Sunday, August 9, 2009

ANWAR PENGKHIANAT BANGSA


UMNO Bahagian Johor Bahru yang bersidang semalam sebulat suara melabelkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ‘pengkhianat bangsa.’

Suasana mesyuarat bertukar dramatik apabila perwakilan mula bangun satu persatu sambil mengangkat tangan dan melaungkan ‘Anwar pengkhianat bangsa!

Pemuda UMNO Bahagian Balik Pulau mengemukakan Memorandum Menentang Pengkhianat Melayu yang ditandatangani lebih 160 ahlinya sebagai sokongan kepada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pemuda UMNO Pahang berikrar akan menyokong Muhyiddin dengan kira-kira 38,000 ahli dari seluruh negeri sanggup menjadi saksi bahawa kenyataan Muhyiddin itu adalah benar.

Pemuda UMNO Bahagian Kota Tinggi minta Muhyiddin jangan tunduk kepada tekanan Anwar.

KUALA LUMPUR 9 Ogos – UMNO Bahagian Johor Bahru yang bersidang hari ini sebulat suara melabelkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ‘pengkhianat bangsa.’

Ketetapan berkenaan disuarakan Ketua UMNO bahagian itu, Datuk Shahrir Abdul Samad sambil disambut dengan tepukan gemuruh oleh 398 perwakilan pada Persidangan Perwakilan UMNO bahagian di sini.

Suasana mesyuarat bertukar dramatik apabila perwakilan mula bangun satu persatu sambil mengangkat tangan dan melaungkan Anwar pengkhianat bangsa sebaik sahaja isu itu dibangkitkan oleh Shahrir dalam ucapan alu-aluannya.

Shahrir kemudian meminta kesemua mereka bangun lalu melaungkan kata-kata ‘Anwar pengkhianat bangsa!’ secara serentak dengan penuh bersemangat.

“Mari kita bangun dan melaungkan Anwar pengkhianat bangsa supaya Anwar boleh sama-sama ambil tindakan undang-undang kepada kita.

“Biar Anwar Ibrahim saman kita semua kerana kita pun sanggup untuk menentang dia,” katanya semasa menyampaikan ucapan berkenaan di Hotel New York di sini hari ini.

Sementara itu Perwakilan Pemuda UMNO yang bersidang hari ini sebulat suara bersetuju agar Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak mengemukakan sebarang permohonan maaf kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mereka juga berjanji akan berdiri teguh di belakang Muhyiddin dalam menghadapi apa juga tindakan yang bakal diambil oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu yang disifatkan sebagai pengkhianat besar perjuangan orang Melayu.

Di Hulu Selangor, Pergerakan Pemuda UMNO bahagiannya menyatakan sokongan padu terhadap tindakan Timbalan Perdana Menteri dengan mengemukakan memorandum.

Ia diserahkan oleh Ketua Pemuda UMNO bahagiannya, Mahmud Karim kepada Setiausaha Politik Timbalan Perdana Menteri yang juga Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Syahrin Md. Jamaludin pada Persidangan Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Hulu Selangor 2009 di Dewan Komuniti Serendah di sini.

Sokongan daripada Perwakilan UMNO Bahagian ini tercetus berikutan ketegasan Timbalan Presiden UMNO itu yang tidak akan memohon maaf atau menarik balik kenyataannya ke atas Anwar walaupun pemimpin pembangkang itu bakal mengambil tindakan saman RM100 juta ke atasnya dan Utusan Malaysia.

Ini berikutan tindakan Ketua UMNO Bahagian Pagoh itu menggelar Anwar sebagai pengkhianat perjuangan orang Melayu ketika merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Sri Gading, Ahad lalu.

Mengulas mengenai memorandum itu, Mahmud berkata, Anwar selayaknya digelar pengkhianat kepada kaum Melayu kerana tindakannya yang terbukti bersifat talam bermuka-muka demi mencapai kepentingan politiknya.

“Kami menyeru supaya Timbalan Perdana Menteri jangan sesekali memohon maaf kepada Anwar secara terbuka mahupun tertutup dan mendesak saman yang difailkan ditarik balik,” kata beliau.

Di Pulau Pinang, Pemuda UMNO Bahagian Balik Pulau mengemukakan Memorandum Menentang Pengkhianat Melayu yang ditandatangani lebih 160 ahlinya kepada Muhyiddin.

Memorandum itu diserahkan oleh Ketuanya, Aziaan Ariffin melalui Ketua UMNO Bahagian Balik Pulau, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya pada Persidangan Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO bahagian itu di sini.

“Kami menyeru dan merayu kepada Muhyiddin supaya tidak sesekali memohon maaf kepada Anwar secara terbuka mahupun tertutup dan pada masa sama mendesak saman yang difailkan ditarik balik,” katanya.

Beliau menjelaskan, pemimpin seperti Anwar ingin menghancurkan negara ini kerana kerakusan kuasa serta sanggup memperguna anak muda hanya kerana dendam politiknya pada UMNO.

Di Kuantan, Pergerakan Pemuda UMNO Pahang berikrar akan menyokong Muhyiddin berhubung kenyataannya terhadap Anwar yang dianggap pengkhianat Melayu.

Ketuanya, Abu Jimi Samat berkata, kira-kira 38,000 ahli dari seluruh negeri ini sanggup menjadi saksi bahawa kenyataan Muhyiddin itu adalah benar.

“Pemuda sanggup menjadi saksi bahawa Anwar adalah pengkhianat orang Melayu kerana beliau merupakan individu yang bertanggungjawab menganjurkan reformasi dan demonstrasi.

“Timbalan Presiden UMNO itu tidak perlu memohon maaf sama ada secara tertutup atau terbuka kepada Anwar,” katanya kepada pemberita selepas menerima tandatangan daripada Pemuda UMNO Paya Besar berhubung memorandum berkenaan.

Di Kota Tinggi, Pemuda UMNO bahagian itu menyerahkan memorandum menyokong Muhyiddin berhubung kenyataannya terhadap Anwar.

Ketua Pemuda UMNO bahagian itu, Roszaini Jahari berkata, memorandum itu antara lain meminta agar Muhyiddin tidak tunduk kepada tekanan Anwar.

“Justeru kami Pemuda UMNO Bahagian Kota Tinggi sepakat menyokong Timbalan Presiden UMNO dan bersedia berjuang menentang pengkhianat bangsa demi agama bangsa dan negara,” katanya semasa mengadakan demonstrasi secara aman di Dewan Sekolah Menengah Teknik, Kota Tinggi.


sumber; utusan malaysia

5 comments:

kelapa mawar said...

salam sdr depu-depu...

kalau dah pengkhianat tu...tangkap jak lah...

Unknown said...

salam ziarah guru...

Sekejap lagi lingkup lah si najib kepala botak tu....Sekarang nie muhyidin tanduk tiga nie dah mula tunjuk power...ramai sokong...pasti najib jadi kecut....ntah-ntah anwar jd PM pulak...haha...politik katakan...

DEPU-DEPU said...

salam kembali KM..

Baru nak labelkan DSAI sebagai pengkhianat..kita tgk drama seterusnya selepas ini...apa DSAI akan buat pulak..

Ma kasih dgn komen sdriii..

DEPU-DEPU said...

salam sdr Kapuos...

dalam politik tidak ada kawan yang lama dan juga tidak ada musuh yang ketat..segala-galanya bergantung kepada percaturan dan kuasa..Siapa yg berjaya memegang kuasa,itulah yang akan diikut...
Tq dgn kunjungan dan komen sdr

Hajin said...

Orang melayu dah dikalutkan oleh orang Melayu... ngam lah tu. Kita lihat Bangsa siapa yang PORAK PERANDA dikhianati. Tu bangsa india dan cina tepok-tepook tangan.