Showing posts with label sastera. Show all posts
Showing posts with label sastera. Show all posts

Sunday, April 18, 2010

PUISI UNTUK PATI


Kapan lagi
bermusim yang lalu
kita begitu pemurah pada hati
suka pada budi yang mati
kita suka mandi dari memberi


sehinggakan begitu ramai orang
datang bertandang
kata mereka ingin menghirup udara petang
mencari yang hilang
duti,duit dan kertas usang


ajaran nenek moyang
jangan sesekali melihat pada wang
budi bahasa jangan hilang
tetamu dipersila jangan ditentang


Demi hati,demi rasa
kita kalah pada sapa
sehingga milik sendiri kita dikongsi
alah...bukan boleh dibawa mati


kini ramai pendatang bak hujan rintik turun petang
mula cari rezeki kini hidup menumpang
berniaga,bercucuk dan membeli
satu demi satu dilkepas pergi
ramai pada kita mula menggigit jari
jenayah kian hari menghantuin mimpi


sehingga kapan bila
ia berlaku lagi
hingga pada satu hari
kita dihalau pergi
nyah pada bumi sendiri
hidup pun diburu mimpi ngeri

Saturday, August 29, 2009

KEMERDEKAAN YANG MERDEKA



Kemerdekaankah kalau pemimpin masih lagi bertelagah..?
kemerdekaankah kalau umat masih terpinga-pinga..?
kemerdekaankah kalau rakyat masih tidak terbela..?
kemerdekaankah kalau kita dimamah anai dusta..?


apakah ertinya merdeka bagi seorang hamba..?
bukankah bebas dari belenggu manusia raja.
apakah maknanya merdeka bagi seorang rakyat biasa..?
bukankah peritnya dirasa bersama.
apakah kaitannya merdeka kepada seorang ketua...?
bukankah jayanya mencabar kuasa.
apakah dekatnya merdeka pada seorang tua...?
barangkali bila anak-anaknya hidup berhemah.
lalu...


apa pula dengkinya merdeka kepada negara...?
bila petualang mencemar nusa..
kepada agama merdekanya bila...?
tentu seorang hamba bebas dari neraka..


Jika yang demikian...apa guna merdeka..?
kerana saban waktu dan masa..kita menonton dosa..
lihat mereka..mula berarak membawa sang kepala..
lihat mereka meruntun fatwa syurga neraka
lihat pengkhianat dikata fitnah..
lihat sebat jadi politik angkara..
lihat mereka mengendong kata bersarat dusta
lihat mereka enggan akur pada yang berkuasa
lihatlah..dan lihatlah untuk kesekiannya..



Kemerdekaankah itu ..kalau rakyat tunduk membisu..
Merdekakah lagi kalau pemimpin tunduk membatu
atau merdekakah kita kalau saban tahun melaungkan merdeka! merdeka!



PS: 9.Ramadan.11.15 pagi.

Tuesday, June 23, 2009

PUTERI (Buat Isteri dan anak-anak)

Puteri....

Seri ayu mu...
membelai mimpi
dalam pepohon rindu
senja pun menutup tabirnya
tapi menung tak berhujung
kerana lambaian cintamu
persis gerimis kasih
menjadi lautan cinta

Puteri....

Sejak namamu menggetar rasa
lena ku mati pada kantuk mimpi
selalu menyapa bisikan angin lembut
membelai.....
kamar rindu mengusik jiwa ku

Namun puteri....
kesepian lewat ku rasai
adalah bunga kuntuman rindu mu
meniduri ku....
pada ranjang kenangan
kembali seabad kerinduan

Puteri....

Pada titis air mata jernihmu
adalah lakaran kesetiaan
yang bertabur pada perjalanan cinta
bersama kasihmu
kian aku pasrah
kerana kau dan aku
bertemu atas kehendakNYA.