Saturday, June 13, 2009

Iranun Dan Pasar Ikan Kota Belud



“Apabila membincangkan kedudukan masyarakat Iranun dalam bidang ekonomi,sebenarnya tidak banyak yang dapat diperkatakan.Ekonomi masyarakat Iranun masih jauh daripada memuaskan”( Iranun Sejarah dan adat Tradisi-Dt.Bandira Dt.Alang,DBP:1992) Begitulah antara komenter penulis dari suku kaum Iranun ini ketika memperkatakan tentang pencapaian ekonomi masyarakatnya. Biarpun sudah 17 tahun berlalu, isu yang beliau bangkitkan ini masih terus releven terutama kepada masyarakat Iranun di Kota Belud.Saya masih ingat lagi ketika buku Iranun Sejarah dan adat tardisi ini diterbitkan oleh DBP, ketika itu saya sebagai student di salah sebuah Sekolah Menengah Agama Berasrama Penuh di Kota Kinabalu.Dan waktu itu saya sangat-sangat ‘menghargainya’ kerana pada waktu itu buku tersebut merupakan satu-satunya buku yang dihasilkan oleh anak suku Iranun yang menceritakan perihal susur galur dan peradaban masyarakat Iranun. Dan setelah 17 tahun, saya masih menyimpan khazanah berharga ini.kerana saya berpendapat kalau Orang Melayu merasa perlu ‘menghormati’ Sulalatus Salatin atau Sejarah Melayu, biarpun bersifat sastera sejarah,mengapak pula Buku Iranun ini tidak menjadi rujukan dan simpanan generasi muda dari suku Iranun sendiri.Sedangkan buku ini ditulis secara ilmiah dan bersandarkan kepada bukti-bukti sejarah.

Namun apa yang saya utarakan dalam penulisan ini adalah berkaitan dengan ekonomi masyarakat Iranun di Kota Belud.Antara aktiviti ekonomi ini ialah bekerja sebagai nelayan.

“….Sumber utama ekonomi masyarakat Iranun ialah pertanian dan perikanan.Lapangan Pertanian dan perikanan merupakan dua lapangan yang menjadi warisan masyarakat Iranun turun-temurun.Dalam bidang pertanian,tanaman utama mereka ialah padi sawah.Dalam bidang perikanan pula,dikatakan bahawa nelayan Iranun adalah nelayan yang mahir dan mempunyai kepakaran yang tinggi.walau bagaimanapun, dengan keupayaan yang terbatas,mereka masih mengusahakannya dengan cara terdisional”. ( Iranun Sejarah adat dan Tradisi ;Dt.Bandira Dt.Alang:1992)

Dalam bidang perikanan ini termasuklah aktiviti meraih ikan, menjadi orang tengah dan juga menjual ikan di Pasar besar Kota Belud selain di kawasan sekitar Kota Kinabalu. Seingat saya, Pasar Besar Kota Belud ini amat ‘sinonim’ dengan masyarakat Iranun kerana hamper 98% peniaga ikan di Pasar itu adalah dari suku Iranun. Sebut saja ‘Pasar Besar Kota Belud’ orang akan mengaitkannya dengan orang Iranun. Sejak dulu lagi ‘penjual’ ikan di Kota Belud didominasi oleh suku ini. Jika bersandarkan kepada komenter penulis buku Iranun ini, ternyata ada kebenarnya, kerana aspek kegiatan ekonomi ini tidak banyak mengubah masayarakt Iranun. Orang Iranun masih menjalankan perniagaan ini secara ‘sara diri’ dan bersifat ‘keluarga . Tidak ada yang berani ‘menyonsang arus’ dengan mengubah cara kegiatan menjual ikan ini dengan cara yang lebih moden. Bahkan sepanjang pemerhatian dan pengetahuan saya tidak ada’ organisasi perniagaan’ yang ditubuhkan untuk tujuan penyelarasan terutama berkaitan dengan kewangan.Kalau ada untung akan dibahagi sama rata. Sangat mudah dan terhad sifat perkembangannya.

Atas persepi bahawa kegiatan menjual ikan ini sebagai kegiatan turun temurun, maka generasi belia yang tercicir dalam alam persekolahan akan menceburi kegiatan ekonomi ini sama ada secara ‘ikut-ikutan’ atau pun atas kesedaran membantu orang tua. Akibatnya pasar Besar Kota Belud makin ‘dikuasai’ oleh orang Iranun.Tapi yang malangnya, biarpun 30 tahun sudah berlalu, masih tidak ada orang Iranun yang benar-benar berjaya menjadi pengusaha menjual Ikan. Seperti awalnya saya katakana kerana orang Iranun masih ‘selesa’ dengan penguasaan mereka di pasar Besar itu. Persoalan yang perlu dijawab ialah sampai bila fenomena ekonomi orang Iranun ini bertahan?...

Sekali lagi saya berpandangan bahawa sudah sampai masanya golongan terpelajar suku Iranun ‘turun padang’ untuk mengembangkan kegiatan ekonomi yang menjadi nadi kehidupan hampir semua orang Iranun.Perniagaan ini boleh dikembangkan asalkan ada sikap sanggup menerima perubahan dan bertindak mengikut keperluan ekonomi bukannya bersifat ikut-ikutan .Sama ada benar atau tidak masih terlalu awal untuk diselesaikan,tetapi saya berkeyakinan bahawa tidak ada apa yang boleh mengubah seseorang itu melainkan dengan ‘ilmu’.Masyarkat Iranun juga akan berubah persepsi ekonominya dengan penerangan dan perbincangan yang berlandaskan kepada ilmu ekonomi moden. Cuba dan cubalah!!!

3 comments:

abd naddin said...

Teruskan. saya tertarik dengan tulisan ini.tahniah

SI RENGIT said...

SYABAS TUAN, TERUSKAN PERJUANGAN BANGSA KITA. BIAR PUTIH TULANG JANGAN PUTIH MATA..... SALURKAN LAGI IDEA DAN KOMEN BERNAS SAUDARA...! BUKA MATA BUKA MINDA PANDANG DAN LIHATLAH...! SYABAS TUAN...

DEPU-DEPU said...

tq atas komen kalian.untuk Abd naddin, tq kerana mengikuti blog ini.Si rengit, siapa lagi yang memperjuangkan bangsa Iranun kalau bukan kita...bersama...