para pemain dan penyokong Manchester United kelihatan gembira dengan kemenangan itu
Seperti satu perlawanan bola sepak antarabangsa antara MU dengan Arsenal, akhirnya perlawanan itu menyaksikan satu persaingan sengit antara dua buah pasukan. ARSENAL dengan logo kelab berwarna biru, dan MU pula menggunakan logo hijau dengan bulan purnama di tengah-tengahnya. Gelanggang Perlawanan itu dipersetujui diadakan di sebuah stadium rakyat di PERMATANG PASIR. Perlawanan yang berlangsung sehari suntuk kelmarin itu, akhirnya diumumkan keputusannya semalam oleh Jawatankuasa Pengadil Perlawanan SPR, di mana MU ( PAS) membelasah ARSENAL (BN) dengan jaringan gol yang bertubi-tubi iaitu 9618 berbalas 5067 dengan menyaksikan perbezaan kemenangan sekitar 4551. Penonton yang hadir hanya seramai 14831 atau 73.1% daripada 20290 seperti apa yang tercatat dalam bilangan tiket perlawanan yang dibenarkan.
Sebelum perlawanan diadakan, pihak penganjur telah membenarkan agar satu road show diadakan untuk mendekati para peminat masing-masing. ARSENAL (BN) telah berhempas pulas untuk menambahkan bilangan penyokong mereka dengan menawarkan ganjaran pembangunan yang akan dilaksanakan apabila menang dalam perlawanan itu. Selain itu janji-janji manis juga ditabur, PERMATANG PASIR, bakal menjadi "anak emas" Kelab terkemuka itu apabila kemenangan memihak kepada mereka. Peruntukan yang cukup dan sokongan daripada pelbagai kelab yang bernanung di bawaha ARSENAL (BN), memungkinkan kelab ini meraih sokongan diluar jangkaan. Namun beberapa masalah dalaman kelab ini telah dapat di hidu oleh MU (PAS) sehingga memaksa kelab ini "bertahan' daripada serangan pemain-pemain MU yang agresif dan pantas itu.
DI Pihak MU ( PAS), mereka terpaksa mempertahankan kemenangan lama yang mereka sandang memaksa kelab berprestej ini menggunakan isu peribadi dengan menggambarkan bahawa kelab ARSENAL (BN) bergelumang dengan politik wang dan masalah peribadi pemain yang dikatakan suka berfoya-foya dengan gadis melayu terakhir, selain dikatakan terlibat dalam penyalahgunaan aset atau dana kelab berkenaan. Persoalan demi persoalan bagaimana pemain boleh membantu penyokongnya sedangkan pemain sendiri gagal membantu diri dan keluarganya. Akhirnya penyokong atas pagar terpesona dan terpedaya, dengan bertindak meninggalkan kelab Arsenal dan menyokong Kelab MU, seterusnya menyaksikan, pemain ARSENAL kecundang sebelum perlawanan sebenar berlangsung. Namun demi maruah dan kewajipan, perlawanan sengit itu diteruskan. Dan akibatnya sangat parah apabila perbezaan gol mencatat 4551 dan menyaksikan kelab ARSENAL kecundang di tangan MU.Biarpun kemenangan 'bergaya' ini penting bagi MU, namun kemenangan ini ternyata tidak 'semanis'kemenangan sebelumnya. MU juga perlu berfikir selepas ini, apakah kesilapan strategi mereka. SATU LAGI PERLAWANAN BOLA POLITIK BERAKHIR !!..
4 comments:
Menarik sekali catatan ini.saya suka.Salam Ramadhan.
Salam sdr depu-depu..
Bila Bola sepak piala Dunia berlangsung ah..?
salam ramadhan sdr naddin..
thanks kerana berkunjung.
Salam kembali sdri KM..
Dalam piala dunia tiada MU dan Arsenal....
Post a Comment