Monday, August 10, 2009

KETUA AL-QAEDA DUNIA MELAYU MASIH BEBAS


Setelah hampir seminggu kejadian tembak-menembak alah filem Rambo yang mendapat liputas meluas media asing dan tempatan, akhirnya KETUA AL-QAEDDA DUNIA MELAYU, masih menjadi tanda Tanya. Biarpun pada awalnya media massa elektronik membuat pengesahan awal dengan melaporkan bahawa NORDDIN MAT TOP, seorang rakyat Malaysia,kelahiran Johor yang disabitkan dengan pelbagai tuduhan keganasan telah di tembak mati dalam satu serangan hendap ‘tiga serangkai” di Jawa Tengah ,namun ternyata itu adalah propaganda anti terrorist, kerana hingga kini tidak dapat dipastikan, kesahihan berita mengemparkan itu.


Lakaran wajah yang DIKATAKAN ditembak dalam kejadian itu yang dibuat oleh pihak keselamatan Indonesia, ternyata ditolak oleh isteri dan keluarga Nordin , bahawa itu bukannya wajah sebenar Nordin, sekaligus mengesahkan bahawa NORDIN tidak Mati ditembak, dan masih bebas. Cap jari yang diambil juga tidak sepadan dengan suspek. Walabagaimanpun ujian DNA masih belum diketahui.


Nordin Mat Top adalah antara suspek pengganas yang paling dikehendaki di rantau ini, berikutan tindakannya merancang beberapa siri pengeboman di Indonesia, termasuklah tragedy paling buruk di Bali yang mengorbankan lebih 200 orang pelancong asing. Manakala yang terbaru ialah pengeboman dua buah hotel bertaraf lima bintang iaitu hotel J.W. Marriot dan Ritzs Carlton yang mengorbankan 9 orang. Keligatan Norrdin Mat Top yang turut menggelarkan dirinya KETUA AL-QAEDDA DUNIA MELAYU, menjadi igauan mimpi buruk kepada kerajaan Indonesia di bawah Presiden Susilo Bambang Yudhoyunu, apabila tidak dapat dikesan biarpun tragedy pengeboman Bali telah berlalu lebih 2 tahun.

No comments: