Dunia artis sememangnya penuh dengan ‘glamour’..Tidak cukup dengan perhatian peminat ketika berada di pentas atau di layar perak, kehidupan peribadi artis juga menjadi tumpuan umum.Kadangkala sebagai manusia biasa, artis juga tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. Itu diakui oleh semua manusia. Namun pendedahan media massa terhadap golongan ini, banyak menimbulkan tanggapan negatif…tidak kurang juga yang ‘menyelar’ golongan yang yang selalu dikaitkan dengan ‘ikon’ masyarakat ini apabila mendedahkan beberapa adegan yang melanggar norma dan tatasusila masyarakat setempat. Bagi peminat fanatik artis pujaan mereka menjadi ikutan, bahkan ada yang sanggup mengeluarkan ‘kos free’ semata-mata untuk membantu menaikkan imej dan populariti artis pujaan mereka.
Dan pada pagi, ini ketika membelek-belek akhbar Kosmo, bertarikh 23 Jun.2009,mata saya tertumpu kepada berita pelakon, pelawak dan pengarah tersohor tanahair, Armaya Aman Ramlie atau nama glamour nya A.R. Badul. Artis yang berlakon dalam beberapa filem antaranya GURU BADUL dan DA DI DU ternyata mempunyai perawakan yang menarik dan peramah.Biarpun gaya dan gelagat artis ini Nampak ‘bersahaja’ ketika berada di pentas, namun ternyata dapat mengumpulkan ribuan peminatnya. Justeru itu saya jarang mengikuti perkembangan kehidupan peribadi artis ini. Walaupun saya meminati A.R. Badul ini sejak dulu lagi, terutama dalam beberapa filem lucunya.. namun rasa minat itu tidak sampai untuk ‘meneroka’ kehidupan peribadi beliau. Hanya kata orang ‘sekadar minat sahaja’.. Setelah membaca akhbar ini, rupanya pelakon dan pelawak ini sudah berkahwin sebanyak 5 kali..dan kesemuanya berakhir dengan penceraian…Terbaru perkahwinan artis ini dengan Muna Liza, juga membawa kepada penceraian apabila A.R Badul, 60 tahun dan Muna Liza,34 tahun bercerai secara tebus talak sebanyak RM1 di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur. Permohonan cerai tebus talak tersebut dibuat mengikut Seksyen 49 Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan ) 1984. Mengikut fakta, Cerai tebus talak ini bermakna isteri membayar wang kepada suami mengikut jumlah yang dipersetujui dan mahkamah pula memerintahkan suami melafazkan talak.
Begitulah hidup ini, ada pasang-surutnya.Jodoh dan pertemuan ini ditentukan oleh Allah, namun kita diharuskan berusaha dan berikhtiar bersungguh-sungguh untuk menjaga jodoh itu. Dan apabila sudah tidak ada persefahaman, maka kita dibolehkan untuk melakukan penceraian…Namun berdetik juga dalam hati saya…semua manusia ini sama…menempuh pelbagai dugaan dan cabaran dalam hidup ini..Semoga A.R Badul dapat bersabar dengan dugaan ini..
p/s Renungan:
“Benda halal yang paling dibenci oleh Allah ialah Penceraian”..
2 comments:
Salam ziarah kembali,
Saya rasa kalau dah byk kali sgt bercerai, A.R Badul pun kena muhasabah diri kat mana yg tak kena pada dirinya pasti ada sikap yg perlu diperbetulkan, walau apapun didalam perkahwinan tak selalunya cerah, bak kata P.RAMLEE sedangkan lidah lagi tergigit tetapi yang penting adalah sikap saling menerima pasangan masing2 seadanya..perkahwinan bukan mcm cerita cinderalla sentiasa indah tetapi memerlukan banyak pengorbanan dan rasa tanggungjawap terhadap pasangan masing2...
rezeki masing-masing...
diri sendiri yang menentukan jalan hidup..
Post a Comment