Apabila disebut tentang perubahan dalam parti selalunya harapan orang yang bercakap dan mendengar ialah akan ada perubahan paradigma, perubahan sikap, perubahan secara fikizal atau perubahan kepada penstrukturan semula parti dan sebagainya. Najib sebagai Presiden UMNO pernah bercakap tentang perubahan atau berani berubah, jika tidak, pilih antara berubah atau rebah. Kadang-kadang ianya hanya retorik dan sebagai ulam dan perasa kepada sesuatu ucapan yang berseni dan berkobar-kobar tetapi dari segi tindakan hanyalah seperti tin kosong.
Dari segi memulakan perubahan ini, MCA nampaknya telah mendahului UMNO dalam tindakan. Dengan mengenepikan faktor persaingan politik dalam parti serta konspirasi, MCA telah mengambil langkah yang tepat dengan menyingkirkan Timbalan Presidennya Chua Soi Lek dari parti kerana pendedahan skandal seksnya telah merosakkan imej parti.
Ceritanya hampir-hampir sama ketika Tun Mahathir memecat Anwar Ibrahim daripada Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada 1998. Nasib baik tidak ada DVD atau VCD yang merakamkan salah laku seks oleh Anwar Ibrahim terhadap Azizan, Sukma dan Dr Munawer ,jika tidak DVD dan VCD sudah lama tersebar sepertimana tersebarnya DVD/VCD Chua disekitar Muar dan Batu Pahat pada tahun 2007 dahulu. Cuma yang tersebar adalah buku '50 dalil mengapa Anwar tidak boleh jadi PM'.
Apakah alasan Tun ketika memecat Anwar? Seingat saya kesalahan moral Anwar sebagai seorang peliwat tidak melayakkan Anwar untuk menjadi Perdana Menteri yang juga ketua kerajaan bagi sebuah negara seperti Malaysia. Apakah ketika itu semua menteri, rakyat dan pembesar negara menerimanya? Tidak sama sekali dan bermula saat itu Tun melalui zaman sukar dalam sejarah kariernya sebagai PM walaupun sebelum itu beliau telah melalui pelbagai krisis dalam UMNO. Bermula lah istilah 'reformasi' yang menjadi kegilaan sebahagian rakyat untuk berhimpun dan berpesta pada setiap hari Sabtu di Jalan Tunku Abdul Rahman Kuala Lumpur.
Apakah andaian media, penulis politik, sebahagian rakyat dan ahli-ahli politik pada masa itu? Antara andaian yang popular adalah antaranya, Anwar akan menentang Tun sebagai Presiden UMNO dalam pemilihan Perhimpunan Agung tahun 1999. Disebabkan takut akan sokongan Anwar di segenap bahagian UMNO seluruh negara, maka dikatakan Tun berasa gentar dan mengambil keputusan mencantas Anwar lebih awal supaya kedudukannya sebagai Presiden UMNO pada tahun 1999 akan selamat. Maka ketika itu muncul lagi istilah yang popular iaitu 'konspirasi' politik yang dilakukan oleh Tun terhadap Anwar.
Tidak samakah yang dilakukan oleh Ong Tee Keat terhadap Chua Soi Lek pada hari ini? Memang ramai akan membuat andaian bahawa Chua adalah seteru paling rapat bagi Ong, maka Chua mesti di 'checkmate' dengan segera. Tidak kurang juga akan marah kerana Chua dipilih oleh perwakilan sebagai Timbalan Presiden MCA, apa bezanya Anwar yang juga dipilih oleh perwakilan semasa menjadi Timbalan Presiden UMNO? Apa salahnya Ong dan Tun Mahathir ketika memecat Chua dan Anwar?
Setidak-tidaknya MCA sudah mengambil langkah pembersihan lebih awal.Tindakan itu sekali gus menafikan anggapan ramai bahawa orang Cina boleh menerima kehidupan yang tidak bermoral, seperti yang dilakukan oleh Chua Soi Lek. Malah sudah menjadi suatu keharusan bagi setiap lelaki Cina sedangkan pada hakikatnya wanita Cina pada keseluruhannya tetap tidak dapat menerima perbuatan suami mereka menyimpan perempuan lain atau 'bini kecik' dan sebagainya. Selain itu keputusan MCA in menunjukan bahawa Presidennya Ong Tee Kiat berhasrat untuk memutihkan parti tidak sahaja dari segi rasuah politik tetapi juga moral kepimpinan untuk menjadikan MCA sebuah parti yang cekap , bersih dan amanah. Salahkah? Kata suruh buat perubahan?
Tindakan MCA ini juga akan membezakan MCA dari parti DAP yang telah menginjak-injak nilai-nilai moral yang menjadi asas utamanya demi untuk kepentingan mencapai matlamat politik. Orang ramai telah mengetahui tidak lama dahulu DAP telah mengekalkan kedudukan seorang ADUN nya di Selangor yang bersekedudukan dengan seorang lelaki Melayu yang gambar bogelnya tersebar luas. DAP telah melencong jauh dari keperibadian parti PAP yang melahirkannya yang mengutamakan kebersihan moral dari keseronokan hidup, ketamakkan dan hak kebebasan diri.
Pemimpin DAP sekarang mempertahankan rasuah dan penyelewengan ahlinya dari landasan yang benar. Pemimpin besar nya Lim Kit Siang asyik menuding jari kepada kekotoran parti lain tanpa melihat rumahnya sendiri penuh dengan sampah sarap.(maharajablogger)
Seperti yang dijangka, penyokong-penyokong Chua akan bertindak balas. Hari ini mereka telah memulakan kempen peringkat nasional untuk mendapatkan persetujuan perwakilan mengadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) dalam tempoh dua minggu lagi, untuk melucutkan jawatan Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat. Cara ini mungkin menyamai tindakan kroni-kroni Anwar mengerakkan demontrasi reformasi saban minggu di Kuala Lumpur untuk mendesak dan menekan Tun Mahathir meletakkan jawatan.
Setiap tindakan pasti ada risikonya. Ada kos melepas yang perlu dibayar. Ada yang berkorban dan terkorban. Bukankah slogan berani berubah sentiasa berkumandang selepas pilihanraya ke 12 lalu bukan sahaja kepada UMNO malah parti-parti komponan BN yang lain. Lebih-lebih lagi MCA yang kalah teruk dan banyak kehilangan kerusi kepada DAP dan PKR. Kalau dengan membersihkan dalang-dalang dan musuh-musuh dalam selimut ini boleh memacu MCA semula dan menjadi rakan politik yang tidak membawa beban kepada UMNO, apa salahnya?
Cuma sekarang ini, bila pulakah UMNO yang hendak melakukan perubahan setidak-tidaknya menstrukturkan semula parti dan membersihkan parti daripada pemimpin-pemimpin yang sudah dicopkan perasuah tetapi masih bebas di dalam parti? MCA sudah membuka jalan, UMNO perlu berani mengorbankan pemimpin-pemimpin yang sudah tidak disukai rakyat. Inilah yang dikatakan 'berani berubah'
segalanyamungkin.blogspot.
No comments:
Post a Comment