Sunday, July 26, 2009

PAS DAN UMNO : BERBAIKLAH KAMU!!


Sekali lagi angin perpaduan bertiup sepoi-sepoi bahasa, apabila TGNA kembali membuat kenyataan ingin berbaik-baik dengan UMNO dan melupakan persengketaan politik. Mengembalikan semula persefahaman dan persahabatan yang disifatkan oleh kebanyakkan “mata” masyarakat sebagai sesuatu yang sentiasa digilap agar kilauannya terus bersinar.


Apakah kali ini angin sepoi ini akan berubah menjadi taufan dalam arus politik di Negara ini ? Atau adakah idea murni ini hanyalah sandiwara politik yang palsu? Atau mungkin untuk mengembalikan taring PAS dimedan perang PRU13 yang akan datang?..Sesungguhnya banyak persoalan yang dapat diketengahkan dalam soal ini. Namun sebagai rakyat yang cintakan perpaduan dan keamanan kita berharap atas harapan yang dulu juga bahawa dua buah parti terbesar melayu ini PAS dan UMNO perlu memikirkan secara serius kepentingan umat Melayu di Negara ini.


Kenyataan Tan Sri Muhyddin bahawa isu ini akan dibawa ke Mesyuarat Tertinggi UMNO, sebagai satu lagi ruang yang sangat luas untuk menjayakan idea politik umat Melayu ini. Sememangnya dari dulu UMNO seakan bersikap terbuka tanpa syarat bahawa kepentingan perpaduan Melayu perlu segera diselesaikan. Di harapkan satu demi satu pertemuan serius antara dua pemimpin tertinggi dua buah parti Melayu ini akan segera berjalan supaya agenda ini tidak terus terbengkalai dan tertunda seperti sebelumnya. Golongan opportunis juga segera diketepikan, sebaliknya kesediaan bersemuka dan bermuzakarah dengan lebih ikhlas dan tulus akan merealisasikan hubungan intim ini.


Mungkinkah UMNO dan PAS kembali seperti bapa dan anak ? masih terlalu awal..tetapi apa yang nyata kita mula Nampak cahaya dalam terowong panjang..dan kalau benar cahaya itu bukannya lampu-lampu neon kota yang palsu..maka tidak lama lagi kita akan diterangi oleh cahaya bulan purnama yang terang benderang dengan paksi kepada ketuanan melayu dan perpaduan ummah. Kerana 1 Malaysia bermula dengan perpaduan ummah Melayu..Berbaiklah kamu wahai PAS dan UMNO!!!!.

2 comments:

paikankb said...

salam....

seperti biasa kita menjadi pemerhati kepada keadaan yang mesti di perhati.... jadi biarlah kita memerhati dari jauh dan menilainya dari dekat yakni melalui akal dan hati....tq

kelapa mawar said...

Salam Sdr..

Kalau bab-bab politik semenanjung ni..saya tak berapa terror maklumlah..blogger kb jak..tapi kalau benar PAS dan UMNO bersatu...lupakanlah! tak kan jadi kenyataan.