Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts
Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts

Monday, March 8, 2010

MUFTI PERAK JAWAB NIK AZIZ


PUTRAJAYA 8 Mac - Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, tujuan beliau mengungkap kembali usahanya membantu menubuhkan kerajaan perpaduan di Perak adalah supaya tidak ada nada songsang dari mana-mana pihak yang menyatakan mufti tidak berperanan dalam menyatukan masyarakat Melayu Islam.

Kata beliau, tindakannya itu disebabkan ada pihak-pihak yang memohon nasihat dan pandangannya bagaimana perlu dilakukan bagi mengembalikan semula kekuatan Melayu Islam.
Menurutnya, kenyataan beliau berhubung penolakan mentah-mentah cadangan penubuhan kerajaan perpaduan Pas-UMNO di Perak baru-baru ini adalah berdasarkan pengamatannya terhadap Pas Perak yang tidak mahu memberi ruang untuk berbincang selepas mereka menang dalam pilihan raya umum lalu.

Maka, beliau berpandangan tidak ada jalan pintas melainkan berusaha bersama-sama mencantumkan semula dua parti yang majoritinya Melayu itu untuk bersatu.
"Mereka (Pas Perak) tidak menunjukkan minat untuk mengadakan perbincangan dengan dakwaan yang pelbagai.
"Saya adalah mufti yang dilantik oleh DYMM Tuanku Sultan Perak yang antara lain tugasan utama saya adalah membantu dan menasihat DYMM Sultan dalam perkara yang berkaitan hukum syarak.
"Oleh yang demikian, segala urusan yang menjadi kepentingan orang Islam dan Islam itu sendiri, maka saya bertanggungjawab memberi pandangan apatah lagi ia membabitkan perpaduan dan hubungan antara dua parti terbesar orang-orang Melayu Islam," kata beliau dalam satu kenyataan kepada Utusan Malaysia hari ini.

Kenyataan itu dikeluarkan sebagai menjawab tindakan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam menggelarkan beliau sebagai ejen UMNO apabila ulama itu didakwa campur tangan dalam usaha membentuk kerajaan campuran di Perak.
Reaksi Menteri Besar Kelantan itu adalah susulan daripada pendedahan terbuka Harussani dalam Program Dialog Za'ba - Perpaduan Melayu, Cabaran dan Realiti di Universiti Kebangsaan Malaysia, baru-baru ini.

Thursday, February 18, 2010

DSAI JANGAN LIBATKAN ORANG LUAR


sebagai rakyat biasa, saya turut merasa sedih atas perkembangan terbaru kes liwat DSAI...sedih kerana ada sudah tanda-tanda negara luar mahu ikut serta dalam perbicaraan itu. Sepatutnya, walau apa jua alasan yang diberikan DSAI tidak perlu membawa 'rakan-rakan' dari negara luar untuk membantu dan menggesa mahkamah menggugurkan kes liwatnya itu..

sebagai seorang ahli politik yang sudah bersedia untuk menjadi PM ,walaupun 16 Sept. sudah berlalu..DSAI harus menghadapinya dengan menggunakan segala upaya perundangan yang ada untuk menolak dakwaan itu.

Janganlah melibatkan negara luar.

Sunday, February 14, 2010

MAULIDUR RASUL TIADA FADHILAT

Imbang Penuh
Mursyidul Am PAS yang juga MB Kelantan, menyatakan bahawa sambutan Maulidur Rasul yang diadakan setipa tahun di negara ini, tidak mempunyai fadhilat seperti fadhilat di bulan ramadhan. Kenyataan ini dikeluarkan berikutan isu pembatalan perarakan sempena maulidur Rasul di Pulau Pinang.

Sudah menjadi tabiat kepada TGNA apabila selalu mengeluarkan kenyataan yang menjadi perhatian ulama dan umat Islam di negara ini. Kadangkala kenyataannya menimbulkan pelbagai tanggapan negatif selain ada juga yang merasakan agar kenyataan TGNA ini dapat diperjelaskan kepada umat Islam.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakariah ketika mengulas kenyataan itu, menyatakan bahawa sambutan Maulidur Rasul yang dilakukan di negara ini boleh mengeratkan tali silaturahim di kalangan umat Islam. Ia membawa banyak fadhilat kepada ummah selain menanamkan rasa kecintaan kepada nabi Muhammmad saw.

Thursday, December 31, 2009

TOK MAT MENINGGAL DUNIA


KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Penerangan dan bekas Setiausaha Agung Umno Tan Sri Mohamed Rahmat meninggal dunia di kediamannya di Bukit Damansara, di sini, pagi ini.

Allahyarham, yang sepatutnya menyambut ulang tahun kelahirannya ke-72 pada Isnin depan, dilaporkan meninggal dunia dalam tidur.

Anak sulungnya Datuk Nur Jazlan, yang juga Ahli Parlimen Pulai, berkata bapanya disedari meninggal dunia pada kira-kira 8 pagi ini ketika ibunya, Puan Sri Salbiah Abdul Hamid mengejutnya bangun daripada tidur.


"Beliau meninggal dalam tidur," katanya ketika ditemui pemberita di kediaman bapanya di sini, hari ini.

Nur Jazlan berkata Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara di sini selepas Asar.

Beliau berkata Allahyarham bapanya menghidapi penyakit buah pinggang sejak 10 tahun lalu dan perlu menjalani rawatan dialisis setiap hari.

Sinonim dengan gelaran ''Tok Mat'', pemimpin veteran Umno itu menjadi Menteri Penerangan sebanyak dua kali iaitu dari 1978 hingga 1982 semasa kepimpinan Tun Hussein Onn dan dari 1987 hingga 1999 ketika kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Allahyarham pernah berkhidmat sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia bertaraf Menteri dari 1982 hingga 1984.

Selain itu, Allahyarham menyandang jawatan Setiausaha Agung Umno sejak 1988 hingga 1996 dan setiausaha agung Barisan Nasional (BN) dari 1988 sehingga 1999.

Semasa menjadi Menteri Penerangan, allahyarham memperkenalkan Program "Setia Bersama Rakyat" (Semarak) yang bertujuan meningkatkan semangat cintakan negara.

Ketegasannya juga turut ditampilkan antaranya dalam menyelesaikan isu disiplin artis tempatan apabila mengarahkan penyanyi rock memotong rambut panjang mereka jika mahu menyertai program di Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Antara yang mematuhi arahan beliau ialah kumpulan rock Wings dengan penyanyi utamanya Awie dan kumpulan Search dengan penyanyi utamanya Amy. - Bernama

Monday, June 22, 2009

Jalan Raya Sabah Berubah Wajah



Kenyataan Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor bahawa Jalan raya di Sabah akan menjadi perhatian kerajaan Pusat, menjadi seakan 'durian runtuh' kepada masyarakat Sabah yang selama ini mengimpikan benar agar Jalan Raya di negeri ini 'selesa' seperti di Semenanjung. Menurut Menteri bertanggungjawab ini, jalan raya di Sabah terutama yang dibina menyusuri tebing bukit menelan perbelanjaan menyelanggara yang tinggi setiap tahun.Ini disebabkan kerana Sabah merupakan sebuah negeri yang berbukit bukau dan dikelilingi oleh dua buah banjaran yang menyulitkan untuk pembinaan jalanraya menghubungkan bandar-bandar utama di negeri ini.
Justeru itu langkah JKR untuk membuat kajian bagaimana membina jalanraya yang melangkaui kawasan berbukit dilihat sebagai 'alternatif' buat masa ini. Jalanraya menghubungkan Kota Kinabalu - Kundasang, Ranau merupakan antara kawasan berisiko tinggi berlakunya kemalangan disebabkan oleh keadaan Jalan raya yang tidak sempurna. Jalan raya di kawasan ini bukan sahaja bengkang-bengkok tetapi juga banyak berlubang sehingga menyulitkan pengguna melalui kawasan ini. Begitu juga jalan raya Kota kinabalu - Keningau. Jalan raya ini juga boleh mengundang bahaya tanah runtuh ketika musim hujan. Kedudukan bandar-bandar utama di negeri Sabah yang terpisah jauh antara satu sama lain menyukarkan lagi pembinaan jalan raya kerana menelan kos yang tinggi.Misalnya Kota kinabalu - Tawau pada masa ini dihubungkan melalui jalan darat sepanjang lebih 500 km dan memakan masa lebih 8 Jam.walaupun Jalan KALABAKAN hampir siap menghubungkan Tawau,Keningau dan Kota Kinabalu, dan mampu memendekkan masa perjalanan, namun dilihat masih menyukarkan pengguna terutama di daerah Semporna, Kunak dan Lahad Datu. Begitu juga dengan pembinaan Jalan raya Beluran - Pitas tidak memberikan kemudahan kepada pengguna jalan raya dari pantai timur yang ingin ke Kota Kinabalu,. Pendek kata 'pengguna' jalan raya masih menggunakan jalan raya Telupid - Ranau yang boleh dikatakan 'sentiasa' uzur, berlubang-lubang dan tidak rata serta licin ketika musim hujan.Kerajaan negeri seharusnya mengambil langkah melebarkan dan menaiktaraf jalan raya penting ini sebagai usaha memacu ekonomi di pantai timur .Di harapkan dengan pengumuman penting Datuk Shaziman sekurang-kurangnya masyarakat di Pantai Timur Sabah ini akan lebih 'selesa' untuk berkunjung ke Kota Kinabalu. Jangan pula seperti "ayam bertelur riuh sekampung"