Sunday, June 14, 2009

Chin Peng Dan Korea Utara




Beberapa minggu yang lalu kita disajikan dengan berita mengenai fahaman Komunisme yang mula dilihat bangkit semula setelah mengalami kejatuhan seiring dengan RUNTUHNYA kerajaan Soviet Russia beberapa tahun yang lepas. Dalam isu global Korea Utara yang mengamalkan fahaman komunis ini, nampaknya menunjukkan ‘taring’ apabila enggan mendengar suara masyarakt dunia untuk menghentikan program nuklearnya. Malahan dengan berani terus mengadakan beberapa ujian peluru Berpandu yang dikatakan merupakan senjata nuklear. ‘Keberanian’ Korea Utara ini dikatakan bersangkutpaut dengan ‘dendam lama’ dengan Amerika Syarikat yang pada ‘pandangan dunia’ mereka terlalu ‘menguasai’ dunia. Dunia barat ini dilihat begitu ‘Double Standard’ apabila menyentuh isu Nuklear ini.

AS tidak mahu ada Negara lain yang cuba membangunkan program nuklear,kerana AS sendiri berpendapat bahawa cukup sudah kuasa-kuasa besar dunia lain yang memiliki kekuatan perang ini.Dengan itu mudah bagi AS ‘mengontrol’ Negara-negara adikuasa ini.Dari satu sudut kita melihat tindakan AS ini ada kaitan dengan mengekalkan ‘penjajahan bentuk baru’ ke atas Negara-negara lain. Sebab itulah apabila AS dan sekutunya menakluk Iraq atas alasan membangunkan program nuklear seperti yang dibuat oleh Korea Utara, sekutu-sekutu rejim ini turut memberikan bantuan dan keupayaan ketenteraan.Seakan macam ada ‘pakatan rahsia’ sedia ada diantara Negara-negara ini. Memangpun ! kerana itulah pakatan ini digelar sebagai ‘tentera bersekutu’.Namun apa yang terjadi ialah anggapan AS dan sekutunya itu meleset apabila setelah Berjaya menumbangkan rejim Saddam Husein, As gagal membuktikan kewujudan ‘program nuklear’ itu kepada masyarakat antarabangsa.Paling menyayat hati dunia Islam apabila Presiden Saddam Husien menemui ajal di tali gantung dan disiarkan ke seluruh dunia. Satu lagi propaganda barat, bahawa konon dunia barat boleh buat apa saja di dunia ini tanpa halangan dari Negara-negara lain. PBB seperti ‘lembu dicucuk hidung’.

Dalam isu nuklear ini Iran juga masih dianggap sebagai ‘ancaman’ kepada AS dan sekutunya, kerana Iran juga membangunkan program nuklear. Apa yang membezakan Iraq,Iran dan Korea Utara ialah dari segi ‘Ideologi’ kerajaan. Itu Saja!.Iran dan Iraq adalah sebuah Negara Islam, korea Utara adalah Negara Komunis.Memang dari dulu lagi kita lihat Islam sudah tidak dianggap sebagai ancaman alaf baru kepada barat.Namun dengan keruntuhan empayar Rusia, As dan Sekutunya mendapat peluang keemasan untuk terus mengembangkan ideology mereka.Justeru itu bila Korea Utara, dengan ideology Komunis cuba membangunkan program nuklear ini, AS mula takut pada bayang-bayang.Sekatan ekonomi PBB ( Didalangi AS ) nyata tidak mengerunkan Korea Utara, bahkan ugutan itu dibalas dengan ugutan korea Utara akan menyerang Negara yang menyekat kepentingan ekonominya. Barangkali ‘buku sudah bertemu ruas’.Sekarang ! dunia dikatakan tertumpu kepada isu ‘Semenanjung Korea diancam perang Nuklear”. Obama pun mula ‘mati akal’ dengan ketegasan yang ditunjukkan oleh Korea Utara.Biarpun AS dan sekutunya dilihat mula mempersiapkan kelengkapan perang Nuklearnya di Jepun, namun itu hanya dikatakan sebagai ‘gertakan’ dari negera polis dunia ini. Mungkinkah Rusia juga akan turut serta bila korea utara di serang?...Dan Jika berlaku peperangan, Inikah yang dikatakan ‘perang dunia ke-4?.

Di Malaysia isu Korea Utara ini sangat-sangat releven.Apa tidaknya Malaysia sekali lagi ‘gempar’ dengan isu kepulangan Chin Peng yang merupakan bekas setiausaha agung PKM.’Ideologi’ Chin Peng sama dengan ‘ideologi’ Korea Utara.Komunisme!..Banyak pandangan pro dan kontra yang mendasari perbincangan tentang kebenaran pulang untuk Chin Peng. Dan lebih ‘memanaskan’ isu ini ialah apabila Ketua Umum Keadilan DSAI, menyatakan bahawa kerajaan patut membenarkan Chin Peng pulang ke Tanah Air. Pemimpin-pemimpin UMNO ‘kepanasan’ mendengar pendirian DSAI ini. Menteri Besar Melaka, menyatakan DSAI sebagai menggalakkan keganasan, sebagai reaksi awalnya mengenai pendirian PKR itu. Datuk Mukhriz pula mencabar DSAI untuk membuktikan kalau ada ahli tentera yang bersetuju dengan kepulangan Chin Peng. Nampaknya isu ini ‘memberati’ isu-isu lain di Malaysia. Isu ‘1 Malaysia’ mula hambar.Rakyat ‘terpikat’ dengan isu Chin Peng ini, kerana disinilah letakkan ‘kewibawaan’ kerajaan baru di bawah pimpinan DS Najib.Kerana isu Chin Peng ini melibatkan isu ‘keselamatan’ Negara di samping ‘isu kemanusiaan’.Rakyat masih tertunggu-tunggu apakah pendirian ‘kekal’ Negara dalam hal ini. Biarpun pendirian ‘awal’ tidak membenarkan kepulangan Chin Peng, namun dari sudut lain isu ini perlu dibincangkan dalam suasana ‘ilmiah’ dan tebal kemanusiaannya. Sesetengah pandangan berprinsip bahawa ‘memaafkan’ musuh di saat musuh tidak berdaya lagi adalah perbuatan mulia. Bersandarkan kepada peristiwa ‘Pembukaan Mekah’ Nabi mengambil jalan ‘memaafkan’ musuh Islam biarpun selama ini banyak mengorbankan nyawa pejuang-pejuang Islam pada waktu itu seperti Saidina Hamzah yang mati Syahid dalam perang Uhud.

Ada juga yang berpendirian bahawa Chin Peng bukan dari kalangan ‘musuh yang tidak berdaya’ ini kerana besar kemungkinan Idealogi komunisme nya akan di kembangkan di Negara ini melalui generasi muda yang dilihat mula ‘buta’ sejarah. Golongan ini berpendapat bahawa sekiranya Chin Peng dibenarkan pulang ia akan ,menjadi ‘api dalam sekam’ yang lama-kelamaan akan merosakkan perpaduan rakyat di Negara ini. Kalau ini yang dikhuatiri, mengapa pemimpin komunis lain seperti Samsiah Fakeh di benarkan pulang?...:Bagi Pandangan yang lebih ‘liberal’ sifatnya beranggapan bahawa kekejaman Komunis pada zaman perang dunia kedua tidak boleh diletakkan dibahu Chin Peng Seorang, kerana ramai pemimpin komunis lain turut mendapat ‘pengampunan’. Tapi lihat pula realiti dunia sebenar, Isu Korea Utara sebagai petanda ‘kebangkitan awal’ fahaman kominusme ini…Apakah ada relevennya dengan kepulangan Chin Peng? Fikirlah! Kerana sejarah itu pasti akan berulang, Cuma tempat dan caranya saja yang berlainan.

No comments: