
Friday, April 30, 2010
DIMANA KESILAPAN DAN KEBENARAN?

Monday, September 28, 2009
DUN BUGAYA NIKMATI BEKALAN AIR BERSIH
Lebih 20,000 penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya, Semporna akan menikmati bekalan air bersih apabila projek loji air berharga RM15 juta siap sepenuhnya pada pertengahan tahun depan.
Anggota DUN Bugaya, Datuk Ramlee Mar- haban berkata penduduk kawasan itu sudah lama menunggu kemudahan bekalan air bersih dan ber- harap projek berkenaan dapat disiapkan mengikut jadual.
“Saya sendiri telah meminta Jabatan Air Sabah dan kontraktor supaya mempercepatkan pembinaan loji air itu, sekaligus memastikan rakyat menikmati bekalan air bersih,” katanya kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Aidilfitri di kediamannya di Putatan, dekat sini.
Turut mengunjungi rumah terbuka beliau ialah Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.
Ramlee berkata penyediaan bekalan air bersih di Bugaya, yang terletak di bahagian pantai timur, membuktikan kerajaan benar-benar membela nasib rakyat terutama yang tinggal di kawasan luar bandar.
Katanya kerajaan negeri juga memperuntukkan sekitar RM10 juta untuk menaiktaraf atau membaiki paip yang rosak di kawasan Parlimen Semporna termasuk kawasan DUN Bugaya.
Beliau berkata kemudahan asas ini diharap akan dapat meningkatkan keselesaan dan taraf hidup penduduk Bugaya.
Monday, August 24, 2009
HUKUMAN SEBAT DITANGGUH
SHARAFUDDIN Zainal Abidin (tengah) memaklumkan kepada Kartika Sari Dewi Shukarno mengenai penangguhan hukuman sebat ke atasnya di Sungai Siput, Perak, semalam. – utusan/Mohd Najib Mohd. Nor
Kes seorang wanita yang didapati bersalah kerana meminum khamar atau arak oleh mahkamah dan dijatuhkan hukuman sebat telah mengemparkan negara, Kerana isu ini dilihat satu-satunya seumpamanya yang mendapat liputan meluas media dan dijatuhkan hukuman sebat atas kesalahan itu. Banyak polemik timbul daripada rakyat dan pemimpin..Tun Mahathir yang juga mantan PM mengulas isu berkenaan dalam laman blog beliau, juga menggambarkan betapa isu ini mendapat perhatian pemimpin dan negarawan, sekaligus menjadi isu hangat, sehangat PRK Permatang Pasir yang akan berlangsung 25 .ogos ini.
Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan, 20 Julai lalu, menjatuhkan hukuman maksimum enam sebatan dan denda RM5,000 terhadap model sambilan dari Sungai Siput, Perak, Kartika Sari Dewi Shukarno. Beliau didapati bersalah atas dakwaan meminum arak di sebuah resort di Cherating, Pahang, pada 11 Julai 2007.
Dan seperti yang dilaporkan oleh Utusan, akhirnya hukuman sebat ke atas Kartika sari Dewi sukarnor ditangguhkan oleh mahkamah kelmarin yang seharusnya dilaksanakan di penjara kajang, Selangor. Penangguhan tersebut dikeluarkan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan, Datuk Abdul Rahman Yunus semalam bagi menghormati kemuliaan Ramadan.
Ia dimaklumkan oleh Penolong Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang, Sharafuddin Zainal Abidin kepada bapa Kartika, Shukarno Mutalib di kediaman mereka di Sungai Siput, Perak.
Monday, August 17, 2009
TUBUH SATU JAWATANKUASA BERTINDAK

Hari ini mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohammad,menggesa kerajaan menubuhkan satu jawatankuasa bertindak peringkat kabinet untuk menghadapi serangan wabak H1N1 di negara ini. Menurut beliau, kerajaan harus lebih bertanggungjawab dan mengambil berat tentang penularan wabak ini. Kejayaan menghadapi kemelut Virus Nipah dan Selesema burung sebelum ini perlu diambil iktibar supaya rakyat Malaysia tidak terus dijangkiti wabak merbahaya ini.
Setakat hari ini kematian yang dilaporkan sudah melebih i 62 Orang dan sebanyak 4255 orang sudah disahkan telah dijangkiti H1N1. Dalam pada itu kementerian kesihatan masih dianggap bertindak sambil lewa apabila dilaporkan masih belum mahu mengumumkan status "DARURAT KESIHATAN". Menterinya Datuk Liow Tiong Lai berkata, fenomena ini hanyalah "KECEMASAN KESIHATAN". Wajarkah pada waktu ini, rakyat dikelirukan dengan slogan dan perkataan "DARURAT DAN KECEMASAN". Kementerian Kesihatan sebelum ini juga dilihat enggan mengumumkan kawasan panas dan mengutarakan bahawa penutupan sekolah hanyalah langkah terakhir. Demi keselamatan semua pihak, rakyat sudah serik dengan kenyataan demi kenyataan yang dibuat, sedangkan pada waktu yang sama berlaku peningkatan kematian secara mendadak saban hari.
H1N1 SEMAKIN TENAT
KUALA LUMPUR 16 Ogos – Darurat kesihatan tidak boleh diisytihar sewenang-wenangnya walaupun Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) menganggarkan lima juta atau 20 peratus rakyat negara ini dijangkiti virus selesema babi atau Influenza A (H1N1).
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, pihaknya mengakui situasi wabak itu di negara ini adalah tenat, tetapi untuk mengisytihar negara sebagai darurat ia perlu mengambil kira banyak faktor dan kriteria lain.
Katanya, ia termasuk melibatkan pelbagai pihak lain seperti orang awam, kementerian dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
“Ini tidak bermakna kerajaan tidak serius dalam menangani penularan H1N1, malah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ialah Pengerusi kepada Jawatankuasa Kebangsaan Antara Kementerian Untuk Menangani Wabak H1N1,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Malaysia hari ini mencatatkan tiga lagi kematian akibat virus H1N1 menjadikan jumlah kematian meningkat kepada 62 orang manakala sebanyak 283 kes baru dilaporkan di seluruh negara dengan jumlah kes terkumpul H1N1 meningkat kepada 3,857 kes.
Semalam Tiong Lai berkata, WHO menganggarkan lima juta atau 20 peratus rakyat negara ini berisiko dijangkiti virus influenza A (H1N1) jika orang ramai tidak mengambil serius langkah pencegahan bagi menghalang penularan virus itu.
Statistik itu berdasarkan kajian terperinci WHO mengenai kesan penularan luar biasa H1N1 terhadap sesebuah negara jika ancaman virus tersebut tidak ditangani secara berkesan dan menyeluruh.
Tiong Lai berkata, buat masa sekarang, Kementerian Kesihatan akan memfokuskan kepada aspek pencegahan dan rawatan khususnya terhadap pesakit-pesakit H1N1 yang terdiri daripada golongan berisiko tinggi.
“Kita akan terus mempergiatkan usaha menghebahkan langkah-langkah pencegahan dan kawalan H1N1 di media massa seperti mengadakan sesi forum dengan orang ramai bagi meningkatkan tahap pengetahuan serta kesedaran mereka,” ujar beliau.
Menurutnya, Kementerian Kesihatan mahu mengambil langkah yang praktikal dalam mencegah penularan wabak H1N1 di negara ini termasuk meminta orang ramai memberi kerjasama bersepadu kepada kerajaan dalam perkara tersebut.
“Saya yakin keadaan akan bertambah pulih sekiranya orang ramai mempunyai tanggungjawab yang tinggi dan tidak memandang remeh penularan wabak H1N1,” jelas beliau.
Beliau seterusnya menegaskan, individu-individu yang mempunyai gejala penyakit serupa influenza (ILI) seperti demam panas, selesema dan batuk perlu segera mendapatkan rawatan di hospital demi kesihatan diri.
“Mereka juga perlu prihatin dengan keselamatan orang lain dengan tidak menghadiri majlis-majlis terbuka dan berehat di rumah supaya virus penyakit tidak menjangkiti individu yang tidak berkenaan,” katanya.
Thursday, August 13, 2009
KENAPA JANGAN PANIK..?
“JANGAN PANIK” ! begitu antara nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia, ekoran daripada perkembangan terbaru Pandemik H1N1 di Negara ini yang sudah dilaporkan meragut nyawa seramai 51 orang. Sebelum ini kementerian dilihat ‘bersahaja’ dalam menangani penularan wabak memrbahaya. Malahan kenyataan Datuk Tiow Liong Lai bahawa kadar kematian hanya sekitar 0.01-0.04 peratus sahaja dikatakan bersifat sambil lewa. Namun peningkatan kadar kematian dalam tempoh 24 jam yang begitu mendadak membuatkan masyarakat bertambah panic dan bimbang. Sekolah pula diingatkan bahawa langkah menutup sekolah adalah langkah terakhir yang akan diambil dalam membenteras penularan wabak H1N1 ini.
Apakah langkah yang diambil oleh kerajaan ini sepadan dengan peningkatan kadar kematian..? Sekolah seharusnya mempunyai takwin persekolahan yang lebih fleksibel…Tutup sahaja sekolah yang disyaki. Percepatkan cuti sekolah, dan takwim cuti sebelum ini boleh digunakan untuk sesi persekolahan baru, jika wabak ini sudah menunjukkan tanda-tanda akan reda. Kenapa perlu dipertahankan agar sekolah tidak ditutup?..Sedangkan suasana persekolahan itu adalah satu suasana perhimpunan yang berlaku setiap hari..? Begitu juga dengan perhimpunan awam, perlu dihentikan atau sekurang-kurangnya ditunda ke satu tarikh yang sesuai.Bagaimana langkah mengkuarantin pesakit yang disyaki? Juga tidak konsisten. Rakyat di minta duduk diam di rumah, sedangkan keperluan rawatan dan makanan tidak diambil kira. Akibatnya ramai yang masih lagi pergi ke tempat awam untuk mendapatkan keperluan harian mahu pun rawatan.
Langkah membenarkan klinik swasta memberikan suntikan anti vaksin adalah satu langkah yang baik, namun menimbulkan kepanikkan di kalangan masyarakat. Kempen kesedaran juga adalah langkah yang paling berkesan. Dan terbaru ialah apabila kerajaan diminta mengisthyarkan kawasan-kawasan tertentu sebagai kawasan panas dan perlu dielakkan oleh orang ramai, untuk mengelakkan penularan wabak merbahaya ini. Melalui pendedahan itu, orang ramai boleh mengelakkan kawasan tersebut sama seperti larangan yang dikenakan oleh kerajaan terhadap lawatan ke negara-negara yang dilanda wabak itu sebelum ini.
Setiausaha Agung Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Muhammad Shaani Abdullah berkata, kerajaan perlu bersikap lebih terbuka dengan mendedahkan lokasi-lokasi yang mencatatkan jumlah kes jangkitan dan kematian tinggi akibat wabak H1N1.
Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr. Maamor Osman juga bersetuju bahawa Kementerian Kesihatan perlu memaklumkan kepada orang ramai tentang tempat-tempat yang berisiko tinggi berlaku penularan wabak H1N1.
Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Datuk Dr. Jacob George pula berkata, langkah mendedahkan lokasi panas H1N1 itu perlu memandangkan kes kematian akibat wabak itu di negara ini semakin meningkat sehingga mencecah lebih 50 orang setakat ini.
