Tuesday, July 14, 2009

PAS MENANG TIPIS


Biarpun keputusan Pilihanraya kecil Manik Urai seakan sudah dijangka oleh kebanyakkan penganalisis politik, dan seperti keputusan atas kertas bahawa PAS akan memenangi sekali lagi kawasan yang majoriti pengundinya adalah orang melayu telah menjadi kebenaran. PAS memperolehi undi 5348 dan BN 5283, kelebihan undi hanya 65 sahaja. Satu keputusan yang pada mulanya dijangkakan PAS akan dapat meningkatkan bilangan sokongan rakyat tetapi nampaknya meleset.

Keputusan ini jika dilihat dari segi moralnya..menunjukkan bahawa UBN mula mendapat ' perhatian' rakyat....bukan atas sebab janji pilihanraya seperti isu pembinaan jambatan manik urai seperti yang diwar-warkan oleh UBN semasa kempen...tetapi jauh dari itu rakyat semaca sudah reda 'kemarahan'nya tatkala DSN mengambil tampuk pemerintahan. Sekalipun keputusan kerajaan memansuhkan PPSMI ini digambarkan sudah terlewat..tetapi ia menjadi modal politik yang paling ampuh bahawa kerajaan mementingkan pembangunan generasi seterusnya. Ada juga yang berpendapat bahawa, pemilihan calon mempengaruhi keputusan rakyat sehingga perbezaan undi begitu tipis...Calon PAS yang dikatakan punya keperibadian tinggi namun tidak berpendidikan turut memberikan kesan kepada kehendak rakyat...Kesilapan memilih calon ini telah m,enyebabkab 'moral' parti PAS merudum dengan teruk...bagaimanakah perasaan TGNA apabila rakyat...membuat penilaian bahawa PAS sudah mula berada di tebing yang curam...

Pakatan juga mendapat 'habuan' dari keputusan pilihanraya manik urai ini...Matlamat untuk menguasai putrajaya seakan semacam mula berkabus.. DSAI melihat dengan hiba keputusan ini...Sekiranya diambil secara mudah...mungkin keputusan ini memberikan signal kepada Pakatan bahawa...sesuatu Post mortem perlu dibuat...secepat mungkin..

6 comments:

kelapa mawar said...

salam sdr depu-depu..

saya rasa sdr berpandangan dari satu sudut sahaja..dalam pilihanraya kelebihan 1 undi pun sudah cukup utk meraih kemenangan..selama inipun bukan sahaja PAS mendapat kelebihan undi yg sedikit..tetapi UBN pun begitu juga..

Sdr depu-depu..ingatkah lagi dgn kemenangan Datuk seri Najib pada pilihanraya 1999...lebih sikit je...
TQ..

Datu pitung said...

salam saudara depu depu dan kelapa mawar

saya tidak sependapat dgn saudari kelapa mawar kerna BN sekarang ini berlaku satu revolusi keruntuhan parti, bukti nya pilihan raya yan berlgsung klu sy tidak silap pada thn 2005 atau 2006 dgn menyaksikan satu demi satu calon BN tumpas kpd parti pembangkang..begitu juga dgn pilihan raya permatang pauh, calon BN juga di tumpas kan..skrng ini pula pilihan raya kcl manik urai telah menumpas kan sekali lg calon BN..walaupun pada dasar nya kerajaan BN satu kerajaan yang majoriti nya kaum melayu..tetapi ini tidak bermakna parti pembangkang akan mengambil alih kerajaan dlm seklip mata..kita sama2 saksikan..

Hati Seorang Wanita said...

A'kum...

Sdra Depu-depu...

kenapalah sekarang ini semua parti asyik memilih lelaki saja...jadi kami ini wanita tidak boleh jadi wakil rakyatkah?

DEPU-DEPU said...

Salam kelapa mawar..

Tq kerana memberikan pandangan..memang dalam politik macam-macam boleh jadi..mungkin pandangan sdr benar bagi sdr dan orang lain..tq

DEPU-DEPU said...

salam datu pitung..

kita akan hanya menunggu untuk membuktikan ramalan sdr itu menjadi kenyataan..kerana perubahan dalam politik malaysia begitu cepat seperti tsunami..

DEPU-DEPU said...

salam hati seorang wanita..

Betulkah anda seorang wanita?..
kalau betul ertinya anda seorang blogger wanita yang prihatin seperti kelapa mawar dan dgwulan..
kamu pilihlah mana satu yang kamu ketengahkan untuk menjadi wakil rakyat di kota belud..
Jangan marah gurau je...tq kerana berkunjung ...