Sunday, August 2, 2009

KONSPIRASI POLITIK MELAYU : PERCUMA.


Mesyuarat perwakilan bahagian UMNO KB untuk memilih wakil-wakil G7 ke perhimpunan Agung UMNO telahpun berakhir semalam. Tidak banyak yang boleh diperkatakan kerana keputusan telah PUN DIKETAHUI dan nama-nama besar sebenarnya kecil seperti Datin Saida dan SERIN mendominasi keputusan para perwakilan. Kecekapan perayu undi dan setiausaha peribadi mereka menyusun strategi untuk mempengaruhi keputusan para perwakilan telah menyebabkan mereka menduduki antara kerusi teratas perwakilan G7 ini. Namun apa yang menariknya ialah ada perwakilan yang juga seorang blogger yang mengedarkan buku politik percuma ,sama ada sebagai kenangan ataupun strategi politik untuk imej perwakilan itu. Saya sendiri ‘gagal’ mendapatkan buku tersebut kerana saya tidak berkesempatan untuk di dewan masyarakat Kota Belud. Namun akhirnya buku percuma ini dapat juga saya perolehi dan sempatlah saya membacanya 2 ke 3 kali.Menyelami sendiri buah pemikiran penulis yang sebelum ini dikatakan satu-satunya penulis Sabah yang membicarakan politik Nasional. Dengar-dengar khabarnya SDR Renggit juga antara bakal penulis Sabah yang akan berkecimpung dalam dunia penulisan genre politik. Tunggu sajalah!

Secara lebih leteral saya tidak banyak mempersoalkan idea dan pandangan politik penulis..yang pada saya sekali-sekala telus dan dalam beberapa hal bersifat tertutup. Saya tidak menyalahkan Penulis, kerana hal ini berlaku mungkin Penulis buku ini sendiri adalah ahli UMNO dan Aktif dalam politik di Sabah. Pendedahan Penulis bahawa beliau adalah antara orang penting dalam mempengaruhi para perwakilan untuk mencalonkan Tengku Razaliegh sebagai Presiden UMNO di Sabah, sehingga meninggalkan kerjayanya sebagai penjual nasi lemak di Asia City, bagi saya, satu pendedahan yang tidak berselindung. Namun ada motif politik dan moral di sebaliknya. Banyak isu yang dibicarakan tidak berdiri atas kapasiti sebagai penulis dan pengkritik yang telus. Dan sebagai pejuang UMNO. Hal ini biasa kerana penulis sendiri mendukung perjuangan UMNO. Jadi, isu seperti Sabah Fixed Deposit tidak dilihat dalam kerangka yang adil dan terbuka. Seseorang penulis perlu tidak memasukkanm pengadilan moral dalam penceritaanya untuk membolehkan pembaca meletakkan pandangan penulis dalam ruang berat sebelah. Namun sejauh mana penulis boleh berbuat demikian adalah bergantung kepada control emosi dan mindanya…

“Konspirasi Politik Melayu “ pada dasar dan asasnya satu buku politik yang sangat releven diedarkan kepada perwakilan UMNO KB. Kerana Konsep perjuangan UMNO di semenanjung adalah sama dengan di Kota Belud. Namun buku ini banyak memperkatakan isu-isu nasional daripada isu tempatan khususnya citra perjuangan UMNO di Kota Belud. Hal inilah yang bagi saya, memesongkan sedikit peranan dan tujuan asal buku ini diberikan PERCUMA. Bukan melukis citra UMNO di KB, tetapi lebih kepada popularity penulis. Mungkin ucapan DSSK dalam persidangan itu boleh diperhatikan.


“ Ahli kita sudah matang dan dewasa,lantang bersuara dan berani mengkritik.Mereka mengintai setiap perilaku, tindak-tanduk dan pergerakan pemimpin mereka.Jika tidak disenangi, mereka meluahkannya tanpa segan.Mereka menggunakan pelbagai wadah dan saluran media, termasuk media alternative, untuk menyampaikan pandangan mereka..

Ada antara mereka ini mempersoalkan kehadiran parti di Sabah dan melihat isu-isu dari perspektif yang berbeza. Mereka utamakan “kepentingan dan hak Sabah”..”

Kerangka idea dalam Buku “KOnspirasi Poitik Melayu “ ini ternyata terlalu besar untuk perwakilan di KB. Dan memerlukan masa dan pengamatan yang mendalam untuk difikirkan. Jika tujuan penulis mengedarkan buku ini sebagai bantuan kempen kerana penulis sendiri adalah calon G7, maka saya berpandangan tujuan itu ‘gagal’ disempurnakan. Seperti yang saya katakan, para perwakilan masih melihat isu-isu tempatan terutama hala tuju kepimpinan UMNO KB. Saya merasakan penulis perlu menghasilkan buku KONSPIRASI POLITIK BUMIPUTERA DI SABAH yang menyentuh isu-isu politik di negeri Bayu ini..dan memberikan penekanan kepada UMNO KB. Jika ini boleh dibuat, mungkin penulis akan dapat dibaca pemikirannya oleh perwakilan..dan tidak mustahil dipilih menganggotai UMNO KB..biarpun tidak ada modal wang ringgit dan pengaruh yang kuat.Kerana Generasi muda..terpelajar kini…lebih suka menyelami pemikiran pemimpin daripada menerima habuan wang ringgit. SELAMAT BERJUANG UNTUK SDR.MUSLI OLI.

4 comments:

SI RENGIT said...

salam...

Saya perpendapat dengan saudara depu-depu...intipati sebenar merujuk tajuk buku hasil karya saudara musli...tidak menepati sasaranya..apapun saya bangga dengan pendirian saudara musli kini....

Isyallah saya sedang mengumpul bahan...mana tau dapat tiru masam saduara musli...tapi saya jual "minda" saja sekarang....tidak pandai masak nasi lemak...la...syabas saudara...

DEPU-DEPU said...

Salam sdr renggit..

Tq dengan response sdr mengenai buku ini..sewajarnya menjadi pengajaran kepada kita untuk menyusun strategi yg lebih ampuh dalam mewarisi kepimpinan daerah..tq sekali lagi.

kelapa mawar said...

Salam sdr depu-depu..

Ma kasih dengan pandangan sdr ini..telus dan bersahaja...mana sdr Musli..katakanlah sesuatu..

DEPU-DEPU said...

salam sdri kelapa mawar

Sdr Musli masih tidur kepenatan dia jadi calon G7