Thursday, June 25, 2009

MATAHARI, BULAN DAN BINTANG




Semalam sebelum kami sekeluarga melelapkan mata, anak sulung saya yang berusia 8 tahun, dan kembarnya tiba-tiba bersuara.Katanya, “ papa, mau kah mendengar satu cerita”? Saya dan Maminya terkejut, kerana sebelum ini, anak saya tidak pernah pun ‘menawarkan’ diri bercerita ketika waktu tidur..Maminya memandang terus kepada saya seolah-olah mengiyakan permintaan anak itu. Saya menjawab …” Eya, papa dan mami mau mendengarnya, cerita apa sayang”?... “ Cerita tentang Matahari, Bulan Dan Bintang…Ujar nya sambil tersenyum… Bertambahlah rasa ‘kepingin’ yang amat sangat dalam hati saya untuk mendengar cerita itu..
“ Papa tahu kah, konok-konok pada masa dulu, Matahari, Bulan dan Bintang itu,… pandai bercakap..? maminya menjawab ringkas…”betulkah boleh bercakap”?.. “eya Mami..” celah adik kembarnya pula.
“ Dulu Matahari, Bulan Dan Bintang, bersahabat baik..mereka saling mengambil berat, masing-masing…sebab mereka tinggal di awan kan”… Si Kakak menambah ceritanya.. “Dulu…Matahari, Bulan dan Bintang, ada mempunyai anak… Anak mereka ramai…”
Pada suatu hari, si Matahari berkata kepada Si Bulan dan si Bintang, “ Apa akan jadi dengan kita ni… makanan semakin kurang, anak pula semakin ramai….lama-kelamaan jika keadaan ini berlarutan, kita akan kebuluran…Lihatlah langit ini,, mendung hitam pekat..menandakan ribut akan berlaku dan kita semua akan mati..’
Si Bulan menjawab… “ Betul apa yang kau cakap tu matahari. Kita kena mencari ikhtiar untuk mengatasi masalah ini…kalau tidak kita akan mati..”
Si Bintang pula bercakap “Apa jalan atau cara yang kita boleh ambil…”

Setelah berfikir lama, akhirnya Si Matahari mengusulkan.. supaya mereka ‘makan’ anak-anak mereka, jadi dengan cara itu, makanan tidak akan berkurangan… Setelah mendengar penjelasan Matahari itu, Si Bulan pun bersetuju…tetapi si Bintang merasa berat hati… kerana ‘masih’ ada perasaan sayang kepada anak-anaknya…Tetapi si Bintang terpaksa ‘menjaga’ hati kawan-kawanya itu pula.
Setelah tiba hari yang dijanjikan, akhirnya..Si Matahari pun makan kesemua anaknya…Manakala si Bulan juga turut sama ‘memakan’ anak-anaknya…
Si Bintang pula oleh kerana terlalu sayang dengan anak-anaknya, dia menyembunyikan anak-anaknya di balik awan…kerana tidak sampai hati memakan anak-anaknya itu
Setelah Matahari dan Bulan ‘memakan’ anak-anak mereka…akhirnya tidak semana-mana, mendung pun berarak pergi, langit kembali cerah…dan Matahari dan Bulan terkejut kerana…cuaca yang cerah itu menampakkan anak-anak bintang yang ramai bertaburan di dada langit..Menyedari kesilapan mereka membunuh anak-anak, Matahari dan Bulan mula bergaduh…Kata Bulan…” gara-gara kaulah aku membunuh anak-anak ku.. sekarang lihat langit pun sudah cerah…” Matahari pula menyalahkan Bulan kerana tidak menghalangnya, ketika mengutarakan idea itu….Pergaduhan mereka ini membawa kepada persengketaan yang panjang… Matahari tidak mahu berjumpa dengan Bulan lagi…
“itulah…Matahari itu keluar pada waktu pagi sahaja, Bulan pula keluar waktu Malam”…Kata anak saya lagi,seolah-olah membuat kesimpulan..” Si Bintang, pula… hidup aman dan damai bersama anak-anaknya”.. “ Saya suka Si Bintang…kerana dia sayang dengan anak-anaknya…” ujarnya lagi sambil menutup ceritanya..

Saya dan isteri begitu terharu mendengar ceritanya…Dalam usia yang begitu muda, anak-anak pun sudah dapat menilai ‘kasih sayang’ seorang bapa dan ibunya…Setelah anak kembar saya ini lena dibuai mimpi..saya sempat mengulas cerita ini kepada Maminya… Dan pada pagi ini ketika bersarapan bersama saya memulakan cerita pagi…. Dengan anak-anak kesayangan saya berkenaan dengan ceritanya semalam’.. KATA Saya ..” cerita kakak semalam tu ,banyak pengajaran yang kita perolehi, antaranya..”
Antara pengajaran yang boleh diperolehi dari cerita Si kecil ini..:
1. Sayangilah anak-anak kita yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepada kita.
2. Jangan mudah terpedaya dengan hasutan orang lain.
3. Bersikap sabar ketika ditimpa kesusahan.
4. Jangan membuat keputusan secara terburu-buru, tanpa berfikir panjang.
5. Berfikir secara waras dan matang, ketika mengambil keputusan.

2 comments:

zai said...

Indahnya dunia kanak2 kerana sering belajar sesuatu yang baru setiap hari dan tidak bermusuhan seperti orang dewasa..i wish i can go back to my childhood time...rindu pula rasanya

DEPU-DEPU said...

Sala zai....

Ya..begitulah realiti'kehidupan' kanak-kanak..mereka berkembang mengikut pengalaman yang diperolehi..tQ kerna bertandang lagi..