semacam satu kejutan kepada rakyat apabila Timbalan Presiden UMNO yang juga orang no dua dalam pimpinan negara menggesa agar ahli-ahli UMNO perlu kembali ke "sekolah". Ketika merasmikan Mesyuarat UMNO bahagian Shah Alam, hari ini, Tan Sri Muhyiddin Yassin 'membakar' semangat ahli-ahli UMNO dengan mengibaratkan bahawa api yang semakin malap dalam UMNO perlu dibakar semula.
Justeru itu kata beliau, seluruh ahli UMNO perlu kembali ke sekolah, menggilap semula motivasi dan semangat perjuangan yang semakin pudar lantaran pencapaian buruk UBN dalam PRU-12. Menurut beliau lagi, satu modul yang dirangka yang mengutamakan 'mesra kepada rakyat'akan dijadikan sebagai garis pandu dalam penyemarakkan semangat perjuangan itu.
Begitu startegiknya perancangan parti UMNO untuk benar-benar melihat parti orang melayu tertua itu kembali dengan perjuangan yang mantap dan tersusun, sekaligus sebagai persediaan untuk menghadapi PRU-13. Kemenangan 'moral' dalam Pilihanraya Manik Urai baru-baru ini seakan menyedarkan UMNO bahawa parti yang suatu ketika menjadi nadi perjuangan orang Melayu ini masih relevan dan mendapat tempat di hati rakyat.
UMNO seharusnya pantas 'merebut' peluang keemasan ini untuk menawan hati rakyat. Dan sebelum itu seharusnya ahli-ahli UMNO perlu "dibersihkan' dari dosa dan noda perjuangan supaya mereka 'lahir' semula dengan semangat dan tekad yang baru. "SEKOLAH" menjadi satu perlambangan yang cukup luas sifatnya. Menandakan UMNO kini mula belajar dari pengalaman lampau, dan meramal soalan peperiksaan yang bakal dihadapi tatkala PRU-13.
Sudah sampai masanya UMNO dan BN perlu ke sekolah belajar semula 'Kira baca' masyarakat di negara ini. Merasai dengan empeti rintih rayu rakyat.Mendengar siulan dan dodoian malam masyarakat pedalaman yang daif dan tersisih. Kembali merasai sejuk panas teratak buruk rakyat miskin dan terbuang. Para Pemimpin UMNO dan BN tidak boleh lagi melihat dari jauh dengan hanya bergantung kepada repot-repot handphone yang kadang-kadang kabur dan sasau kerana banyak kawasan yang masih diluar pemantauan. Bangkit dan belajar tentu tidak akan cukup untuk mendapat "sijil'rakyat , kalau derita dan pedih rakyat tidak menjadi sasaran utama. Semoga dengan UMNO KEMBALI KE SEKOLAH, rakyat akan terbela dan UMNO buat kesekian kalinya menjadi menu utama dalam PRU-13.

3 comments:
salam sdr depu depu
saya secara peribadi menyatakan bahawa penulisan sdr sgt cantik dan kemas, mempunyai ayat yang tersusun,tertib perkataan yang kreatif..untuk pengetahuan sdr, sebelum ini saya mesti megikuti isu yang sdr utarakan, dan saya mendapati penulisan sdr sungguh kemas,ayat-ayat yang sdr gunakan sgt memukau kpd sesiapa yg membacanya..sdr sgt pandai memperhalusi kaedah dlm pengunaan ayat..isu yang kurang hangat pun menjadi lebih panas membara..saya tabik la sdr depu depu ini..
salam kembaqli Datu pitung..
Tq dengan pujian sdr..saya sesungguhnya masih lagi belajar...pujian itu hanya layak kepadaNYA..semoga sdr sukses selalu
Salam sdr depu-depu..
UMNO kena pilih sendirilah sekolah yg mana diaorang mau..
Sk Cina,Sk Melayu,Sk India..tapi kalau saya dia kena pilih sekolah rakyat lah..
Post a Comment