Umno di situ yang tetap berkeras mahu Isa bertanding, Dr Mahathir berkata, mereka tidak mengambil kira kepentingan parti secara keseluruhannya.

Sebaliknya, kata beliau, mereka berpandangan singkat dan hanya melihat kepentingannya dan kepentingan bahagian sahaja.

"Jika parti meletakkan calon yang tidak bersih, maka keseluruhan parti akan dikutuk," katanya.

Dr Mahathir berkata, walaupun penting bagi Umno menang di Bagan Pinang, tetapi calon yang tercemar akan memalukan parti dan kerajaan BN.
(
diubahsuai dari malaysiakini)



Monday, September 14, 2009

MAKAN SUAP : TUN MAHATHIR


Setelah Tun Mahathir, dikatakan 'mencampuri' urusan MIC, dengan membuat beberapa kenyataan tentang pemilihan pemimpin parti terbesar India itu, Presiden Parti MIC, datuk Samy vellu menunjukkan ketidak senangan hatinya atas kenyataan Tun Mahathir itu. Para perwakilan MIC dikatakan mula tidak merasa senang. Media massa melaporkan bahawa ada perwakilan MIC yang mencerca Tun Mahathir ketika berucap dalam perhimpunan itu. Tun Mahathir dalam blognya Che Det..merakamkan pendapatnya mengenai perkembangan politik itu.

MAKAN SUAP.

1. Ada orang politik yang berpendapat jika dapat jadi Presiden parti maka kemenangan mereka dalam pilihanraya terjamin.

2. Justeru itu mereka ini berusaha untuk menentukan kemenangan mereka melalui penyingkiran ahli yang tidak menyokong mereka, mengguna wang untuk membeli sokongan atau mengguna apa-apa kuasa yang ada pada mereka untuk menyogok, menjanji sesuatu kepada yang akan menyokong atau mengugut.

3. Hasilnya mereka menang dalam parti. Tetapi rakyat memerhati segala tindak-tanduk pemimpin dan ahli seperti ini. Apabila rakyat lihat perjuangan parti bukan lagi untuk rakyat; apabila mereka lihat rasuah dan ugutan yang menentukan kepimpinan, maka kepercayaan kepada parti dan pemimpinnya akan terhakis dan mungkin hilang lenyap.

4. Rakyat tidak dapat membuat apa-apa, terutama apabila mulut rakyat tertutup. Demikian juga ahli parti. Tetapi apabila Pilihanraya Umum diadakan maka rakyat sebagai pengundi akan nyatakan kekecewaan mereka.

5. Inilah yang telah berlaku pada Pilihanraya Umum ke 12, 2008.

6. Apakah kekecewaan rakyat disedari oleh pemimpin dan parti-parti politik. Hingga kini tidak ternampak yang parti dan pemimpin sudah betul-betul sedar.

7. Yang merebut jawatan masih merebut dengan penggunaan cara-cara lama. Pembersihan parti tidak juga dilakukan. Pengamal politik wang masih diterima dan diberi tempat.

8. Ahli-ahli biasa parti tidak memprotes sikap lama diteruskan. Bahkan ramai juga ahli yang berpendapat apa salahnya menabur wang. Mereka juga akan dapat sedikit habuan.

9. Apabila ramai rakyat sebagai pengundi sudah benci kepada parti kerana amalan rasuah dan bodoh-sombong, janji pembangunan dan menabur wang tidak akan berkesan lagi. Ingatlah apabila kelebihan undi sedikit sahaja, kehilangan sokongan daripada sebilangan yang kecil rakyat pun boleh sebabkan kekalahan.


Sunday, September 13, 2009

PENGUNDI MENYAMPAH KEPADA BN, BUKAN SAYA : SAMY VELLU


Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu berkata masyarakat tidak mengundi BN kerana mereka menyampah dengan gabungan tersebut, dan bukan menyampah dengan beliau.

Sebaliknya, ahli politik berusia 73 tahun itu berkata beliau dijadikan kambing hitam ekoran kekalahan teruk MIC dalam pilihanraya umum lalu.

"Ketika masa saya (menteri dan ahli parlimen), mereka kata rakyat menyampah dengan saya (dan) itulah sebabnya masyarakat India tidak mengundi BN.

"Mereka bukan menyampah dengan saya. Mereka menyampah dengan BN," katanya yang gagal mempertahankan kubu kuatnya di parlimen Sungai Siput dalam pilihanraya Umum Mac tahun lalu.

MIC kalah enam daripada sembilan kerusi Parlimen yang ditandinginya serta tewas 12 daripada 19 kerusi DUN - Malaysiakini

Tuesday, September 8, 2009

RUNDINGAN PAS-UMNO : RETORIK POLITIK


Terlalu lama agaknya kita dibuai pelbagai rencah politik PAS dan UMNO. Isu perpaduan, isu kerjasama, Isu kerajaan Perpaduan..dan terkini isu rundingan perpaduan Islam dan Ummah. Semuanya adalah “retorik politik” yang tidak berasas dan sengaja ditimbulkan untuk mensensasikan isu kononnya dua buah parti Melayu ini bercita-cita untuk bersatu.Walhal..semuanya adalah rentorika semata-mata. Rakyat nyata sudah berbulu telinga mendengar itu semua. PAS dan UMNO ada kepentingan sendiri dan kepentingan itu menjadi pertaruhan terpenting dalam memikirkan perpaduan ummah di Negara ini.



Rasanya UMNO perlu mencari cara dan pendekatan lain kalau benar-benar mahukan perpaduan Ummah Melayu di Negara ini. Antara yang boleh difikirkan ialah “membawa” masuk Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) kembali ke dalam UMNO. Perkara ini bukan tidak pernah dilakukan sebelum ini. TUN MAHATHIR sendiripun pernah dipecat dari UMNO..tetapi ada usaha membawa kembali “CHE DET” ini ke dalam UMNO. Dan akhirnya Berjaya. kemudian berpeluang menjadi presiden UMNO. Begitu juga Tengku Razaliegh (KULI)..pernah keluar dari UMNO dan menubuhkan Semangat 46..usaha membawa KULI dalam UMNO akhirnya Berjaya dengan pembubaran Semangat 46..dan ahlinya termasuk Datuk Rais Yatim..kembali kepangkuan UMNO. Begitulah antara adegan politik yang pernah berlaku dalam UMNO.



Kenapa DSAI pula tidak di bawa masuk ke dalam UMNO..? sedangkan para pengikut DSAI masih bertempiaran dalam parti terbesar melayu itu..? Kalau PAS sudah menutup pintu rundingan..maka usahakan pula DSAI kembali ke dalam UMNO, mana tahu, dengan cara itu, PAS akan membuka pintunya setelah sendirian dalam PR bersama DAP. Mungkin kemasukan DSAI ke dalam UMNO akan menyaksikan pembubaran PKR..dan umat Melayu akan lebih kuat dari segi perpaduannya. Kerana biarpun PKR dilihat caca marba tetapi teras kepimpinannya adalah orang Melayu…Ketepikan dulu PAS..beri tumpuan pada PKR…dan gerakan membawa masuk DSAI itu perlu berterusan, supaya isu perpaduan melayu bukan lagi satu retorik politik.

Friday, September 4, 2009

PILIHANRAYA KECIL BAGAN PINANG, NEGERI SEMBILAN.


ADUN BN bagi Bagan Pinang, Negri Sembilan, Azman Mohd Noor meninggal dunia di Seremban hari ini. Beliau meninggal dunia kerana serangan sakit jantung pada jam 2.30 petang tadi di Pusat Pakar Seremban. Dalam pilihanraya umum lalu, Azman, 55, menang dengan mendapat 6,430 undi, menewaskan calon PAS, Ramli Ismail.

Dalam pilihanraya umum lalu, DUN Bagan Pinang mempunyai 14,192 pengundi yang 66 peratus Melayu, Cina (10.5%), India (19.9%) dan lain-lain (3.5%).

Ekoran itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan pilihanraya kecil dalam tempoh 60 hari ini. Ia merupakan pilihanraya kecil kesembilan selepas pilihanraya umum tahun lalu.

Bagan Pinang merupakan kawasan DUN dalam Parlimen Telok Kemang. Empat lagi DUN dalam parlimen tersebut ialah Chuah, Lukut, Linggi dan Port Dickson.

Dalam pilihanraya umum lalu, Parlimen Telok Kemang dimenangi oleh calon PKR, Datuk Kamarul Baharin Abbas. Manakala DUN Chuah pula dimenangi oleh PKR, Lukut (DAP), Linggi (BN) dan Port Dickson (PKR). (MALAYSIAKINI)

Thursday, August 27, 2009

ANWAR IBRAHIM + CHUA SOI LEK = SAMA TAPI TAK SERUPA



Apabila disebut tentang perubahan dalam parti selalunya harapan orang yang bercakap dan mendengar ialah akan ada perubahan paradigma, perubahan sikap, perubahan secara fikizal atau perubahan kepada penstrukturan semula parti dan sebagainya. Najib sebagai Presiden UMNO pernah bercakap tentang perubahan atau berani berubah, jika tidak, pilih antara berubah atau rebah. Kadang-kadang ianya hanya retorik dan sebagai ulam dan perasa kepada sesuatu ucapan yang berseni dan berkobar-kobar tetapi dari segi tindakan hanyalah seperti tin kosong.

Dari segi memulakan perubahan ini, MCA nampaknya telah mendahului UMNO dalam tindakan. Dengan mengenepikan faktor persaingan politik dalam parti serta konspirasi, MCA telah mengambil langkah yang tepat dengan menyingkirkan Timbalan Presidennya Chua Soi Lek dari parti kerana pendedahan skandal seksnya telah merosakkan imej parti.

Ceritanya hampir-hampir sama ketika Tun Mahathir memecat Anwar Ibrahim daripada Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada 1998. Nasib baik tidak ada DVD atau VCD yang merakamkan salah laku seks oleh Anwar Ibrahim terhadap Azizan, Sukma dan Dr Munawer ,jika tidak DVD dan VCD sudah lama tersebar sepertimana tersebarnya DVD/VCD Chua disekitar Muar dan Batu Pahat pada tahun 2007 dahulu. Cuma yang tersebar adalah buku '50 dalil mengapa Anwar tidak boleh jadi PM'.

Apakah alasan Tun ketika memecat Anwar? Seingat saya kesalahan moral Anwar sebagai seorang peliwat tidak melayakkan Anwar untuk menjadi Perdana Menteri yang juga ketua kerajaan bagi sebuah negara seperti Malaysia. Apakah ketika itu semua menteri, rakyat dan pembesar negara menerimanya? Tidak sama sekali dan bermula saat itu Tun melalui zaman sukar dalam sejarah kariernya sebagai PM walaupun sebelum itu beliau telah melalui pelbagai krisis dalam UMNO. Bermula lah istilah 'reformasi' yang menjadi kegilaan sebahagian rakyat untuk berhimpun dan berpesta pada setiap hari Sabtu di Jalan Tunku Abdul Rahman Kuala Lumpur.

Apakah andaian media, penulis politik, sebahagian rakyat dan ahli-ahli politik pada masa itu? Antara andaian yang popular adalah antaranya, Anwar akan menentang Tun sebagai Presiden UMNO dalam pemilihan Perhimpunan Agung tahun 1999. Disebabkan takut akan sokongan Anwar di segenap bahagian UMNO seluruh negara, maka dikatakan Tun berasa gentar dan mengambil keputusan mencantas Anwar lebih awal supaya kedudukannya sebagai Presiden UMNO pada tahun 1999 akan selamat. Maka ketika itu muncul lagi istilah yang popular iaitu 'konspirasi' politik yang dilakukan oleh Tun terhadap Anwar.

Tidak samakah yang dilakukan oleh Ong Tee Keat terhadap Chua Soi Lek pada hari ini? Memang ramai akan membuat andaian bahawa Chua adalah seteru paling rapat bagi Ong, maka Chua mesti di 'checkmate' dengan segera. Tidak kurang juga akan marah kerana Chua dipilih oleh perwakilan sebagai Timbalan Presiden MCA, apa bezanya Anwar yang juga dipilih oleh perwakilan semasa menjadi Timbalan Presiden UMNO? Apa salahnya Ong dan Tun Mahathir ketika memecat Chua dan Anwar?

Setidak-tidaknya MCA sudah mengambil langkah pembersihan lebih awal.Tindakan itu sekali gus menafikan anggapan ramai bahawa orang Cina boleh menerima kehidupan yang tidak bermoral, seperti yang dilakukan oleh Chua Soi Lek. Malah sudah menjadi suatu keharusan bagi setiap lelaki Cina sedangkan pada hakikatnya wanita Cina pada keseluruhannya tetap tidak dapat menerima perbuatan suami mereka menyimpan perempuan lain atau 'bini kecik' dan sebagainya. Selain itu keputusan MCA in menunjukan bahawa Presidennya Ong Tee Kiat berhasrat untuk memutihkan parti tidak sahaja dari segi rasuah politik tetapi juga moral kepimpinan untuk menjadikan MCA sebuah parti yang cekap , bersih dan amanah. Salahkah? Kata suruh buat perubahan?

Tindakan MCA ini juga akan membezakan MCA dari parti DAP yang telah menginjak-injak nilai-nilai moral yang menjadi asas utamanya demi untuk kepentingan mencapai matlamat politik. Orang ramai telah mengetahui tidak lama dahulu DAP telah mengekalkan kedudukan seorang ADUN nya di Selangor yang bersekedudukan dengan seorang lelaki Melayu yang gambar bogelnya tersebar luas. DAP telah melencong jauh dari keperibadian parti PAP yang melahirkannya yang mengutamakan kebersihan moral dari keseronokan hidup, ketamakkan dan hak kebebasan diri.

Pemimpin DAP sekarang mempertahankan rasuah dan penyelewengan ahlinya dari landasan yang benar. Pemimpin besar nya Lim Kit Siang asyik menuding jari kepada kekotoran parti lain tanpa melihat rumahnya sendiri penuh dengan sampah sarap.(maharajablogger)

Seperti yang dijangka, penyokong-penyokong Chua akan bertindak balas. Hari ini mereka telah memulakan kempen peringkat nasional untuk mendapatkan persetujuan perwakilan mengadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) dalam tempoh dua minggu lagi, untuk melucutkan jawatan Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat. Cara ini mungkin menyamai tindakan kroni-kroni Anwar mengerakkan demontrasi reformasi saban minggu di Kuala Lumpur untuk mendesak dan menekan Tun Mahathir meletakkan jawatan.

Setiap tindakan pasti ada risikonya. Ada kos melepas yang perlu dibayar. Ada yang berkorban dan terkorban. Bukankah slogan berani berubah sentiasa berkumandang selepas pilihanraya ke 12 lalu bukan sahaja kepada UMNO malah parti-parti komponan BN yang lain. Lebih-lebih lagi MCA yang kalah teruk dan banyak kehilangan kerusi kepada DAP dan PKR. Kalau dengan membersihkan dalang-dalang dan musuh-musuh dalam selimut ini boleh memacu MCA semula dan menjadi rakan politik yang tidak membawa beban kepada UMNO, apa salahnya?

Cuma sekarang ini, bila pulakah UMNO yang hendak melakukan perubahan setidak-tidaknya menstrukturkan semula parti dan membersihkan parti daripada pemimpin-pemimpin yang sudah dicopkan perasuah tetapi masih bebas di dalam parti? MCA sudah membuka jalan, UMNO perlu berani mengorbankan pemimpin-pemimpin yang sudah tidak disukai rakyat. Inilah yang dikatakan 'berani berubah'

segalanyamungkin.blogspot.

Wednesday, August 26, 2009

ONG TEE KIAT- CHUA SOI LEK : MUSUH DI LUAR SELIMUT


“pergeseran politik antara Presiden MCA, Datuk Ong Tee Kiat dengan timbalannya ,datuk Chua Soi Lek, bukan lagi ‘rahsia’,malahan digambarkan sebagai “musuh di luar selimut” , tidak berselindung lagi. Ketidaksepakatan mereka akhirnya menemui jalan penyelesaian apabila Majlis Presiden MCA bersetuju menerima cadangan Jawatankuasa Displin parti untuk memecat Datu Chua Soi Lek daripada jawatan parti berkuat serta merta atas alasan moral terlibat dalam skandal VCD lucahnya sebelum ini. Menurut Datuk Ong Tee Kiat skandal seks itu menjatuhkan reputasi dan imej parti MCA.


Pemecatan Datuk Chua ini bukan sahaja dikatakan menimbulkan banyak spekulasi politik dalaman MCA, malahan turut menimbulkan tanda tanya ke mana arah politik Datuk Chua selepas ini..? Ada yanhg meramalkan kemungkinan Mantan Timbalan Presiden itu akan menyertai pihak pembangkang, seperti yang dilakukan oleh Datuk Chua Jui meng yang menyertai PKR..? Ada juga yang meramalkan, bahawa Datuk Chua akan terus kekal sebagai ahli MCA, kerana beliau dikatakan sebagai seorang ahli MCA yang tegar...dan menunggu masa yang sesuai untuk mencabar Presiden MCA..


Apapun ternyata krisis terbaru ini melontarkan MCA ke dalam lembah perpecahan yang dalam dan sukar dirawat. Keputusan presiden dipersoalkan kerana ia bersangkutan dengan rasa ketakutan, Datuk Chua akan mencabar jawatannya..Selain di katakan Datuk Chua punya pengikut ramai dalam MCA. Jika dilihat dari sudut yang lebih besar, BN ternyata makin parah dengan pelbagai krisis dalaman yang ditimbulkan oleh parti-parti komponen yang bernaung di bawah logonya..semakin berkecamuk parti perikatan terbesar ini.. Belum lagi MIC yang juga ‘menimbulkan’ permasalahan di peringkat parti..GERAKAN..macam mana pula..? PPP sudah pun mengakhiri krisisnya dengan pemecatan Datuk T. Murugiah dari parti...Keputusan Majlis Presiden MCA, memecat Datuk Chua Soi Lek, mungkin lebih tepat dengan lagu “ HAI-HAI, BYE-BYE’...