Wednesday, July 15, 2009

MATLAN MARJAN : DIMANA ?



keligatan dan ketangkasan Matlan Marjan ketika berada di padang sememangnya sukar digambarkan melaui kata-kata..bukan sahaja seluruh peminat bola sepak tanahair terpukau dengan kelincahan pemain kelahiran Kota Belud ini, bahkan ia menjadi perhatian pengurus dan peminat bola sepak peringkat antarabangsa. Itu pun setelah pemain ini berjaya menjaringkan gol ketika Malaysia Menentang England dalam satu perlawanan persahabatn.Posisi sebagai penyerang ketika beraksi dalam skuad Sabah dalam beberapa siri perlawanan liga telah melonjakkan nama Matlan Marjan ke pesada bola sepak negara. Seluruh masyarakat Kota Belud, sama ada peminat bola sepak atau tidak begitu mengenali pemain berbakat ini..di mana sahaja ia menjadi perhatian.. Seingat saya pencapaian mutlak pemain cukup bergaya dengan rambut panjangnya ini berlaku sekitar 90-an.

Stadium Likas menjadi bukti betapa ribuan penyokong Matlan Marjan sentiasa "membanjiri " stadium berkenaan tidak kira hujan atau panas..semata-mata untuk melihat aksi pemain yang berpotensi ini. Kenangan itu seakan mengetuk pintu hati saya untuk menulis pencapaian anak muda dari suku kaum bajau Kota Belud ini. apa tidaknya saya juga adalah antara penyokong Matlan Marjan yang sentiasa tidak ketinggalan mengikuti gerak langkah pemain handalan ini...Sebut Sahaja nama 'MATLAN MARJAN' para penyokong seakan kena Histeria.. melaungkan namanya. Waktu itu Matlan Marjan digandingkan dengan seorang pemain import, Scoot Ollenshaw yang juga tidak kurang hebatnya.


beginilah keadaan pekan Semporna sekarang,dimana Matlan dikatakan pernah membuka kedai sukan di sini.












Matlan Marjan is a former professional football player from the state of Sabah, Malaysia. He is celebrated as the person whom scored 2 goals against England for Malaysia on the 12 June, 1991 as well as being one of the top striker in the local league in the early 1990s.He has younger brother, Zainizam Marjan who also played for Sabah FA and Malaysia.

Matlan is a Bajau Samah from Kota Belud, Sabah. He start his professional career by playing in the Presidents Cup. He made his M-League debut in 1989 season by scoring 5 league goals. In 1990 he score 8 of Sabah FA 16 goals.

In 1991, Matlan earn his first called-up for the national team for a friendly match with Aston Villa. On 12 June 1991, he made his full international debut against England as he equalled the 35 years record of Toni Fritsch as the new cap to score twice against England.

In 1995, he made history by becoming the first player from Sabah to captain the national team in the match against Flamengo XI.

In the same year, Matlan along with five other Sabah FA players were arrested on suspicion of match-fixing. Although the charges against the six were dropped he was severely punished and thus ending his football career. He was banished to another district. He was punished under the Internal Security Act (which allows indefinite detention without any trial, and in this case despite being proven innocent, and even on non-security related issue).

From Wikipedia, the free encyclopedia


Kecemerlangan Matlan Marjan, akhirnya mula menurun setelah didapati terlibat dalam menjual perlawanan..Dan atas kapasiti FAM, maka Matlan Marjan telah dihukum buang daerah dan digantung seumur hidup. Biarpun keputusan itu memeranjatkan peminat bola sepak di negeri bawah bayu ini, namun 'nasi sudah menjadi bubur' dan akhirnya Matlan Marjan dibuang daerah ke Semporna. Atas minat yang cukup mendalam terhadap bola sepak..Matlan Marjan terus menghidupkan suasana bola sepak di daerah ini...



Keputusan FAM terus dipersendakan oleh peminat Matlan Marjan.




sekali lagi bahang dan taji Matlan Marjan terus diminati di daerah Semporna. Di sinilah juga Matlan telah membuka kedai sukan sebagai pusat sukan bola sepak di daerah pantai timur pada waktu itu. Matlan Marjan terus bertahkta di sanubari belia Semporna hingga ke hari ini.



Setelah hukuman buang daerah berakhir, pemain cukup berbakat ini telah menyertai satu kelab dari Papar iaitu Papar Sport Center (PSC), berbagai perlawanan persahabatan yang melibatkan beberapa rakan Matlan yang juga turut di gantung FAM seperti Ravi Chandran telah diatur..dan Matlan Marjan dilihat masih lagi berbisa ketika itu. Dikhabarkan juga, Matlan Marjan beberapa kali mengutus surat kepada FAM dan SAFA untuk membolehkan beliau diberikan peluang untuk beraksi semula..tetapi keputusan sudah muktamad...seperti kata orang "tiada maaf bagimu". Akhirnya Matlan Marjan....terus dilupakan. Dan sekarang Di manakah sudah Pemain ini ? sudah lama benar kita tidak melihat aksinya.....

7 comments:

kelapa mawar said...

Salam Sdr depu-depu..

Saya sebenarnya tak berapa minat dalam dunia bola sepak..tetapi saya minta dengan Matlan Marjan itu...Suka juga tengok dia bermain bola sepak..dulu dia selalu main waktu petang di padang Kb..

Bolehkah dia main bola lagi..rasa saya dia dah tua dan berumur..ma kasih..

DEPU-DEPU said...

salam kembali..

Tq kerana bertandang...
saya pun tidakpasti sama ada beliau sdh tua atau belum..tapi kita mau tgk juga permainan dia nie..

Kira Kekuri said...

salam, oh sekarang dia da ada dekat kampung , rumahnya belakang rumah kami. Dan dia semestinya masih nampak muda, mungkin kerana selalu bersukan dan bermain bola, apa pun sy merasa bangga juga mempunyai seorang sepupu yg sangat berkebolehan dlam bola sepak. :)

bombong dua said...

pemain berpotensi kelahiran daripada sabah ini seharusnya kita perlu mengharagainya kerana,,walaupun dia di tendang daripada pasukan antarabangsa malaysia..juga di buang daripada daerah,,namun dia pernah mencoret nama malaysia walaupun hanya seketika sahaja...thankz matlan marjan.penghargaan bagimu kami tidak akan pernah melupakan.

erwis Hamidah said...

Matlan will always ma legend. No matter how. The most matlan marjan 20

erwis Hamidah said...

Matlan will always ma legend. No matter how. The most matlan marjan 20

rakun said...
This comment has been removed by the author.