Keputusan Pakatan Rakyat menolak kewujudan Kerajaan Perpaduan, memang sudah diramal oleh banyak pihak.Ini berdasarkan kepada analisa politik semasa yang mengaitkan dengan pencapaian PR cemerlang dalam PRU 12 yang lalu. Kejayaan PR mengurangkan ‘perwakilan’ BN dalam dewan rakyat masih diagung-agungkan oleh ketiga-tiga Parti yang menganggotai PR ini. ‘Pembebasan’ DSAI dari penjara di era Pak Lah, seakan memberi suntikan baru kepada barisan pembangkang di Negara ini. Tokoh politik penuh kontrovasi ini dilihat amat besar signifikan nya dengan iklim politik Malaysia. Sejak mula lagi DSAI dianggap sebagai tokoh berpuaka yang boleh mengubah lanskap kepolitikkan di Negara. Bermula dari pemimpin pelajar ketika menjadi mahasiswa di sebuah IPTA , DSAI dianggap oleh sesetengah orang yang pro kepadanya sebagai ‘pejuang bangsa’.Dan Selepas mengetuai ABIM, sekali lagi DSAI menjadi ‘pujaan’ golongan pelapis selepas di label sebagai ‘pejuang’ yang mempunyai latarbelakang pegangan agama yang kuat. Namun apabila DSAI mengumunkan Kemasukan ke dalam UMNO, sekali lagi ‘mengemparkan’ pesada politik tanah air kerana sebelumnya Anwar Ibrahim dilihat mirip kepada perjuangan PAS. Biarpun mendapat pelbagai cemuhan, akhirnya tokoh ini Berjaya mendaki sehingga ke peringkat orang nombor dua dalam UMNO dan Kerajaan.
Walaupun bagi sesetengah orang berpandangan bahawa DSAI begitu cepat ‘naik’ meninggalkan tokoh-tokoh lama dalam UMNO seperti DS Najib dan TUN Ghaffar Baba , manun itulah ‘kehebatan’ tokoh ini dan akhirnya DSAI seakan direstui untuk menjadi Timb.Perdana Menteri dan Tim.Presiden UMNO. Malangnya langit tidak selalu cerah. Sekali lagi politik tanah air dilanda ‘Gempa’ yang maha dahsyat apabila DSAI dipecat dari UMNO dan Kerajaan pada tahun 1998. Gerakan dan laungan‘Reformasi’ masih lagi terniang-niang di telinga kita,apabila ribuan penyokongnya ‘membanjiri’ jalanraya di ibu kota sebagai protes kepada kerajaan.Dan bermula dari situ Anwar Ibrahim dikaitkan dengan pelbagai ‘skandal’ yang membawa kepada pemenjaraannya. Semasa di penjara tokoh ini sempat ‘menyeludup’ keluar surat-surat yang berbaur ‘perjuangan’ kepada penyokongnya. Situasi inilah yang menjadi factor Anwar Ibrahim tidak ‘dilupakan’.
Fenomena semasa politik Negara, sekali lagi menyaksikan bagaimana tokoh berpuaka ini mengetuai barisan pembangkang dan yang terbaru…percaturan politik DSAI menyebabkan Penubuhan Kerajaan Perpaduan yang dicetuskan oleh rakan karib dalam Pakatan Rakyat di tolak dengan begitu mudah. Ketika melayari Azlishauki.blogsport. saya tidak terkejut dengan ulasan penulis dalam isu kegagalan penubuhan kerajaan Perpaduan :
“ Saya memohon kepada pihak kerajaan, agar Anwar Ibrahim yang jelas merupakan punca kepada perpecahan dalam kalangan masyarakat di Malaysia segera diheret ke muka pengadilan, kerana sudah jelas bahawa beliau sama sekali tidak mahu negara ini terus aman dan sentosa, sebaliknya beliau masih mahu memainkan isu perkauman, agar rakyat saling membenci antara satu sama lain. Anwar harus menanggung segala dosa ini.”
Ini kerana dari awal lagi saya menjangkakan bahawa ‘keberjayaan’ penubuhan kerajaan Perpaduan ini adalah antara lainnya bergantung kepada ‘percaturan politik’ DSAI ( rujuk ,Kerajaan Perpaduan : Mimpi atau Realiti).Ternyata ‘jampi serapah’ DSAI untuk mempengaruhi PAS berpaling dari idea asalnya, berhasil...Begitu kuatnya ‘kepuakaan’ yang dimiliki oleh DSAI.
“Dalam PR, PAS dan DAP menjadi ‘kambing hitam’ bagi PKR”... begitulah antara komen awal rakan saya ketika bersembang ‘santai’ mengenai kegagalan penubuhan kerajaan perpaduan ini...Sama ada betul atau tidak...banyak analisis politik yang boleh kita perolehi..Tetapi pada hemat saya, ramai yang bersetuju dengan ungkapan ini.Asasnya ialah bila TGNA dan DSAI dilihat sebagai ‘ bersahabat rapat’ secara peribadi dan politik.Kedua-dua tokoh ini dilihat sebagai ‘killer’ dalam PR. Penolakan awal TGNA terhadap gagasan kerajaan perpaduan ini, ternyata ‘membangkitkan’ rasa ‘benci’ penyokong PAS kepada UMNO. Lihatlah kenyataan akhir TGHA yang menganggap bahawa UG adalah satu fitnah besar yang dipermainkan oleh UMNO dan BN bertujuan memecahbelahkan PR.Sedangkan idea asal adalah datang dari TGHA sendiri.Nah! disinilah buktinya bahawa DSAI sememangnya ‘berpuaka”.
No comments:
Post a Comment