Jika kita soroti pasang surut parti pembangkang di negara kita...satu yang bersangkutan ialah macammana pun kerjasama yang dibuat, akan wujud juga ketidaksepakatan dalam kepembangkangan terutama dalam sesuatu isu berbangkit. Suatu ketika dulu Angkatan Perpaduan Ummah (APU) yang turut disertai oleh Parti serpihan UMNO, Semangat 46 menjadi landas kepada parti-parti pembangkang di negara ini.
Namun begitu juga akhirnya, APU ini terkubur. Bangkit lagi dengan slogan Barisan Alternatif (BA), parti-parti pembangkang bergerak dalam satu barisan yang bertujuan melumpuhkan Barisan Nasional tetapi juga gagal merebut pucuk pimpinan negara. Setelah DSAI keluar dari Penjara..PAKATAN RAKYAT pula diwujudkan..kata mereka konon suara rakyat! betul atau tidak hanya Rakyat yang Berpakat sahaja yang tahu.. Memang sudah dijangka bahawa Pakatan ini tidak akan bertahan lama...Bagaimana mungkin 3 buah parti yang berlainan ideologi dan matlamat boleh "tidur sekatil". Kalaupun boleh mungkin hanya bersifat sementara, namun "mimpi' mereka tetap berlainan.
PAS sebuah parti yang ingin menubuhkan sebuah negara Islam mengikut "pandang dunia' mereka, tentunya tidak sehaluan dengan DAP yang lebih merealisasikan konsep "Malaysian Malaysia". Manakala Bahtera DSAI pula PKR lebih kepada perjuangan keadilan...Tak tahu 'keadilan' untuk siapa??.. Rakyat menjangkakan bahawa dengan adanya peranan DSAI, maka PAKATAN RAKYAT ini akan mendapat nafas baru. Sebegitu, kerana salah satu sifat DSAI dalam kepolitikkannya ialah 'kemudahlenturannya" atau fleksiblety pandangannya yang boleh menyatukan ratusan malahan ribuan penyokong muda untuk memihak kepadanya. Namun pandangan itu....mungkin meleset kerana sekarang PAKATAN Semacam "retak menanti belah".
TINDAKAN DAP kedah keluar dari PAKATAN RAKYAT , bukan sesuatu yang harus dipandang ringan, apatah lagi tindakan itu dikatakan diambil berikutan tindakan kerajaan negeri Pimpinan PAS yang tidak menghormati pandangan parti berkenaan terutama dalam isu merobohkan kandang Khinzir di negeri itu. Perbuatan DAP Kedah ini, walaupun dikatakan oleh LIM GUAN ENG sebagai tidak sah dan perlu dibincangkan diperingkat pusat, namun ia satu tamparan hebat kepada PAKATAN RAKYAT yang selama ini menyembunyikan fakta bahawa wujud "ketidaklenturan idea dan fahaman" antara mereka. Seperti biasa, sebagai 'pembelaan diri diluar mahkamah rakyat", PKR menyalahkan Media Massa yang konon mengembar-gemburkan isu itu. Di Pihak PAS Kedah, pula berpura-pura tidak tahu menahu, sedangkan isu itu berlaku dalam 'selimut' politik negeri itu. Sebelum inipun kita dapat melihat bahawa dalam isu Kerajaan Perpaduan, PAKATAN RAKYAT tidak ada kesepakatan politik. TGHA..mencetuskan idea murni itu..tetapi PKR dan DAP mengakui tidak pernah dibawa berbincang tentang hal-hal yang berkait dengan titik bengik kerajaan perpaduan itu. Sekali lagi PAKATAN RAKYAT cuba menyembunyikan keretakkan pakatan mereka. Nasib baik DSAI dapat melenturkan rotan ketengangan itu dan akhirnya isu kerajaan Perpaduan ditolak secara totalnya. "kemudahlenturan' DSAI ini nampaknya tidak bertahan lama...kerana DAP Kedah Keluar Dari PAKATAN RAKYAT!.
Apakah Pilihanraya kecil Manek Urai ini akan memburaikan keretakan PAKATAN RAKYAT itu.? Biarpun atas kertas. UBN sukar untuk menang, tetapi ternyata masih ada harapan...kerana dalam politik semua yang berlaku ibarat misteri!

6 comments:
Cikgu Depu-Depu
salam ziarah,
Untuk julung-julung kali nya saya doakan agar Cikgu dan keluarga di Semporna sehat dan walafiat selalu.
Sebagai seorang guru saya, saya amat teruja membaca ulasan politik yang Cikgu huraikan dengan tepat ( pada pandangan saya).
Nampak nya akhir-akhir ini, telah ramai golongan pendidik yang perihatin tentang perkembangan politik di negara Malaysia am nya dan Negeri Sabah Khas nya.
pada saya, cikgu salah seorang dari pada nya.
Tahniah dan 'solute'.
Saperti Cikgu juga, pernah pada suatu ketika saya nyatakan kepada seorang blogger; mengapa BN tidak mengguna pakai kan kebolihan beliau (pada pandangan saya) yang sungguh bijak; apa lagi dalam mempertahankan BN daripada 'political attack' oleh kumpulan yang ber-idealogi pembangkang.
saya nyatakan bahawa tiba masa nya BN (UMNO) mengimplementasikan konsep transformasi yang di cadangkan oleh PM Datuk Seri Najib baru-baru ini.
Dengan menubuhkan satu kumpulan elite yang tidak semesti nya dari 'main streamline' parti. Maksud saya, mereka yang berpandangan luas, 'consistent' dan bersifat patriot saperti Cikgu dan lain-lain lagi yang saya kenal di luar sana.
Soal huraian Cikgu terhadap topik yang di paparkan, rasa nya tidak banyak yang boleh di pertikaikan. kerana itu ada lah hasrat dan pandangan mutlak Cikgu.
Cuma apa yang saya fikirkan bahawa telah lama kita tidak menghangatkan cerita fasal pembangkang ini. Pasti ada sebab di sebalik nya kenapa hal-hal yang menyusahkan ini berlaku.
Kalau dehulu nya, bilangan pembangkang di sana sini, 'boleh di kira dengan jari'. Namun sejak PRU12, bilangan mereka bertambah. Terutama sekali di Semenanjung dan golongan muda (warga cyber).
Di jangka kan, kalau tidak ada perubahan budaya dalam kadar yang segera pada para Pemimpin-pemimpin BN( UMNO) di Sabah ini, mungkin juga fenomena ini akan menular di sini. Mana lah tahu kan?
Walau pun buat masa ini, situasi politik disini, maseh dalam tahap 'saperti angin sepoi-sepoi bahasa', namun tiada jaminan bahawa ia nya tidak bertukar menjadi gelombang 'tsunami' saperti pernah berlaku ketika BERJAYA ambil alih dari USNO dan PBS ambil alih dari BERJAYA dehulu.
Kan orang kata ' dalam dunia politik macam-macam boleh jadi?'.
sekali lagi Salam hormat dari saya, Mantan Jurutera Daerah JKR Kunak
Salam kembali..
Mungkin tsunami politik spt yg sdr maksudkan itu akan berlaku jg di Sabah..kerana gelombang politik di Semenanjung lama kelamaan akan menular di sabah..cuma sama ada cepat atau lambat bergantung kepada banyak faktor...
salam ziarah,
saya amat terharu dengan ulasan saudara solymone dan tahniah kepada saudara depu-depu.
saya sangat bersetuju dengan pendapat saudara solymone maka itulah saya terharu.
Apapun saya berharap agar saudara solymone terus memberikan sebarang ulasan kepada isu-isu semasa.. Kepada saudara depu-depu penulisan saudara amat baik...
teruskan...
Salam Depu-Depu,
Saya sbg rakyat Msia saya masih mengagumi zaman pemerintahan Dr Mahathir, kehebatan beliau mentadbir ekonomi malaysia hingga membawa kepuncak dunia masih tiada tandingan, ketika itu ekonomi Malaysia masih ditahap terbaik tetapi selepas perletakan jawatannya saya bimbang tiada lagi pemimpin sebijaksana beliau..keadaan ekonomi kita kini disaat yg sangat tenat..tak tahu dimana silapnya, masing-masing menuding jari tanpa berusaha duduk semeja dan berbincang sedangkan Islam meminta umatnya utk bersatu dan tidak berpecah belah tetapi sekarang sebaliknya pula berlaku dan hidup berpuak-puak, pada pendapat saya tiada sesiapa yg boleh mengatakan dirinya terbaik kerana masing2 ada kelebihan dan kekurangannya jadi utk mencakupi kekurangan tersebut masing2 harus memberi dan menerima teguran dan memperbaiki keadaan ekonomi yg semakin meruncing dan bukannya bertelagah mmg takkan ada kesudahannya...Saya bukanlah seorang ahli politik dan berminat terhadap ttp hanyalah memberi pandangan sbg seorang rakyat yg telah letih melihat keadaan yg berlaku diMsia sekarang, alangkah indahnya sbg sebuah negara Islam kita dpt hidup aman damai dan kesemuanya bersatu didalam satu barisan berjuang utk kehidupan yg abadi disana nanti..
Salamkembali sdr rengit..
Tq kerana bertandang sekali lagi..
Sebagai seorang bekas Jurutera,saya merasakan sdr Solymone seorang yang berpendidikan..dan tentunya ideanya cukup bernas...cadangan beliau utk menwujudkan satu kumpulan elit dl UBN amat-amat saya persetujui...Tq sdr Solymone
Salam kembali Zai...
TQ dgn komen yang cukup bernas itu..Saya tidak sangka rupanya sdri punya idea dlm soal-soal kepimpinan negara..Wajar lah kerana sebagai rakyat yang cintankan negara ini, kita kena sentiasa peka dgn isu-isu politik.., ekonomi dan sosial...Saya berkeyakinan, ekonomi yg tenat ini bisa diselesaikan oleh pemimpin kita yang berwibawa..sebagai rakyat, kita punya pandangan dan pemikiran yang boleh diketengahkan..Tahniah! dengan idea itu!
Post a Comment