Thursday, December 31, 2009

AZAM TAHUN BARU

TOK MAT MENINGGAL DUNIA


KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Penerangan dan bekas Setiausaha Agung Umno Tan Sri Mohamed Rahmat meninggal dunia di kediamannya di Bukit Damansara, di sini, pagi ini.

Allahyarham, yang sepatutnya menyambut ulang tahun kelahirannya ke-72 pada Isnin depan, dilaporkan meninggal dunia dalam tidur.

Anak sulungnya Datuk Nur Jazlan, yang juga Ahli Parlimen Pulai, berkata bapanya disedari meninggal dunia pada kira-kira 8 pagi ini ketika ibunya, Puan Sri Salbiah Abdul Hamid mengejutnya bangun daripada tidur.


"Beliau meninggal dalam tidur," katanya ketika ditemui pemberita di kediaman bapanya di sini, hari ini.

Nur Jazlan berkata Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara di sini selepas Asar.

Beliau berkata Allahyarham bapanya menghidapi penyakit buah pinggang sejak 10 tahun lalu dan perlu menjalani rawatan dialisis setiap hari.

Sinonim dengan gelaran ''Tok Mat'', pemimpin veteran Umno itu menjadi Menteri Penerangan sebanyak dua kali iaitu dari 1978 hingga 1982 semasa kepimpinan Tun Hussein Onn dan dari 1987 hingga 1999 ketika kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Allahyarham pernah berkhidmat sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia bertaraf Menteri dari 1982 hingga 1984.

Selain itu, Allahyarham menyandang jawatan Setiausaha Agung Umno sejak 1988 hingga 1996 dan setiausaha agung Barisan Nasional (BN) dari 1988 sehingga 1999.

Semasa menjadi Menteri Penerangan, allahyarham memperkenalkan Program "Setia Bersama Rakyat" (Semarak) yang bertujuan meningkatkan semangat cintakan negara.

Ketegasannya juga turut ditampilkan antaranya dalam menyelesaikan isu disiplin artis tempatan apabila mengarahkan penyanyi rock memotong rambut panjang mereka jika mahu menyertai program di Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Antara yang mematuhi arahan beliau ialah kumpulan rock Wings dengan penyanyi utamanya Awie dan kumpulan Search dengan penyanyi utamanya Amy. - Bernama

Wednesday, December 30, 2009

GUS DUR MENINGGAL DUNIA


Mantan Persiden ke 4 Republik Indonesia iaitu Abdurahman Wahid atau dikenali sebagai Gus Dur 69 tahun dilaporkan menghembuskan nafasnya yang akhir pada 6.45 petang ( waktu Indoensia barat ) di hospital Cipto Mangunkusumo akibat sakit buah pinggang yang teruk. Semasa hayatnya Gus Dur adalah pengasas kepada pertubuhan Nahdatul Ulama yang adalah antara pertubuhan Islam yang paling berpengaruh di Indonesia dan Nusantara. Krisis ekonomi dunia pada akhir 90-an telah membawa kepada penglibatan beliau dalam dunia politik Indonesia, dan menubuhkan Parti Kebangkitan Bangsa (PKB). Menjadi Presiden Indonesia dari 1999-2001 ini menggantikan Presiden Suharto.Di pecat daripada Jawatan Presiden dan digantikan oleh Megawati Sukranoputri.


Kaitan dunia kepolitikkannya di Malaysia ialah apabila beliau menyatakan sokongan secara terbuka dengan Bekas Tim. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dipecat dari Jawatan itu pada tahun 1998. Laungan Reformasi yang menggegarkan republik Indonesia telah menjadi inspirasi DSAI dan pengikutnya untuk meniupkan semangat reformasi itu di negara ini. Laungan 'reformasi' menjadi perkataan berhantu para penunjuk perasaan di ibu kota , mendesak supaya Tun Mahathir yang menjadi Perdana Menteri waktu itu berundur dan mengisytiharkan pemecatan DSAI sebagai tidak sah dan satu konspirasi politik.


Semasa DSAI berada di tahanan penjara sungai Buloh, Datin seri Wan Azizah yang merupakan Presiden Parti Keadilan telah mengunjungi presiden Gus Dur dalam usaha meraih simpati dan sokongan, selain daripada kunjungan kepada beberapa pemimpin negara jiran termasuk Presiden Filipina.


Semasa pemerintahan Gus Dur, banyak mendapat kecaman kerana atas kegagalannya menangani kemelut krisis ekonomi yang melanda Indonesia selain daripada beberapa pendekatannya yang tidak konsisten dalam menyelesaikan permasalahan republik itu. Namun apa yang menjadi ingatan kepada Gus Dur ialah apabila memberi kelonggaran kepada puak Tionghua sehingga mengisytiharkan cuti umum sempena Tahun Baru Cina. Jenazah Allahyarham, akan disemadikan dengan penuh penghormatan negara. Presiden Indonesia , Susilo Bambang Yudoyunu dijangka mengetuai istiadat pemakaman itu. Beliau juga mengisytiharkan tempoh berkabung selama 7 hari, selain bendera rasmi negara diturunkan separuh tiang.

Monday, December 28, 2009

TRAGEDI DAN IKTIBAR




gambar di atasmenunjukkan ADUN TEMPASUK , Datuk Musbah mengunjungi mangsa kebakaran di Kg. Tamau, Kota Belud





gambar diatas adalah kebakaran sebuah kelab malam di Indonesia.


gambar menunjukkan Ahli parlimen Kota Belud, DARD meninjau kebakaran di kampung Taun Gusi.

Tuesday, December 22, 2009

DATUK RAHMAN DAHLAN - APA KHABARNYA PROJEK BEKALAN AIR BERSIH PEKAN KOTA BELUD?


Beberapa bulan yang lepas, blog Depu-depu telah memaparkan perihal kenyataan Datuk Rahman Dahlan, ahli parlimen Kota Belud mengenai projek belakan air bersih di pekan kota belud. Berita itu turut dipaparkan dalam blog Gempur Sabah. Dan apabila membaca coretan sdr Azrone yang terpampang dalam blognya "kaban Menteo" mengenai permasalahan penduduk kampung Kesapang dan sekitarnya yang dilaporkan menghadapi masalah mendapatkan bekalan air terawat, justeru mereka menggunakan telaga tiub yang airnya berlumpur dan menyebabkan masalah kesihatan yang teruk, maka saya juga terfikir bahawa Ahli Parlimen itu melalui Pejabat Perhubungan perlu mengadakan kajian mengenai hal ini.

Adalah lebih baik mempunyai rekod kampung-kampung yang masih belum mempunyai bekalan air bersih. Antaranya ialah termasuklah kampung saya ,Kampung Tamau, Pintasan, Merabau dan sekitarnya seperti yang dipaparkan oleh Sdr Azrone.

KOTA BELUD: Lebih 300 penduduk Kampung Kesapang, di sini mahu Jabatan Bekalan Air (JBA) dan Jabatan Kesihatan negeri membuat analisis tahap kebersihan air perigi tiub yang mereka gunakan, sama ada selamat atau sebaliknya.

Ini kerana mereka mendakwa kesan kekotoran air perigi berkenaan boleh dilihat pada lumut di bahagian dalam dan luar tangki air yang digunakan untuk menadah air perigi berkenaan.

Seorang penduduk Kampung Kesapang, Salam Gibang, 50, mendakwa air perigi berkenaan dari sumber Sungai Kesapang dan Sungai Tawadakan yang dikhuatiri dicemari racun serangga, baja pertanian dan najis ternakan menyebabkan keruh dan berkeladak.

Katanya, perigi tiub dibimbangi akan menyedut air di persekitaran termasuk dari dua sungai terbabit, selain dari saluran najis penduduk setempat.

Beliau berkata, sebab itulah penduduk mahu JBA dan Jabatan Kesihatan negeri membuat analisis tahap kebersihan air itu secepat mungkin demi kepentingan rakyat sejajar gagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan .

"Sudah lama kami menanti bekalan air paip, malangnya batang paip ada sejak lebih 10 tahun lalu tetapi air tiada dan penduduk setempat hanya membayar `angin'," katanya.

Baru-baru ini, Seliu-liu melaporkan ada penduduk Kampung Kesapang, Labuan, Wakap, Tanjung Pasir, Tanjung Wakap dan Pintasan, di sini yang menghidap penyakit kulit dan tulang dipercayai kesan penggunaan air perigi tiub.

Perigi tiub beroperasi melalui kaedah menyedut air di bawah tanah dengan menggunakan generator. Air dari perigi berkenaan kemudian disalurkan ke tangki untuk simpanan mereka.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan mengumumkan Loji Pemprosesan Air Bersih Bayayat yang siap hujung tahun lalu dan Loji Pemprosesan Air Kota Belud yang baru dinaiktaraf sudah beroperasi sejak awal tahun ini dengan kemampuan membekalkan kapasiti 33 juta liter air sehari berbanding keperluan 30 juta liter sehari.

Seorang penduduk Kampung Wakap, Sain Suntoh, 48, turut mendakwa ada penduduk kampung itu yang menghidap penyakit kulit kerana menggunkan air perigi tiub, selain tangki turut berlumut di bahagian dalam dan luar.

Katanya, hampir semua penduduk menggunakan perigi tiub menghadapi masalah tangki berlumut termasuk di Kampung Labuan, Tanjung Wakap dan Tanjung Pasir.

Katanya, seperti penduduk Kampung Kesapang, mereka juga turut mahu JBA dan Jabatan Kesihatan negeri menganalisis air berkenaan sama ada boleh digunakan atau sebaliknya.

"Kami juga hairan kerana saluran paip di Kampung Wakap dan Labuan tiada air biarpun diuar-uarkan dua loji penapisan air di daerah ini mampu membekalkan air melebihi permintaan penduduk.

"Hujung tahun lalu, kami mendengar ia berpunca saluran paip bocor, namun setahun berlalu masalah itu gagal diatasi sehingga kami terpaksa bergantung kepada air yang dikhuatiri tahap kebesihannya yang mungkin menjejaskan kesihatan," katanya.

Thursday, December 17, 2009

SPRM BOLEH SIASAT BILA-BILA MASA


Keputusan Mahkamah Rayuan mengenepikan keputusan mahkamah tinggi sebelum ini yang melarang SPRM menyoal siasat saksi diluar waktu pejabat tidak banyak beza dengan keputusan sebelum ini yang memberi kuasa semula kepada manteri besar Perak Dr. Zamry yang diputuskan awal oleh mahkamah tinggi sebagai tidak sah perlantikannya sebagai MB Perak.


Biarpun bidang kuasa dua mahkamah ini jelas dan berwibawa,namun keputusan yang selalunya "dibatalkan" dan di umumkan keputusan baru,nyata begitu mengusarkan rakyat. Memang adalah prosedur biasa, keputusan mahkamah tinggi boleh dicabar di mahkamah rayuan, namun apa yang berlaku adalah diluar keganjilan. sebelum ini SPRM telahpun mengeluarkan surat pekeliling kepada anggotanya yang memberikan arahan terbaru sesi soal-siasat hanya dihadkan kepada waktu pejabat selaras dengan keputusan Mahkamah tinggi. Apabila mahkamah rayuan memutuskan sebaliknya,maka surat pekeliling itu akan terbatal dengan sendirinya. Bayangkanlah jika keputusan mahkamah Rayuan ini dicabar lagi dan diandaikan keputusan asal mahkamah tinggi diterima..bagaimanakah keadaan SPRM nanti...

Apapun keputusan terbaru ini kita hormati dan mengharapkan agar semua pihak dapat menerimanya dengan tangan terbuka. Di mana lagi keadilan boleh ditegakkan kalau asyik mempertikaikan keputusan "Yang Arif".

DOA BALA DAN PUJIAN NIK AZIZ


Suatu masa apabila Nik Aziz, Menteri Besar kelantan menyatakan untuk berdoa supaya PM, Datuk Najib dan UMNO ditimpa bala dan bencana yakni dimusnahkan masa depan mereka, lantaran kerana Datuk Najib 'enggan' mengiktiraf hak dan autonomi Kelantan terhadap hasil mahsyul Minyak yang ditimba oleh Petronas di perairan kelantan, maka ia menjadi isu yang menjadi perhatian akhbar dan media massa. Seorang ulama dan "tok Guru" tidak wajar bertindak begitu, apatah lagi apabila melibatkan kemusnahan orang lain. Menteri Besar kelantan ini tidak pernah 'betul' kenyataannya kepada Media Massa atau mungkin wartawan tidak sangat tinggi pemikiran mereka sehingga sukar mentafsir apa yang dimaksudkan oleh Nik Aziz. Bagi penyokong PAS mereka rasa tindakan itu wajar kerana royalti minyak itu adalah hak sebenar PAS dan bukannya rakyat Kelantan.



Apabila Nik Aziz membuat kenyataan terbuka memuji Datuk Najib atas tindakannya yang perihatin terhadap masyarakat Islam di sempadan Thailand-Malaysia, Media massa juga jadi 'sasau' seketika. Datuk Razali menyifatkan pujian itu tidak ikhlas dan menutup kelemahan Nik Aziz. Mana yang baik, mendoakan kemusnahan orang lain atau memuji kebaikan mereka..?

MENYUSURI KEHIDUPAN TUN MUSTAPHA (bahagian Akhir )


Kerjaya sebagai Wakil Rakyat bermula pada tahun 1967,apabila Tun Mustapha mulai bertanding dalam pilihan raya bagi kerusi Dewan Undangan negeri Bengkoka-Banggi. Tun Mustapha mendapat kemenangan dalam pilihanraya itu. Beliau telah meletakkan jawatannya sebagai Menteri Hal Ehwal Persekutuan Sabah dan Pertahanan Awam (Federal Minister of Sabah Affairs anda Civil Defence ) pada 19 April 1967. Pada bulan Mei tahun yang sama Tun Mustapha telah dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah yang Ketiga.Dalam sejarah politiknya, beliau telah memenangi kerusi kawasan Marudu pada tahun 1969 tanpa bertanding.Juga tahun 1971.


Oktober 1971, Tun Mustapha telah mengetuai Parti Perikatan Sabah yang terdiri daripada gabungan Pertubuhan Kebangsaan Kadazan Bersatu (UNKO), pertubuhan Kebangsaan Sabah Borneo (USNO),PASOK serta dua parti Cina,Parti Bersatu (UP),Dan parti Demokrat (DP).Dalam pilihan raya Negeri yang kedua,kesemua 32 calon perikatan telah menang tanpa bertanding.
Memenangi kerusi ADUN BANGGI di bawah USNO pada tahun 1976, dan sekali lagi pada tahun 1985.Pernah mengalahkan calon Barisan Nasional Mohd.Salleh Tun Mohd.Said. Menyertai UMNO pada tahun Januari 1991 dan saeterusnya pada Februari beliau telah dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Sabah dan kemudiannya dilantik sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO pada bulan Julai tahun yang sama.


Sepanjang hayatnya Tun Mustapha diberi banyak anugerah,antaranya K.V.O. dan O.B.E. daripada kerajaan British;”knight Commander Of Republic of Lebanon” (K.C.R.L) oleh presiden Lebanon pada tahun 1972; Seri darjah Paduka chura Si-Maharaja (S.P.C.M) dengan gelaran “Dato Seri” pada 15 september 1971 sempena keputeraan Sultan Perak; Seri Paduka Mahkota Perlis (S.P.M.P) pada 29 Mac 1971 dari Raja Perlis;Seri Paduka Mahkota Johor (S.P.M.J) pada 27 Oktober 1971 dari Sultan Johor; Panglima Negara Bintang Sarawak (P.N.B.S) pada 20 Ogos 1971 daripada Tuan Yang Terutama negeri Sarawak: Seri Indera mahkota Pahang (S.I.M.P) daripada sultan Pahang, 20 september 1969; Seri Panglima Darjah Kinabalu (S.P.D.K) dengan gelaran “Datuk Seri Panglima”; dan Seri Maharaja Mangku Negara (S.M.N)- anugerah tertinggi di Malaysia dengan gelaran “TUN” pada 26 November 1964.


Tun Mustapha juga seorang yang bergiat aktif dalam Persatuan.Beliau pernah memegang Jawatan Presiden dalam Pertubuhan Islam seluruh Sabah (USIA) dan PERKIM sesi 1977/1979. Beliau juga merupakan Ketua Persatuan Pengakap sabah dan telah menerima pingat “Semangat Padi” pertama di Sabah pada 21 Jun 1974.Pernah menjadi Pengerusi Persatuan Peladang Kebangsaan pada tahun 1972.Merupakan Pro-Canselor bagi UPM dari November 1973 hingga Februari 1990.Tokoh agung ini meninggal dunia pada 2.Januari 1995.Tanahair khasnya Sabah telah kehilangan besar dalam dunia politik dan pentadbiran.Semoga rohnya dicucuri rahmat.

Tuesday, December 8, 2009

MENYUSURI KEHIDUPAN TUN MUSTAPHA. ( bahagian 1)

Tun Mustapha bin Datu harun dilahirkan pada 31 Julai 1918 di kampung Limau-limauan, Kudat. nama asalnya ialah datu Badiozaman. Ditukarkan kerana sering sakit semasa kecil. Tun Mustapha juga mempunyai nama timbangan yang dikenali sebagai Jaman.

bapa Tun ialah datu harun bin Datu Nasaruddin dan ibunya ialah Norani Hj. Abdul. Rahim.Anak keempat dari sembilan orang adik beradik yang terdiri daripada enam orang perempuan dan tiga lelaki. Perempuan ( dayang lana,Dayang Hajah Bidari,Dayang Sitti sarah(Dyg.Pindau),Dayang Hajah Harum,dayang Tahiran,Dayang Hajah Hadijah. Lelaki (Datu MUhammad, , datu Hj. Aliuddin)

Berkahwin dengan Toh Puan Rahmah Hj. Zulkarnain dan memperolehi sembilan anak iaitu datu Abd.Hamid (Allahyarham), Dayang maimunah, datuk Amir Kahar, Datu Hj, Badaruddin, datu Kamaruddin, dayang Hj.Zulfah, dayang Aminah, Rasalonah Abdullah, dayang marina dan datu Harun.

Menerima pendidikan di Sk. St.James Kudat. Mengikuti kursus Pertanian RIDA atau Rural Industry Development Authority dari tahun 1951-1952 di Serdang.1959 di taja oleh British untuk mengikuti kursus bahasa Inggeris dan politik di Britian.Selepas perang Dunia ke dua dilantik sebagai ketua Anak negeri kelas satu dengan gelaran "orang kaya kaya".

Digelar sebagai bapa kemerdekaan di sabah kerana peranannya secara langsung dalam proses pembentukan Malaysia seawal 1961. Terpilih sebagai wakil sabah untuk mengemukakan memorendum kepada suruhanjaya Cobbold. Bersama Donald stephens, Pang Tet Tsung, OKK Gs. Sundang dan Lai En Kong.

1961 Tun Mustapha telah mengasaskan dan menjadi presiden pertama USNO ketika gagasan Malaysia dicadangkan oleh Tunku Abd. Rahman. Berusaha untuk membentuk sebuah parti gabungan yang terdiri daripada UPKO dengan USNO. 1968 UPKO di mansuhkan dan semua parti peribumi bersatu di bawah USNO. Meletakkan jawatan dalam USNO pada 1963 setelah dilantika sebagai TYT pertama selepas pembentukan Malaysia. Meletakkan Jawatan sebagai TYT pada 1965 kerana ingin memimpin USNO semula.

Sunday, December 6, 2009

BROADBAND CELCOM BERMASALAH


Mungkin saya adalah antara sejuta pengguna broadband Celcom yang mengeluh dengan masalah talian yang tidak Clear setiap kali menggunakan kemudahan ini. Sama ada berada di kawasan liputan yang menggunakan liputan berstatus EDGE, atau 3G, sama saja..kerana kadang-kadang talian clear dan kadang-kadang menunjukkan tidak stabil.

Bayangkanlah, Celcom mengaut untung lebih RM 400 Juta, tetapi perkhidmatan kerap tergendala. Perkhidmatan Celcom broadband ini menduduki tangga ke 48 dalam senarai negara dan syarikat telekomunikasi gergasi dunia yang turut menawarkan kemudahan sedemikian.

Thursday, December 3, 2009

Muhyiddin berada di Tawau


Timbalan Perdana Menteri yang juga menteri pelajaran,hari ini berada di Tawau dalam satu majlis perasmian IPGM Tawau di Balung dekat sini.

TAWAU: Lima Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) di negara ini dipilih untuk menjalankan kursus Bahasa Inggeris untuk melatih guru sedia ada dan guru baru bagi memantapkan pengajaran bahasa berkenaan di sekolah, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata IPGM berkenaan ialah Pusat Pengajaran Bahasa Inggeris Malaysia (ELTC), IPGM Kampus Dato” Razali Ismail di Kuala Terengganu, IPGM Kampus Bahasa-Bahasa Antarabangsa di Kuala Lumpur, IPGM Kampus Gaya di Sabah dan IPGM Kampus Batu Lintang di Sarawak.

Katanya baru-baru ini, kerajaan mengumumkan pelaksanaan dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) untuk menggantikan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.

“Perubahan dasar ini tidak bermakna Bahasa Inggeris tidak lagi menjadi penting dalam sistem pendidikan kita.

“Sebaliknya melalui MBMMBI, Kementerian Pelajaran meningkatkan usaha untuk menambah baik penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan murid dengan memperkemas kurikulum Bahasa Inggeris dan penyediaan guru-guru berkualiti untuk mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris,” katanya ketika merasmikan Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau di sini kelmarin.

Muhyiddin berkata Kementerian Pelajaran melakukan pelbagai usaha bagi meningkatkan prasarana pengajaran Bahasa Inggeris di IPGM berkenaan termasuk menaik taraf pusat komputer kepada makmal bahasa dan melengkapkan pusat IPGM dengan bahan serta sumber rujukan terkini.

Beliau berkata kerajaan juga akan menempatkan tenaga pengajar berkelayakan dan berpengalaman di IPGM untuk melatih guru-guru sedia ada dan bakal guru untuk diberi pendedahan secukupnya sebelum dihantar mengajar di sekolah-sekolah.

“Kita juga akan melantik semula guru-guru Bahasa Inggeris yang akan bersara pada bulan Julai 2010 untuk berkhidmat sebagai guru Bahasa Inggeris secara kontrak sekiranya mereka memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan,” katanya.