Gesaan TGNA supaya Nasharuddin Mat Isa, ‘melepaskan’ jawatannya sebagai timbalan Presiden PAS ketika membawa bendera kerajaan perpaduan cetusan ‘Bos’nya TGHA, nampaknya tidak berakhir di situ sahaja.Meskipun TGNA menarik balik kenyataannya, itupun setelah PAKATAN membuat ketetapan menolak gagasan kerajaan perpaduan itu tanpa syarat. Namun Nasharuddin Mat Isa seakan terus ‘dipinggirkan”. Sejak mula lagi…rakyat terasa sesuatu akan melanda NASA, apabila dia dilihat menjadi kambing hitam dalam ‘keteringinan’ TGHA merealisasikan cetusan ideanya mengajak UMNO menubuhkan kerajaan perpaduan. Bagaimana tidak ada prasangka sedemikian, sedangkan TGHA yang mencetuskan idea itu, NASA pula yang mendapat kritikan. TGNA dilihat ‘tidak’ berani membuat teguran kepada TGHA..Dan NASA yang pada perkiraanya, ingin seiringan dengan “bos’nya itu pula menerima padahnya. Apakah memang dalam PAS, NASA tidak disenangi…?atau apakah NASA dilihat lebih neutral keUMNOannya.?
Banyak pandangan politik yang dapat dicetuskan dengan tragedy kerajaan perpaduan itu dalam kamus politik NASA. Antara lainnya, mungkin ada sudah segolongan yang tidak suka kepada NASA yang dilihat tidak ‘layak’ menduduki kerusi nombor dua parti yang dikatakan berlandaskan Islam itu. Ada juga yang berpendirian bahawa ‘teguran’ TGNA itu terlalu ‘keras’ bagi seorang pemimpin Islam. Dan bagi yang berada ditengah-tengah permasalahan ini..turut menyalahkan NASA yang tidak ‘tahan’ menerima teguran seorang TOk Guru. Bagi sesetengah penyokong “seumur hidup” Parti PAS ini, teguran TGNA diibaratkan sebagai teguran seorang bapa kepada anaknya…Kadangkala, seorang bapa yang marahkan anaknya..akan menempelak dan mengusir anaknya dari rumah…Sedangkan itu bukanlah niat sebenar. Hanya bertujuan sebagai penegasan bahawa kelakuan anak tersebut sudah keterlaluan…
Dan kalau benar teguran TGNA itu adalah teguran seorang ‘bapa’ kepada anaknya. Adakah benar “ketidakhadiran “dan “ketidaknampakan” kelibat NASA dalam Pilihanraya Manik Urai ini sebagai ‘merajuk’? Sebagai timbalan Presiden, NASA mungkin “tidak’ patut membiarkan diri terus dalam “lembah kemerajukkannya”… Merajuk dengan membiarkan PAS berdepan dengan musuh tradisi UMNO dalam pilihanraya bukanlah suatu tindakan yang wajar..kerana dalam perjuangan politik, kekebalan dan kekuatan minda dan emosi adalah perkara yang sangat-sangat diambilkira..Jadi apalah sangat merajuk itu bagi seorang pemimpin?
Atau betulkah NASA dikatakan ‘malu’ dengan tindakannya memperjuangkan idea kerajaan perpaduan tanpa merujuk kepada Mursyidul Am PAS itu ?..sehingga menerima gesaan supaya keluar dari PAS..Dan kalau benar, NASA seharusnya bertindak melupakan perkara itu..kerana dalam perjuangan ada kalanya kita tersasar, dan adakalanya disasarkan oleh mereka yang berprasangka..dan ada juga termakan umpan untuk menjatuhkan kita…Keputusan menghadirkan diri dikhlayak ramai terutama di Manik Urai, mungkin bisa menguraikan perasaan ‘malu’ itu…Jadi di manakah NASA di Manik Urai?? Tiada siapa yang tahu.!
Kenyataan Pengarah pilihanraya PAS negeri, bahawa NASA tidak tersenarai dalam kempen di Manik Urai juga menjadi tanda tanya…Apakah NASA tidak dipelawa? Atau NASA sendiri yang tidak mahu menerima pelawaan?.. Apakah sebab kepada keadan ini? Ramai yang mengaitkan bahawa reputasi NAS ‘menurun’ setelah menerima teguran daripada TGNA. Dan lebih merumitkan lagi ialah apabila TGNA sendiri meminta NASA datang ke Manik Urai untuk “membersihkan “dirinya. Apakah yang dimaksudkan oleh TGNA dengan “membersihkan diri”..? Apakah ‘Dosa” NASA sehingga diminta membersihkan diri? Adakah hanya gara-gara menyatukan UMNO dan PAS dalam kerajaan Perpaduan maka NASA dikatakan berdosa?...Ungkapan itu perlu diperjelaskan sendiri oleh TGNA kerana pemimpin ini biasanya “berselindung’ disebalik perlambangan kata-katanya. Apa-apa pun ‘kehilangan’ NASA di Manik Urai memperlihatkan bahawa sebenarnya PAS ada pergolakkan dalaman.. sejauh mana ‘parah’nya pergolakkan itu..hanya TGNA yang dapat menjawabnya!!!..
3 comments:
salam?
penyakit jugak pas ni cigu.. kalah bah H1N1.
Salamkembali Mawar berduri
Tq dengan komen sdr dan kerana sudi bertandang...
Salam sdr depu-depu...
Bukankah NASA waktu tu sakit...suami saya cakap PAS tiada krisis kepimpinan..
Post a Comment