Showing posts with label masyarakat.. Show all posts
Showing posts with label masyarakat.. Show all posts

Monday, December 28, 2009

TRAGEDI DAN IKTIBAR




gambar di atasmenunjukkan ADUN TEMPASUK , Datuk Musbah mengunjungi mangsa kebakaran di Kg. Tamau, Kota Belud





gambar diatas adalah kebakaran sebuah kelab malam di Indonesia.


gambar menunjukkan Ahli parlimen Kota Belud, DARD meninjau kebakaran di kampung Taun Gusi.

Thursday, September 3, 2009

HARGA MAKSIMUM 18 BARANG TERKAWAL


Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menetapkan harga maksimum borong dan runcit bagi 18 jenis barang harga terkawal pada musim hari raya bermula 13 hingga 27 September ini.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, barang harga terkawal itu ditetapkan berbeza mengikut 138 kawasan seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

"Kementerian menetapkan harga barang terkawal ini kerana kita tidak mahu peniaga menaikkan harga sesuka hati," katanya pada sidang akhbar, di sini hari ini.

Beliau berkata, tiga jenis barang baru turut dijadikan barang kawalan pada musim perayaan kali ini iaitu ubi kentang import (Indonesia dan China), kacang tanah import dan bawang putih.

"Harga bawang putih dikawal kerana barangan tersebut telah meningkat harganya akibat harga import dari China yang tinggi pada masa ini memandangkan pengeluaran di sana berkurangan," katanya.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, kebanyakan harga maksimum borong dan runcit yang ditetapkan kali ini adalah sama berbanding tahun lalu kecuali harga bagi ayam, kubis bulat import dan tomato.

"Harga ayam ini lebih rendah di 114 kawasan kerana trend harga ayam ketika ini adalah stabil dan bekalan dijamin mencukupi berdasarkan maklum balas daripada Jabatan Veterinar dan industri.

"Bagi kobis bulat import dan tomato juga ditetapkan lebih rendah masing-masing di 88 dan 100 kawasan disebabkan lambakan bekalan akibat peningkatan pengeluaran di ladang melebihi permintaan di pasaran," katanya.

Sementara itu, katanya, semua peniaga barang harga terkawal itu perlu memiliki lesen khas dan menggunakan plat tanda harga berwarna merah jambu serta wajib mempamerkan lesen mereka.

"Sebanyak 7,892 lesen telah dikeluarkan seluruh negara untuk musim perayaan Hari Raya Puasa tahun ini dan peniaga dinasihatkan mematuhi syarat-syarat lesen serta tidak menjual barang harga terkawal ini melebihi harga maksimum yang ditetapkan," katanya.

Tuesday, September 1, 2009

HARGA MINYAK DAN BEBANAN RAKYAT.


Sekali lagi rakyat menyaksikan kenaikan harga minyak melibatkan penggunaan minyak patrol RON95 yang dikatakan diperbaiki mutunya daripada asalnya RON92 yang dijual pada kadar RM 1.75 sebelumnya, kini harga minyak itu melonjak kepada RM 1.80 seliter menyaksikan kenaikan RM.05 sen. Manakala harga minyak patrol RON97 ialah RM 2.05 seliter. Kenaikan harga minyak di Negara ini telah banyak menimbulkan keresahan banyak pihak. Malahan sebelum ini pun ketika harga minyak dunia melambung tinggi kerajaan telah melaksanakan pelbagai langkah untuk meringankan beban rakyat. Selain dikatakan menampung jumlah subsidi yang berbilion ringgit, Kerajaan juga telah memperkenalkan “REBET TUNAI” kepada seluruh pengguna kenderaan di Negara ini. Walaubagaimanapun REBET berkenaan telahpun berakhir.



Apa yang jelasnya setiap kali berlaku kenaikan harga minyak, yang selalu menjadi sasarannya ialah “pengguna’ kerana tentunya harga barang keperluan akan terus menyaksikan kenaikan yang mendadak. Apakah rasionalnya kerajaan menaikkan harga minyak ini di saat rakyat Islam akan menyambut ketibaan Hari Raya dalam seminggu dua lagi..? Apakah jaminan bahawa harga barangan keperluan tidak akan dinaikkan oleh pemborong dan perincit di musim perayaan ini..? Apakah nasib masyarakat luar bandar dan pedalaman apabila harga barang keperluan akan naik ekoran kenaikan harga minyak ini ..? Adalah diharapkan agar kenaikan harga minyak , dipantau bersama kenaikkan harga barangan..Supaya rakyat tidak terus terbeban dengan kenaikan ini. Ketika mengulas isu berkenaan, Salahuddin Ayub yang juga Naib Presiden PAS menyatakan bahawa kenaikkan harga minyak ini akan membebankan rakyat seperti yang dilaporkan oleh harakah daily. Sama ada benar atau tidak ..kerajaan sepatutnya sudah bersedia untuk menjawabnya.

Saturday, August 29, 2009

RAKYAT MISKIN LUAR BANDAR PUN MAHU ???


Datuk seri Najib telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM 100 juta saham untuk rakyat miskin di Bandar sebagai langkah untuk membantu golongan ini yang dikatakannya terdesak akibat kos dan sara hidup yang tinggi. Pengumuman ini tentunya akan menggembirakan rakyat yang tinggal di Bandar..sekurang-kurangnya dapatlah mereka menyambut Hari Raya yang bakal menjelang beberapa minggu ini dengan lebih ceria. Namun bagi masyarakat luar Bandar dan pedalaman di sabah, mereka masih tertunggu-tunggu apakah pengumuman kerajaan untuk membela nasib mereka. Sebelum ini Subsidi minyak tanah yang diumumkan untuk membantu masyarakat luar Bandar miskin hanya dikatakan memberi kesan kepada segelintir dan tidak bersifat menyeluruh. Jalanraya dan keperluan asas lain seperti bekalan air bersih ,dan bekalan elektrik masih lagi seperti dulu. Rakyat masih lagi tidak terbela…harga barang di kawasan luar Bandar masih lagi tidak berpatutan, kadang-kadang naik melambung tinggi daripada harga barang di supermarket besar yang kononnya di kawal harganya oleh kerajaan. Peningkatan kos pengangkutan dijadikan alasan oleh pemborong dan peruncit untuk menaikkan harga barang. Gula kalau dijual denganh harga RM.1.45 di kampung harganya mencecah RM 2.00 sekilo. Bayangkanlah bagaimana kehidupan masyarakat kampung yang sudahlah jauh terpencil dari arus pembangunan, tercicir lagi dari segi maklumat dan berita.


PM pula dilihat lebih banyak membantu golongan masyarakat yang hidup di Bandar sebaliknya menyerahkan urusan berkaitan dengan nasib penduduk luar Bandar dan pedalaman kepada para menterinya, yang sekali-sekala turun dan kemudian balik membawa data..bantuan tidak sampai-sampai sehingga pilihanraya. Mungkin sebagai rakyat biasa tidak salah kita bertanya selama Datuk seri Najib jadi PM kita, pernahkah dia membuat lawatan mengejut di kawasan Pedalaman ? melihat sendiri kesengsaraan rakyat di sana..Bagaimana dengan “rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan:..Barangkali tinggal slogan sahaja…

Saturday, August 15, 2009

KAWASAN PANAS


Kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa kawasan berisiko atau kawasan panas penularan wabak H1N1 di negara ini tidak perlu diumumkan, mengundang banyak pandangan tidak bersetuju dengan langkah kerajaan ini. Dengan hanya berfikiran bahawa, jika kawasan panas diwartakan, maka rakyat yang berada dalam kawasan putih akan mengambil lewa kepada penularan wabak merbahaya ini adalah tidak lojik dan berunsurkan kepada pedapat peribadi. Ini kerana dunia telahpun mengisythiarkan beberapa negera seperti Mexico dan AS sebagai kawasn panas, supaya rakyat di seluruh dunia menghadkan lawatan ke negara berkenaan.



Jika berdasarkan kepada pertubuhan kesihatan sedunia, (WHO), rakyat di negara ini berisiko dijangkiti wabak ini sehingga mencecah 5 juta orang atau 20% sekiranya tidak ada usaha berterusan membenteras penularan wabak ini. Justeru itu kerajaan perlu memikirkan semula untuk mewartakan kawasan berisiko supaya rakyat atau masyarakat menghadkan lawatan ke kawasan itu. Dan kalaupun terpaksa mereka akan lebih berhati-hati menjaga kebersihan diri termasuk memakai topeng penutup muka. Menghadapi virus ini dengan mengetahui kawasan berisiko adalah lebih baik daripada tidak tahu langsung. Jangan apabila sudah semakin parah, barulah mengambil langkah sedemikian. waktu itu sudah terlambat..