Saturday, July 18, 2009

ANTARA SURUHANJAYA DIRAJA DAN SURUHAN RAJA


Kematian Teo Beng Hock,30, yang merupakan setiausaha politik exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah mengejutkan ramai pihak. Ini kerana insiden itu dikatakan berlaku apabila Teo Beng Hock terjatuh dari tingkat atas bangunan Suruhanjaya Pencegahan rasuah malaysia (SPRM ) setelah suruhanjaya berkenaan selesai menyoal siasat Teo berkenaan dengan kes rasuah yang dihadapi oleh beberapa orang exco kerajaan Selangor. Kes ini menjadi perhatian umum berikutan kemalangan itu berlaku semasa Teo dalam jagaan SPRM. Biarpun pihak Polis menjamin akan melakukan siasatan rapi mengenai perkara itu, namun pihak Pembangkang mengekspolitasi kejadian ini sehingga beberapa mogok dan tunjuk perasaan aman diadakan bertujuan mendesak kerajaan untuk bertanggungjawab. Selain itu tuntutan Pihak pembangkang juga supaya satu suruhanjaya Diraja yang bebas perlu ditubuhkan menyiasat kes ini.

Di pihak rakyat melihat apakah logik gesaan pihak pembangkang ini? Sedangkan pihak polis sudah memberikan jamian akan menyiasat kejadian itu. Kenapakah pihak polis tidak dibiarkan terlebih dahulu menjalankan tugas-tugas mereka? Sepatutnya kejadian ini tidak dijadikan isu politik, kerana gesaan pihak pembangkang untuk menubuhkan satu suruhanjaya Diraja..akan menghakis kepercayaan rakyat kepada pihak Polis..Seolah-olah sudah tidak ada pihak yang bertanggungjawab dalam menjaga keamanan di negara ini..

Kenapa gesaan Raja Muda Perak supaya semua rakyat di negara ini melupakan persengketaan politik dan mengutamakan perpaduan tidak diambil perhatian oleh pihak pembangkang?

Rintis penyatuan Melayu'

Oleh;ANIAWANG
pengarang@utusan.com.my

IPOH 14 Julai - Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah mahu usaha penyatuan umat Melayu dirintis bagi membina keupayaan kaum itu dalam semangat serumpun bangsa dan sealiran agama.

Bagi memastikan hasrat murni itu tercapai, baginda bertitah semua pihak harus mengetepikan kesetiaan kepada individu atau kumpulan.

"Berpijaklah kepada kenyataan, berpandulah kepada akal fikiran. Semarakkan semangat silaturahim, hayati semangat bermaaf-maafan, bahawa Melayu itu bangsamu dan Islam itu agamamu.

"Bersatulah dalam semangat dan roh agama suci Islam yang sama-sama mengakui hakikat keesaan Allah, Tuhan yang satu dan Nabi Muhammad SAW itu ialah Rasul Junjungan, al-Quran itu kitab pegangan dan secara bersama menghadap kiblat melakukan ibadat sembahyang, serta menerima orang Islam itu sebagai saudara," titahnya.

Baginda menyatakan demikian dalam titah utama bertajuk Islam dan Melayu: Modal Pengupayaan Umat pada majlis perasmian Muzakarah Cendekiawan Islam 2009 oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah di Dewan Bankuet bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di sini hari ini.

Raja Nazrin menegaskan, budaya berpolitik yang sedang berlaku menyebabkan ketaksuban baru sehingga menjelma budaya assabiyah, yang mengutamakan kesetiaan kepada kumpulan berbanding kelangsungan ummah.

Titah baginda, keadaan itu akhirnya menyebabkan Melayu Islam terperangkap dalam perlumbaan mencari kesalahan dan kelemahan antara satu sama lain.

Lebih malang lagi, menurutnya, apabila kata-kata yang diungkapkan mahupun tindakan yang dilakukan, semakin hari semakin mengheret bangsa jatuh ke lembah.

"Akibatnya modal pengupayaan umat menjadi semakin lemah. Berapakah ketirisan yang akan terus berlaku lagi? Berapa ramai lagi yang tergamak menjadi pelakon opera, memakai topeng Islam dan topeng Melayu, mempersendakan umat, memperdaya bangsa demi memenuhi nafsu sendiri?" titah baginda.

Raja Nazrin mengingatkan, jika perkara itu terus berlaku maka bangsa Melayu hanya menghitung hari untuk kehilangan tampuk kuasa.

"Jika pertelingkahan terus memuncak, jika perbalahan terus berlanjutan akan bertambah binasalah bangsa dan pada akhirnya tidak ada lagi pihak yang menang.

"Ini kerana yang menang telah menjadi arang sementara yang kalah menjadi abu," titahnya.

Baginda bertitah, umat Melayu Islam kini sedang menghadapi cabaran besar menyentuh identiti, maruah, martabat dan kelangsungan bangsanya.

"Melayu dan Islam adalah dua ramuan sakti yang amat penting untuk disatukan dalam hasrat membina modal keupayaan umat yang kuat.

"Namun, bilangan Melayu Islam di bumi ini bukannya ramai. Melayu Islam yang berilmu, yang profesional, yang kaya, yang memiliki sifat-sifat personaliti melangit jauh lebih kecil.

"Pemisahan Melayu dan Islam dalam kafilah yang berbeza, masing-masing di bawah kepimpinan yang enggan bertemu, semestinya menambahkan lagi kelemahan ummah," titah baginda.

Lebih malang lagi, menurutnya, apabila kata-kata yang diungkapkan mahupun tindakan yang dilakukan, semakin hari semakin mengheret bangsa jatuh ke lembah.

“Akibatnya modal pengupayaan umat menjadi semakin lemah. Berapakah ketirisan yang akan terus berlaku lagi? Berapa ramai lagi yang tergamak menjadi pelakon opera, memakai topeng Islam dan topeng Melayu, mempersendakan umat, memperdaya bangsa demi memenuhi nafsu sendiri?” titah baginda.

Raja Nazrin mengingatkan, jika perkara itu terus berlaku maka bangsa Melayu hanya menghitung hari untuk kehilangan tampuk kuasa.

“Jika pertelingkahan terus memuncak, jika perbalahan terus berlanjutan akan bertambah binasalah bangsa dan pada akhirnya tidak ada lagi pihak yang menang.

“Ini kerana yang menang telah menjadi arang sementara yang kalah menjadi abu,” titahnya.

Baginda bertitah, umat Melayu Islam kini sedang menghadapi cabaran besar menyentuh identiti, maruah, martabat dan kelangsungan bangsanya.

“Melayu dan Islam adalah dua ramuan sakti yang amat penting untuk disatukan dalam hasrat membina modal keupayaan umat yang kuat.

“Namun, bilangan Melayu Islam di bumi ini bukannya ramai. Melayu Islam yang berilmu, yang profesional, yang kaya, yang memiliki sifat-sifat personaliti melangit jauh lebih kecil.

“Pemisahan Melayu dan Islam dalam kafilah yang berbeza, masing-masing di bawah kepimpinan yang enggan bertemu, semestinya menambahkan lagi kelemahan ummah,” titah baginda.

4 comments:

Anonymous said...

salam sdr depu depu

pada pendapat saya, pihak pembangkang khuatir akan penyiasatan yang di lakukan oleh pihak polis tidak telus, kerna polis di bawah kerajaan..apa2 pun reaksi para pembangkang harap kes ini di selesaikn dgn baik bukan dgn mngadakan mogok dan sbgainya..

DEPU-DEPU said...

Salam kembali sdr N'Zam..

Kekhuatiran pihak pembangkang itu tidak sepatutnya menidakkan peranan polis sebagai agensi yg dipertanggungjawabkan menjaga keamanan negara.Pihak polis kena telus dalam penyiasatannya.TQ kerana berkunjung...

Seliu Liu said...

Penyiasatan harus menepati slogan polis Integriti Amalan Kita.

DEPU-DEPU said...

Salam Sdr azrone..

Tq dgn lawatan sdr.. kita percaya polis akan menjalankan kerjanya dengan penuh bertanggungjawab.