Wednesday, August 12, 2009

ASRI RABBANI : MENINGGAL DUNIA


Ustaz Asri Ibrahim: solo kumpulan Rabbani.









Dunia muzik Nasyid Kontemprori, seharusnya dirundung kesedihan, apabila Ustaz Asri dari kumpulan Rabbani, dilaporkan telah meninggal dunia jam 11.00 pagi tadi di hospital pantai Kuala Lumpur akibat sakit jantung selepas jatuh ketika membuat persembahan di RTM. Penyanyi utama kumpulan Rabbani yang popular dengan lagu “intifada” ini adalah merupakan seorang pejuang irama nasyid yang disegani di Negara ini. Turut dikenali melalui saluran Astro Oasis, dengan beberapa launan zikirullah yang mengusik kalbu dan memperteguhkan keimanan setiap orang yang mendengarnya. Di Samping kumpulan Rabbani mempunyai bilangan ahli kumpulan teramai, kumpulan ini juga beberapa kali memenangi anugerah irama nasyid dalam beberapa Anugerah Muzik di Negara ini, dan menyaksikan beberapa saingan sengit daripada kumpulan nasyid lain seperti Raihan, Hijjaz dan lain-lain lagi.


Kematian penyanyi nasyid bersuara lunak ini dilaporkan menerusi berita Astro Awani hari ini. Para peminat dan pejuang irama Nasyid pasti merasai kehilangannya. Semoga roh Allahyarham, di cucuri rahmat.Amin..Al-fatihah.

9 comments:

A. Azman said...

Semoga allahyarham d tempatkan d kalangan orang2 yang soleh..amin..

Datu pitung said...

salam sdr depu depu

post yang sama saya keluarkan.. semoga roh nya di tempatkan di tempat org yg beriman amin..

klu berminat boleh melayari blog Allahyarham di asrirabbani.blogspot.com untuk melihat komen peminat beliau dengan pemergian seorang permata seni islam ini..syukran.

Hanisham Ab Halim said...

Salam Saudara,
Semoga roh Ustaz Asri dicucuri rahmat. Al Fatihah.....

DEPU-DEPU said...

salam sdr azman..

Tq dengan kunjungan dan doa anda.Semoga dimakbulkan..amin..

DEPU-DEPU said...

salam dtu Pitung..

saya dah beri komen di blog sdr.TQ dgn maklumat itu..mudah2 rohnya dilimpahi rahmat.amin

DEPU-DEPU said...

Salam kembali E...cham..

Thanks dgn kunjungan anda. Bersama-samalah kita berdoa semoga rohnya dicucuri rahmat.Amin

Cik Skaf said...

salam sdra, saya agak lewat mengetahui berita ini,terima kasih menyiarkannya di blog. tersentak saya, sungguh2 tak menyangka. Tetapi inilah janji Allah, kematian boleh datang bila2 masa sahaja. Saya peminat Allayarham - suara dan muziknya, sejak dia di dalam Al-arqam lagi sehinggalah skrg. setiap hari di dalam kenderaan saya mendengar suaranya samada nasyid atau pun wirid dan zikir yg di alunkannya. Bila mendengar kematiannya ini, terasa bagai kehilangan seorang abang dan guru. Moga Allah tempatkan dia di kalangan orang2 yg soleh. Al fatihah.

SABAHKITA said...

ASKM dan salam Cyber,
Sesungguhnya dari Allah kita datang dan kita akan kembali kepadaNya. Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. Semoga roh Allayarham dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama orang solehin dan mukminin.Al-fatihah.Amin.

Mak Udak said...

Salam Ukhuwah,
Inna Lillahi Wainna Ilaihi Roji'un. Takziah diucapkan kepada keluarga allahyarham Ustaz Asri.
Kematian itu pasti tiada keraguan. Allah lebih menyayanginya. Kita hanya mampu berdoa kepada-Nya, moga beliau ditempatkan bersama-sama orang yang beriman dan beramal soleh. Jauh daripada siksaan kubur @ alam barzakh. Amin....