Friday, June 12, 2009

Benarkah MCA akan keluar BN ?


Benarkah MCA akan keluar dari BN? Sudah menjadi topik perbincangan di warung-warung kopi.Malah ada yang berani meramalkan bahawa MCA akan meninggalkan BN.Desas desus ini bertiup kencang apabila Presiden MCA DS Ong Tee Kiat melalui laman blognya memuatkan punggutan suara ‘Patutkah MCA meninggalkan BN’?. Melalui punggutan suara itu maklum balas yang diterima ialah 2,592 orang, sebanyak 75.8 peratus bersetuju supaya MCA keluar BN manakala 24.3 peratus tidak bersetuju dengannya. Setelah mendapat maklum balas itu, Ong Tee Keat menjelaskan bahawa ia hanyalah sebagai kaji selidik untuk tujuan akademik parti MCA. Perkara ini turut diakui oleh PM DS Najib Tun Razak.


"Setahu saya, MCA tak ada niat untuk keluar daripada BN. Mungkin pungutan suara itu bersifat akademik tapi kedudukan MCA memang sentiasa sebagai rakan kanan dalam BN," begitulah antara komen awal yang diberikan oleh PM ketika menjawab soalan wartawan mengenai berita sensasi itu.Apakah pula selepas ini MIC dan GERAKAN akan mengadakan kaji selidik sedemikian? Atau apakah niat MCA itu sebenarnya untuk menakut-nakutkan masyarakat Cina? Tidak dapat dipastikan.

No comments: